UsahaNiaga
Friday, June 30, 2006
Prasyarat dalam Memilih Syarikat - sambungan
...sambungan

OK, seperti yang dijanjikan pada hari ini saya akan mengemukakan prasayarat yangke 3 dalam memilih syarikat iaitu :

Plan Pemasaran
Plan Pemasaran yang adil, praktikal dan telus memberikan banyak faedah kepada pengedar. Apabila plan pemasaran banyak mengayakan upline sahaja, sudah pasti plan pemasaran itu tidak adil dan telus.

MLM, tidak kira upline atau downline, yang berusaha secara konsisten dan persisten sahaja yang boleh berjaya. Sistem lain, siapa yang menjadi upline, orang itu lebih untung. Tetapi dalam MLM, siapa rajin, dia akan berjaya. Ramai orang bimbang apabila hendak menyertai MLM. Bagi mereka, orang yang lewat menyertai akan rugi dan tidak boleh berjaya. Pelan Pemasaran yang adil, tidak mengira itu semua. Sama ada anda sertai awal ataupun lewat, peluang tetap sama. Pengedar harus mendapat apa yang mereka kerjakan . Jika kerja banyak, banyak lah yang dapat. Jika kerja sedikit, sedikit lah hasilnya. Mana mungkin secupak hendak menjadi segantang jika tanpa usaha.

Apabila anda bekerja makan gaji, kerja yang banyak dan berkualiti sekalipun, gaji tetap sama setiap bulan. Manakala dalam MLM, kerja rajin dan berkualiti, hasilnya akan berlainan melalui bonus setiap bulan. Plan pemasaran perlulah akumulatif iaitu mengumpulkan mata PV atau BV setiap bulan dan bukan usaha yang sia-sia. Plan pemasaran juga perlulah melalui proses pergerakan barangan setiap bulan. Dengan kata lain, adanya maintain atau pembelian ulangan setiap bulan.

Hindarilah syarikat yang plan pemasarannya tidak perlu maintain. Percayalah, syarikat ini tidak dapat bertahan lama. Syarikat ini boleh gulung tikar apabila kemasukan ahli melebihi had. Pastikan syarikat yang anda ceburi itu, tidak menjanjikan bonus yang tidak munasabah. Ada syarikat yang memerangkap ahli-ahlinya dengan menjanjikan pulangan yang hebat-hebat. Akhirnya, habuk pun tidak ada. Syarikat itu pasti mengalami masalah besar untuk membayar bonus kepada anda. Oleh itu, pastikan pelan pemasarannya munasabah dan senang di fahami. Tidak berbelit-belit dan terlalu luar biasa. Paling menghairankan, ada juga individu yang berminat. Tup-tup, syarikat gulung tikar. Lepas itu, tuduh semua syarikat MLM penipu belaka. Padahal, setiap orang mempunyai peluang dan pilihan untuk menyiasat terlebih dahulu. Jadi, gunalah peluang itu sebaik mungkin sebelum anda menyertai sesebuah syarikat MLM.

Akhirulkalam, sehingga ketemu lagi besok, InsyaAllah, Jazakallah Kairon Kasiran...

Bersambung...

posted by editor @ 8:11 AM  
Thursday, June 29, 2006
Prasyarat dalam Memilih Syarikat -sambungan
...sambungan

Produk
Produk yang berkualiti dan ada jaminan mutunya, menjadi prasyarat untuk anda memilih syarikat yang sesuai. Tiada gunanya nama hebat, tetapi produknya tidak berkualiti. Barangan juga perlu memberikan faedah kepada semua ahli dari pelbagai sudut. Contohnya, sudut kesihatan, sudut pendapatan, sudut kualiti dan sudut kegunaannya. Jika barangan itu ada testimony atau diperkaui oleh pelanggan tentang keberkesanan barangan, pastinya barangan itu menjadi killer product.

Lihat juga cara pembungkusannya. Jika pembungkusannya berkualiti, maka ini menggambarkan syarikat itu berkualiti. Produk juga perlu sesuai dengan harga. Ada syarikat mengeluarkan barangan dengan harga yang tinggi dan perlu dijual mengikut pakej-pakej tertentu. MLM tulen, tiada pakej.

Pastikan keahlian juga tidak terlalu tinggi. Apabila terlalu tinggi, sudah tentu syarikat itu mengambil untung daripada kemasukan ahli. Syarikat yang baik hanya mengambil untung atau hasil melalui pergerakan barangan. Produk juga haruslah terdiri daripada pelbagai rangkaian dan bukannya hanya bergantung pada satu produk sahaja.

Selain itu, produk MLM haruslah mesra alam. Tidak mengandungi bahan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kecantikan pelanggan. Barangan terdiri daripada bahan semula jadi dan tiada kesan sampingan. Kini, banyak barangan MLM terdiri daripada barangan yang daripada sudut biologinya hampir 90 peratus dan tiada campuran bahan kimia.

Produk perlu dipelbagaikan. Tidak semua orang memerlukan produk yang sama. Kini, MLM dalam proses menjadi seolah-olah supermarket. Pelbagai produk untuk kegunaan bayi sehinggalah kepada kegunaan warga tua boleh didapati. Tidak mustahil satu hari nanti, aksesori, tayar, kenderaan dan insurans akan dijalankan mengikut pemasaran cara MLM.

Selepas ini kita akan mempelajari prasyarat yang ketiga pula iaitu PELAN PEMASARAN. Sehingga ketemu lagi dilain ketika, Jazakallah Kairon Kasiran....

Bersambung...

posted by editor @ 10:21 AM  
Wednesday, June 28, 2006
Prasyarat dalam Memilih Syarikat
Ada beberapa syarat yang perlu anda pertimbangkan dalam memilih syarikat yang paling sesuai dan paling bermutu. Apabila tersilap memilih syarikat, tenaga yang bakal anda curahkan bagi mencapai kejayaan dalam MLM akan rugi. Ada 5 perkara penting yang perlu anda perhatikan dalam memilih syarikat yang sesuai.

Syarikat
Syarikat merupakan syarat utama sebelum anda menceburi MLM. Apabila anda tersilap syarikat, maka jadilah seperti 'chips more' sekejap ada, sekejap tiada. Banyak syarikat yang tidak bertanggungjawab , muncul hanya seketika. Apabila sudah mengaut untung, terus hilang tanpa di kesan. Syarikat ini sudah pasti ditubuhkan tanpa ada dasar perjuangan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat. Pilih syarikat yang mempunyai visi yang panjang. Visi yang jelas dan panjang tentu dapat bertahan dan kekal lama.

Ada syarikat yang menjalankan perniagaan dalam bentuk skim cepat kaya, piramid, binari dan matriks. Dasar wawasannya tidak jelas dan hanya bertahan dalam jangka masa yang pendek. Downline pula tidak berupaya memotong, melebihi upline walaupun bekerja keras melebihi upline. Dengan kata lain, kita kerja, orang lain dapat hasilnya.

Pastikan syarikat yang anda ceburi itu, tidak meletup secara mendadak. Contohnya, hari ini buka syarikat, sebulan kemudian, jadi kaya. Orang kita sangat sukakan kaya mendadak atau dengan kata lain, kaya cepat. Kata pujangga, cepat naik, cepatlah jatuh. Syarikat yang baik, tidak berjaya dengan mendadak macam kilat, tetapi berjaya dan kukuh secara konsisten dari tahun ke tahun. Ingat, jangan terpengaruh dengan 'kaya mendadak'.

Syarikat yang bermutu dan berpotensi berkembang, sentiasa menyediakan latihan berbentuk kursus dan ceramah bagi memberikan input pengetahuan kepada para pengedarnya. Syarikat yang berwawasan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Kini zaman IT, banyak urusan perniagaan malahan promosi menggunakan teknologi maklumat. Teknologi maklumat termasuk komputer, internet dan telekomunikasi. Anda tidak perlu tertanya-tanya berapakah bonus, berapakah bilangan downline dan berapakah maintain yang belum cukup lagi. Anda hanya hanya perlu gunakan telefon bimbit. Taipkan nombor pin, serta-merta akan keluarlah maklumat yang hendak anda ketahui. Canggih bukan?

Setakat in dahulu. InsyaAllah kita akan ketemu lagi besok. Jazakalllah kairon Kasiran....

Bersambung...

posted by editor @ 7:59 AM  
Tuesday, June 27, 2006
Bolehkah Menjadi Jutawan Melalui MLM? Siri ke 3
...sambungan

5-Anda boleh mendapat bimbingan sewajarnya daripada upline anda
Jika upline anda tidak mengambil berat dan membimbing anda, sukarlah mereka untuk berjaya dalam perniagaan MLM. MLM hanya boleh berjaya jika upline membimbing downline melakukan seperti yang upline lakukan. Setiap ilmu dan rahsia dicurahkan tanpa disembunyikan. Kejayaan downline adalah kejayaan upline. Bahkan, jika downline berusaha lebih, downline boleh memperolehi pendapatan melebihi upline. Malah ada usahawan MLM berjaya menandingi uplinenya melalui pendapatan bonus setiap bulan.

6-Perniagaan MLM melibatkan seni perhubungan sesama manusia
Jangan bimbang jika anda tidak berpengalaman dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan orang lain. ini kerana, upline akan mencurahkan ilmu dan memberikan motivasi untuk kejayaan anda. Anda tidak perlu bimbang jika kekurangan ilmu pengetahuan kerana anda boleh menimbang melalui upline ataupun jutawan yang telah berjaya. Seni perhubungan inilah yang melebarkan jalur rangkaian perniagaan MLM. Peluang anda hendak menjadi jutawan terbuka luas seperti peluang orang lain.


7-Risiko MLM adalah kurang berbanding dengan perniagaan lain
Anda tidak rugi kerana modalnya tidak besar. Bahkan, jika berjaya, anda akan memperolehi pendapatan melebihi pendapatan tetap anda. Permulaan anda bergerak pula tidak melibatkan kos yang tinggi bahkan, anda boleh melakukannya secara part time. Dengan kata lain, anda bebas bekerja mengikut masa anda sendiri. Anda adalah BOS kepada diri anda sendiri.

Selain itu, anda juga dapat menggerakkan produk tanpa perlu menjual secara banyak. Ini kerana, barangan dapat dipasarkan melalui downline anda. Perniagaan MLM ialah perniagaan promosi dan pengiklanan secara terus dari mulut ke mulut. Inilah corak pengiklanan yang terbaik. Semakin ramai downline yang aktif, semakin bertambah bonus anda. Risiko perniagaan ini adalah rendah.

posted by editor @ 9:21 AM  
Bolehkah Menjadi Jutawan Melalui MLM? - siri 2
...sambungan

3 - Perniagaan MLM dapat dilakukan tanpa tekanan dan menjimatkan masa
Kita semua dianugerahkan oleh Allah s.w.t. 24 jam setiap hari. Masa yang diperuntukkan untuk bekerja adalah 8 jam, masa yang diperuntukkan untuk berehat pula ialah 8 jam dan masa untuk kita tidur ada 8 jam. Masa untuk bekerja 8 jam, gunakan masa itu bagi melakukan perkara yang produktif dalam apa sahaja bidang pekejaan anda Bekerjalah dengan penuh dedikasi dan berdisiplin. Masa tidur 8 jam pula, gunakan untuk tidur dengan selena-lenanya. Anda hanya perlu korbankan masa rehat anda yang berbaki 8 jam itu.

Peruntukan masa 2 jam sahaja bagi anda menjalankan perniagaan MLM. Masa yang digunakan itu memberikan manfaat yang besar dalam kehidupan anda pada masa hadapan dan mengubah corak kehidupan sepenuhnya. Oleh itu, anda boleh menjadi kaya melalui MLM walaupun masa yang anda ada itu adalah terhad.


4- MLM dapat dilakukan melalui proses penggandaan
Anda tidak bekerja bersendirian. Anda menjalankan perniagaan ini secara berkumpulan. Anda boleh menggandakan pendapatan bonus melalui penajaan. Contohnya, anda mampu memperolehi pendapatan melebihi puluhan ribu dengan cara proses menaja hingga ribuan ahli.

Penajaan ribuan ahli bukan dilakukan oleh anda seorang sahaja. Anda hanya perlu taja sekurang-kurangnya 5 orang. Daripada 5 orang akan menjadi 25, berganda menjadi 125, berganda pula menjadi 625 dan seterusnya 3125. Proses penggandaan ahli penaja ini bukan dilakukan oleh anda seorang. Ia dilakukan oleh downline anda sendiri melalui proses duplikasi atai meniru upline. Anda hanya taja 5 orang dan ia akan terus berkembang dengan sendiri melalui proses duplikasi hingga menjadi 3125 orang dalam group anda. Dengan itu, tidak hairanlah anda boleh menjadi kaya melalui MLM.

bersambung...

posted by editor @ 8:41 AM  
Monday, June 26, 2006
Bolehkah Menjadi Jutawan Melalui MLM?
...bersambung


Persoalan yang selalu bermain di benak pemikiran para usahawan yang baru menceburi MLM ialah, bolehkah menjadi jutawan MLM? Bagi menjawab persoalan ini, saya katakan BOLEH! Saya berikan 7 sebab mengapa anda boleh menjadi kaya melalui MLM.


  1. MLM adalah perniagaan yang tidak melibatkan orang tengah
    Biasanya, orang tengah inilah yang banyak mengaut keuntungan dan kekayaan. Barangan yang datang kilang contohnya bernilai RM2.00. Barangan itu perlu melalui beberpa proses sebelum sampai ke tangan pembeli atau pengguna. Barangan itu akan dibeli oleh pengedar tunggal dengan harga RM2.50 dan pengedar tunggal menjual pula kepada pemborong dengan harga RM3.00. Seterusnya, daripada pemborong kepada peruncit harganya RM3.50 dan sampai ke tangan pengguna dengan harga RM4.00.

    Dengan kata lain, pengguna menanggung segala kos barangan yang melalui proses orang tengah yang terdiri daripada pengedar tunggal, pemborong dan peruncit.

    Adakah pengguna yang kaya? Tidak. Pengedar tunggal, pemborong dan peruncit yang kaya. Mereka yang tiap-tiap tahun boleh tukar kereta baru. Mereka yang tiap-tiap tahun dapat melancong dalam dan luar negara.

    Melalui perniagaan MLM, barangan dari syarikat terus kepada pengguna ke pengguna yang lain melalui proses penajaan. Pendapatan yang sepatutnya dinikmati oleh pengedar tunggal, pemborong dan peruncit akan dinikmati sesama pengguna melalui bonus.

  2. Modal bagi memulakan peniagaan MLM adalah kecil
    Apabila di kaji dengan mendalam, perniagaan ada 4 jenis. Ada perniagaan, modal kecil dan untungnya adalah keci. Itulah perniagaan konvensional. Contohnya, peniaga kecil-kecilan seperti peniaga pasar malam, penjual burger dan lain-lain. Ada pula perniagaan, modal besar, untung besar. Perniagaan itu adalah perniagaan import dan eksport. Modal yang diperlukan sudah tentu melebihi jutaan ringgit. Ada juga perniagaan, modal besar, untungnya kecil. Contohnya, membuka stesyen minyak kenderaan. Modalnya mungkin lebih kurang RM100 ribu dan keuntungannya tidak sampai pun RM100 ribu.

    Jangan pula lupa, ada perniagaan yang modalnya kecil, tetapi untungnya berlipat kali ganda. Itulah MLM. Modalnya hanya yuran keahlian lebih kurang RM70 dan belain barangan tidak sampai pun RM300. Keuntungan boleh didapati melebihi puluhan ribu ringgit. Malahan jika ada yang berjaya meraih pendapatan melebihi ratusan ribu ringgit sebulan. Itulah hebatnya perniagaan MLM.

Setakat ini dahulu antara 2 sebab mengapa anda boleh menjadi kaya melalui MLM. Ketahui sebab seterus esok. InsyaAllah...

bersambung...

posted by editor @ 8:39 AM  
Sunday, June 25, 2006
Multi Level Marketing (MLM)
Sebelum ini, saya pernah membicarakan tentang cara menambah pendapatan antaranya ialah melalui perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Multi Level Marketing bermula dari Amerika Syarikat. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1945 oleh Dr. Karl Ramburg. Nilai perniagaan MLM melebihi USD 100 billion dan lebih 40 juta rakyat seluruh dunia berkecimpung dalam perniagaan MLM. Daripada 100 syarikat gergasi terbesar, 37 peratus terdiri daripada syarikat yang berkonsepkan MLM. Antara lebih 100 syarikat terbesar di Amerika Syarikat, 37 peratus menggunakan kaedah MLM.

Menurut John Naitsbitt, penulis buku Mega Trend 2000, dalam pasaran Asia antara tahun 1990 hingga 2000, hanya terdapat tiga jenis perniagaan yang berkuasa iaitu telekomunikasi, komputer dan pemakanan kesihatan yang berasaskan MLM. Si MAlaysia, 35 peratus jutawan terdiri daripada jutawan MLM. Dijangkakan akan adanya peningkatan yang mendadak pada abad ke-21. Menurut Robert T. Kiyosaki, perniagaan MLM boleh diusahakan secara part time walaupun seseorang itu sudah pun mempunyai perniagaan konvensionalnya sendiri.

Tidak kiralah apa jenis perniagaan MLM yang anda ingin ceburi, asalkan ia tidak melibatkan seperti skim cepat kaya yang hanya memberi keuntungan yang lebih kepada upline. MLM yang baik ialah MLM yang mengamalkan sistem win-win yang memberi keuntungan baik di pihak atas tanpa menganiaya pihak bawah. Peniagaan MLM bukanlah perniagaan saleman yang memerlukan kita pergi ke setiap rumah dan hanya mendapat komisen dari setiap jualan yang kita buat dengan mengorbankan masa dan tenaga demi sesuatu pulangan yang tidak setimpal dengan usaha yang kita lakukan. Ketahuilah lebih lanjut mengenai MLM dalam penulisan akan datang. Jumpa lagi. Jazakallah Kairon Kasiran...
...bersambung
posted by editor @ 8:21 AM  
Saturday, June 24, 2006
Bayar Sendiri Bil Dari Rumah
Sejak kenaikan harga minyak baru-baru ni, ramai yang mengeluh kerana harga barang. harga elektrik dan macam-macam lagi pakat nak naik. Akhirnya berlaku lah inflasi! Jadi, jika kita mengharapkan kepada kenaikan gaji, memang agak sukar sikit kerana kenaikan mungkin dalam beberapa peratus sahaja. Akhirnya, ramai yang ingin menambah pendapatan dengan mencari 'sumber-sumber' pendapatan selepas waktu bekerja.

Selain menambah pendapatan, penggunaan sumber tertentu juga patut dikurangkan dan digunakan dengan cara bijak. Misalnya, kurangkan penggunaan minyak petrol atau diesel untuk ke sesuatu tempat seperti membayar bil. Jika jarak tu dekat, gunalah kenderaan alternatif seperti basikal. Selain mengurangkan penggantungan kepada minyak, ia juga memberi kesempatan pada tubuh untuk bersenam demi kesihatan kardiovaskular.

Jika anda mempunyai komputer dengan sambungan internet dan printer, anda boleh menimbang untuk memohon perkhidmatan perbankan secara online. Antara bank yang menawarkan perbankan secara online ialah MAYBANK, BUMIPUTRA COMMERCE BHD, CITIBANK, HSBC, MBF MASTERCARDS, PUBLIC BANK dan RHB BANK misalnya.

Jika anda tidak mempunyai komputer atau sambungan internet atau kedua-duanya sekali, tetapi anda mempunyai telefon talian tetap atau telefon bimbit, anda boleh mempertimbangkan untuk membayar secara Phone Banking dengan menelefon ke nombor-nombor yang telah ditetapkan, hanya dari rumah walaupun anda berada di atas katil atau sambil menonton TV. Antara bank yang menyediakan perkhidmatan Phone Banking ini ialah MAYBANK, BCB, HSBC, MBF MASTERCARDS dan PUBLIC BANK.

Untuk keterangan lanjut, sila bertanya di kaunter Khidmat Pelanggan di bank-bank tersebut. Namun, apa yang ingin saya bicarakan di sini ialah cara bagaimana anda mampu menjimatkan kos minyak kenderaan, masa dan mengelakkan dari kesesakan jalan raya, kesibukan di kaunter bank dan dari keletihan kerana terpaksa terkejar-kejar ke sini-sana. Selain itu, jika anda berada di taman atau di Flet, anda boleh menyediakan perkhidmatan membayar bil kepada jiran-jiran anda dengan kos yang berpatutan. Ini mampu menyumbang kepada pendapatan harian dan bulanan anda.
Sehingga berjumpa lagi, Jazakallah Kairon Kasiran....
posted by editor @ 8:03 AM  
Friday, June 23, 2006
Telefon Bimbit, Postpaid (Pascabayar) dan Prepaid (Prabayar)
Dewasa ini sudah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai telefon bimbit. Kemunculan teknologi telefon bimbit yang pesat membangun turut menyumbang kepada permintaan dan penawaran di peringkat global. Kalau dulu, ia hanya dimiliki oleh orang yang 'berada', namun kini ia mampu dimiliki oleh mak cik dan pak cik di kampung dan di bandar sehinggalah ke anak-anak yang masih bersekolah. Ini kerana trend masa kini yang menjadikan telefon bimbit sebagai suatu keperluan agar mudah dihubungi. Maka, selari dengan kepesatan aksesori yang berkembang pesat, telefon bimbit kini mudah di dapati pada harga yang mampu dimiliki pada setiap lapisan masyarakat.
Menurut statistik yang dikeluarkan pada tahun 2005, di dapati di Malaysia sahaja terdapat 11 juta penduduk yang memiliki telefon bimbit pelbagai jenama. Dan 80% daripadanya adalah pengguna prepaid (prabayar). Manakala selebihnya adalah pengguna pascabayar (postpaid). Ini berlaku kerana di akhir tahun 2005, harga kad SIM prepaid bagi 3 penyedia utama kad SIM (MAXIS, CELCOM dan DIGI) telah berlumba-lumba menurunkan harga kad SIM sehingga ada di kalangan kawan-kawan saya bertukar nombor kad SIM hampir sebulan-sekali.
Namun, di akhir-akhir ini sejajar dengan peningkatan inflasi akibat kenaikan harga minyak global, kecenderungan membeli aksesori, bertukar telefon bimbit dan pembelian prepaid agak merosot dari tahun-tahun sebelum ini. Pendapatan setiap bulan banyak diperuntukan untuk membeli barangan asas, membayar bil-bil seperti elektrik, air dan sebagainya. Namun, begitu sering kali golongan yang berpendapatan sederhana ini mengeluh kerana budget tidak cukup terutamanya yang sudah berkeluarga. Jadi, seharusnya ketua keluarga/yang masih bujang patut mencari idea untuk menghasilkan pendapatan sampingan demi menampung kos hidup yang semakin meningkat dari bulan ke bulan.
Selain, menjadi ahli jualan langsung (Multi Level Marketing-nanti saya cerita), penggunaan seperti air, elektrik, prepaid, telefon dan sebagainya patut digunakan dengan bijak dan jimat dengan mengambil kira kos jangka pendek dan kos jangka panjang. Kita juga seharusnya mempertimbangkan antara 'keperluan' atau 'keinginan hati' yang kadang-kadang tidak diperlukan pada jangka masa kini.
Tapi, hari ini saya nak cerita pasal penggunaan prepaid cara bijak dahulu. Dalam era sekarang muncul syarikat MLM yang menawarkan perkhidmatan pembelian prepaid dengan kos yang murah apabila kita menjadi ahli. Tentu anda pernah mendengar seperti mymode, empire ICT.com, masterelod, raja prepaid dan sebagainya. Namun begitu, saya hanya akan bercakap tentang Plan Rakyat (www.rakyat.com.my) yang diperkenalkan oleh anak syarikat Empire ICT.com iaitu MSPC Sdn. Bhd.
Saya sudah menjadi ahli semenjak setahun yang lepas. Sebelum tu saya jadi ahli Pakej Maxis selama 2 tahun yang diperkenalkan syarikat induknya (Empire ICT.com). Tetapi, apabila MSPC memperkenal Plan Rakyat (ia juga perkenalkan Raja Prepaid, tapi bagi sesiapa yang susah nak taja downline baik jangan jadi ahli Raja Prepaid), saya ambil masa 2 minggu sebelum tertarik dengan plan pemasaran Plan Rakyat (Anda boleh lawat rasminya untuk mendapat info tentang Plan pemasarannya) yang mana menggunakan konsep win-win(menang-menang) iaitu konsep yang memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak baik antara syarikat dengan ahli dan upline dengan downline.
Jika anda ingin menjadi ahli Plan Rakyat boleh hubungi saya di emel saya (badruzamani_azmi@yahoo.com). Tapi pilihan di tangan anda. Jika anda rasakan Plan Pemasaran MYMODE atau RAJA PREPAID atau MASTERELOAD atau yang lain-lain tu menarik, teruskan. Saya tidak memaksa anda. Yang penting ialah anda guna prepaid dengan cara bijak dan menjimatkan.
Jika saya, mungkin saya tetap akan setai dengan Plan Rakyat ini sehingga ada sesuatu Plan Pemasaran lain yang lebih menarik daripada yang sedia ada sekarang akan muncul tahun depan, mungkin saya akan mempertimbangkannya. Tapi, buat masa sekarang belum ada mana plan pemasaran yang mampu menarik minat saya selain Plan Rakyat ini. Saya sudah melihat plan pemasaran MyMODE, Raja Prepaid dan Mastereload dan saya faham dengan strategi pemasaran. Saya juga telah tanya rakan emel saya dan jiran saya yang menyertai plan seperti itu sejak dua tahun lepas, yang akhir give up di tengah jalan. Saya harap ini tidak terjadi kepada anda.
Jadi, pilihan dan keputusan di tangan anda. Jika anda ingin memulakan pakej untuk menjimatkan pembelian prepaid; download ke semua plan pemasaran yang ada, teliti dan faham sistem pemasaran yang ditunjukkan, minta nasihat dari yang pakar yang pernah sertai lebih dari setahun Plan Pemsaran itu atau tanya pada server yang menyediakan pakej itu dan buat keputusan dengan bijak agar pelaburan yang akan anda buat akan mendatangkan pulangan yang setimpal dan berbaloi kepada anda nanti. InsyaAllah...Selamat berjaya
posted by editor @ 8:51 AM  
Thursday, June 22, 2006
Promosi Melalui Blog
Blog adalah laman web berupa diari di internet yang sentiasa dikemaskinikan dengan pelbagai cerita, pendapat, peristiwa, dan sebagainya. Blog mempunyai pelbagai ciri menarik yang mudah dilaksanakan pemilik blog. Ciri-ciri adalah seperti mengemaskini isi kandungan, memberi komentar dan pendapat, berhubung antara pengguna laman web, dan juga membina jaringan laman web.

Hasil kajian menunjukkan peratus pengaruh pengguna laman web pada blog meningkat setiap bulan. Bagaimana cara wang dihasilkan daripada blog? BLOG membantu di dalam pemasaran di internet. Blog dapat mengeratkan perniagaan anda dengan pengguna internet di mana mereka dapat mengenali anda dengan lebih dekat lagi. Di Malaysia, penulis novel, pelakon, penyanyi, dan para usahawan sudah mula menceburi penulisan blog ini. Hasilnya adalah menguntungkan di mana promosi mereka amat berkesan menerusi blog.

Blog yang bersifat interaktif membolehkan pengguna internet yang berminat baik dengan produk / perkhidmatan yang diberikan ataupun dengan pemilik laman web itu mengeratkan hubungan di antara pengunjung dengan pemilik blog. Blog sentiasa dikemaskinikan. Maka sudah pasti pengunjung yang berminat akan terus datang setiap hari melihat sesuatu yang baru. Anda tidak perlu memberitahu mereka selepas anda melakukan pengemaskinian kerana pasti pengunjung anda akan datang semula ke blog anda. Blog juga berupa harta intelek anda. Anda dapat menulis sesuatu perkara bagi dikongsikan bersama pengunjung blog anda. Dengan adanya artikel-artikel hasil penulisan anda, blog anda mempunyai lebih maklumat dan dapat menarik pengunjung .

Blog membina kredibiliti. Anda menjadi pakar dengan apa yang anda tulis di dalam blog. Blog dapat membina keyakinan pengunjung dengan apa yang anda tulis. Sudah pasti isi kandungan yang dikenali sebagai ENTRY sedikit sebanyak dapat meyakinkan pembaca blog anda dengan apa yang anda bincangkan.

Blog mempunyai komuniti yang besar. Blog dapat membina jaringan perniagaan anda dengan mudah. Ia memberi kesan yang besar di dalam pemasaran viral. Blog adalah PERCUMA. Syarikat menyediakan perkhidmatan blog sudah sedia popular. Maka blog anda juga akan turut popular kerana setiap blog yang wujud mempunyai pautan terus dengan syarikat itu. Sepuluh faedah sudah disenaraikan jika anda mempunyai blog. Blog dapat menjadikan minat di samping anda menjana untung.

Contoh-contoh syarikat yang menawarkan perkhidmatan blog adalah seperti: http://www.blogger.com/ , http://www.blogdrive.com/ , http://www.livejournal.com/ , http://www.diaryland.com/ . Contoh-contoh blog: http://usahaniaga.blogspot.com, http://blog.smartusaha.com , http://kerjadarirumah.blogspot.com/ dan sebagainya.
Anda dapat memulakan blog perniagaan anda. Anda dapat membuat pautan blog anda dengan laman web perniagaan anda dengan memberi nama E-ZINE, NEWSLETTER ataupun TIP dan CARA berkenaan dengan apa jua yang ada kaitan dengan laman web anda. Ingat, pengaruh blog semakin meningkat setiap hari. Begitu juga penulis blog. Anda seharusnya tidak melepaskan peluang ini di dalam memasarkan produk/perkhidmatan perniagaan anda.
posted by editor @ 8:33 AM  
Wednesday, June 21, 2006
Bagaimana Menjadikan Sebarang Hobi Sebagai Perniagaan
Jika anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan, cara yang paling baik ialah melakukan hanya secara sambilan sahaja terlebih dahulu dan pada masa yang sama anda masih boleh lagi mengekalkan pekerjaan anda dan memperolehi pendapatan tetap. Jika anda berminat untuk memperolehi pendapatan berdasarkan harian, anda tidak perlukan modal wang yang banyak untuk memulakan perniagaan anda itu.

Tidak perlu bimbang kerana anda boleh menggunakan salah satu daripada minat/kecenderungan atau hobi anda sendiri untuk dijadikan asas perniagaan. Dan anda boleh membesarkan perniagaan anda dalam masa satu hingga tiga tahun bergantung kepada perancangan anda sendiri.

Dengan itu anda akan mempunyai persediaan cukup untuk berhenti kerja dan menjadi ‘boss’ sendiri. Tidakkah ini sesuatu yang hebat? Dengan menggunakan hobi atau minat anda di masa lalu mempunyai banyak faedah dan kelebihannya. Mengapa? Kerana bagi setiap pekerjaan dan perniagaan yang anda mahu ceburi dan lakukan mestilah ianya merupakan sesuatu yang anda suka dan minat untuk melakukan sesuatu perkara yang anda percayai, sesuatu yang mana anda boleh lakukan walaupun tidak pasti pulangannya.

Ia akan memberikan anda stamina/tenaga untuk melihat perniagaan anda sejak dari awal lagi walaupun agak sukar untuk anda melakukannya. Kita semua tentu faham dan tahu perasaan kita jika melakukan sesuatu perkara dan pekerjaan yang kita sendiri tidak suka melakukannya. Tidak ada cara untuk kita memberikan perhatian 100% mengenainya kerana kita sendiri tidak yakin dan tidak seronok untuk melakukannya.

Itulah sebabnya mengapa amat penting untuk melakukan untuk melakukan perkara yang disukai sama ada ianya untuk menjalankan sebarang perkhidmatan ataupun menjual barangan yang anda pilih untuk melakukannya. Adakah anda gemar memasak mulakan perniagaan anda dengan membuat dan menyediakan ‘ newsletter ’ resepi masakan untuk orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan anda itu dan jual resepi anda dalam bentuk panduan tipis/booklet.

Adakah anda seronok membuat kerja-kerja kraftangan? Anda boleh menjualnya secara pos ( tetapi pastikan anda mendapatkan keuntungan yang sepadan ). Adakah anda seronok melakukan kerja-kerja berkaitan dengan kereta? Buat katalog/flyer yang menerangkan perkhidmatan membaiki motokar yang anda tawarkan.

Adakah anda seronok menjadi penulis? Tulis satu panduan kecil/booklet seperti panduan ‘ Bagaimana untuk ’ dan jualkannya melalui pos atau sistem multi level. Adakah anda suka melakukan dan bekerja didalam bidang komputer program? Tulis satu program dan jadikannya sebagai program shareware berkumpulan ataupun anda boleh menjualkannya secara pos juga kepada mereka yang berminat.

Ya ! apa sahaja yang anda suka dan minat untuk melaksanakannya, dengan mudah boleh di ubah menjadi satu bidang perniagaan secara automatik. Sesebuah barangan mungkin hanya sesuai di jual di sekitar rumah dan jiran-jiran anda, sementara banyak barangan lain pula boleh dijual secara meluas secara pos. Jika anda mahu menjual secara pos apa yang perlu dilakukan ialah tulis satu iklan mudah yang ditaip.

Mulakan iklan anda itu dengan saiz kecil 1 inci, 2-3 inci. Suruh bakal pelanggan atau pembaca anda mengirimkan setem atau RM1 untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap. Apabila mereka menghantar surat pertanyaan kepada anda, masukkan katalog keterangan ringkas dan harga produk yang anda jual itu.

Pastikan anda juga ada menyediakan satu borang kecil untuk mereka membuat pesanan sama ada barangan atau perkhidmatan anda. Sudah tentu juga anda boleh menyertakan surat penghargaan anda kepada mereka dengan menyatakan bahawa anda sangat berbesar hati untuk membuat urusniaga dengan mereka dimasa hadapan.

Adakah anda tahu bagaimana kebanyakan peniaga hilang peluang perniagaan kerana mereka tidak menyediakan ‘coverletter’ ini untuk meningkatkan lagi gaya perniagaan. Anda juga perlu mempelajari banyak perkara lain dengan membuat tinjauan dan pembacaan mengenai perniagaan-perniagaan di rumah yang lain.

Sebelum saya memulakan perniagaan saya dahulu saya juga telah membaca berbagai-bagai buku dan melihat serta menyertai berbagai-bagai program mencari wang atau menambahkan pendapatan. Ada juga yang membuat iklan satu muka penuh yang menyatakan bagaimana mereka boleh memperolehi wang sehingga satu juta dalam masa yang singkat. Pada peringkat permulaan anda boleh menjual barangan atau perkhidmatan anda dengan harga yang murah sehinggalah anda faham dan yakin anda boleh menjual barangan yang lebih mahal pula.

Banyakkan membuat kajian dan penyelidikan serta membaca buku yang berkaitan perkara yang ingin anda ceburi di mana anda boleh mendapatkannya di mana-mana perpustakaan ataupun anda boleh pergi ke kedai buku dan mencari tajuk yang berkaitan untuk memberlinya. Ya ! sudah tentu ianya mudah dan ini hanyalah baru diperingkat permulaan.

Jika ia berkaitan dengan hobi anda, mungkin anda perlu memperuntukkan beberapa bulan untuk melaksanakannya sehinggalah anda boleh berpuashati dengan keuntungan yang bakal diterima kelak. Kebanyakan orang yang mempunyai hobi akan menghabiskan banyak wang untuknya. Anda pula hanya perlu menghabiskan wang anda untuk membuat iklan yang mana ianya akan memberikan keuntungan pula kepada anda disebabkan oleh hobi anda itu dan kerana anda jadikan ia sebagai satu cabang perniagaan anda.

Selamat Mencuba! Jumpa lagi
!
posted by editor @ 1:12 PM  
Tuesday, June 20, 2006
Mulakan Langkah Pertama
KEJAYAAN hari esok bermula dengan LANGKAH PERTAMA anda hari ini. Tidak kira dalam apa bidang yang kita ceburi atau ingin memulakan sesuatu projek atau perniagaan, anda perlulah melakukan LANGKAH PERTAMA. LANGKAH PERTAMA ini seperti menyediakan diri anda dengan ilmu pengetahuan dan menyediakan peralatan atau persediaan sebelum memulakan 'perjalanan' KERJAYA anda.
Hidup ini ibarat jalan sehala yang tidak boleh berpatah balik ke belakang. Mungkin adakalanya kita akan tersilap dalam perjalanan ini, tetapi hidup mesti diteruskan juga. Tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan (kecuali Nabi Muhammad s.a.w.). (Begitu juga dengan saya. Jika saya tersilap, tegurlah saya dengan mengirimkan komen anda ke emel saya badruzamani_azmi@yahoo.com )
Carilah peluang dan rebutlah kesempatan yang muncul depan anda dengan berhati-hati. Jangan terlalu percaya dengan apa yang anda baca. Berfikir dengan teliti dan buat keputusan dengan bijak. Hidup ini ada pilihan dan anda yang tentukan. Buka hati, buka minda dan kenali diri anda. Apakah kekuatan diri anda yang patut dipertingkatkan dan apa kelemahan diri yang patut diperbaiki? Sehingga berjumpa lagi... JAzakalllah Kairon Kasiran.
posted by editor @ 7:42 AM  
Monday, June 19, 2006
Ternak Arnab
Saya pernah bela arnab dari tahun 1994 sehinggalah tahun 1997 di kawasan rumah. Bermula dari 6 ekor anab ( 2 ekor arnab Australian white dan 4 ekor arnab berwarna coklat), ia terus membiak sehingga ke generasi ke 13 sebelum keluarga saya menyembelih kesemuanya kerana nak berpindah rumah. Impian saya ingin menjadi peternak arnab yang berjaya suatu hari kelak. Tetapi, takdir mengatasi segalanya. Saya terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 1995 dah disahkan lumpuh separuh badan. Walaupun begitu, saya mengharapkan seseorang dapat merealisasikan impian saya itu.


Bukan demi kepentingan saya, tetapi demi kepentingan negara kita. Kerana saya melihat harga arnab terlalu mahal kerana permintaan yang tinggi melebihi penawaran. Kedua sebagai alternatif kepada permintaan terhadap 'daging putih' selain ayam. Ketika, ia mampu meningkatkan ekonomi penternak.


Jika di lihat kepada jangka pembesaran arnab, ia hanya mengambil masa selama 1 hingga 2 bulan untuk menjadi arnab dewasa sedangkan ayam memerlukan 4 hingga 6 bulan. Baik dari segi kos penyelenggaraan, pemakanan dan kawalan jangkitan penyakit; sememangnya agak kurang berbanding ternakan ayam.


Selain itu, arnab berguna baik dari segi najisnya, bulunya sehinggalah kepada otaknya kerana dikatakan otak arnab mempunyai enzim yang mampu menyembuhkan demam malaria. Arnab pada usia 2 minggu boleh dijadikan haiwan peliharaan dan dikatakan pernah digunakan untuk tujuan merawat pesakit Parkinson.


Saya mengharapkan suatu hari nanti, harga arnab akan kembali kepada harga yang stabil dan berpatutan. Juga akan wujud pengimport makanan arnab dan usahawan arnab di kalangan bumiputera yang mampu menjaga kualiti dan kebersihannya agar saya tidak merasa was-was untuk membelinya. InsyaAllah...

posted by editor @ 8:57 AM  
Sunday, June 18, 2006
12 DALIL MENGAPA ANDA PERLU BEKERJA DI RUMAH
Ada banyak kebaikan yang boleh dijadikan dalil mengapa anda perlu terlibat dengan serius dalam perniagaan dari rumah yang hebat ini. Tetapi, cukuplah sekadar diberikan 12 dalil yang terpenting sahaja.

  1. Anda bebas bekerja
    Semasa jiran dan sahabat handai anda bangun pagi menuju ke tempat kerja dan perlu berhadapan dengan kerenah dan perangai bos mereka, anda pula bangun pagi dengan suasana yang harmoni dan tiada siapa yang memerintah anda. Anda adalah bos dan andalah yang memerintah diri sendiri. Anda mengurus diri sendiri dan menggerakkan segala urusan melalui diri anda sendiri.
  2. Anda boleh bermula kecil-kecilan
    Perniagaan mail order boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan modal yang sedikit. Lama-kelamaan, perniagaan ini boleh menjadi besar dan menjana pendapatan yang tinggi sehingga anda berupaya menjadi jutawan. Bermula part time (secara sambilan) dan tidak mustahil akan jadi full time (sepenuh masa), anda boleh hidup bahagia every time (setiap masa).
  3. Kebebasan tempat
    Anda boleh bekerja di rumah sendiri, di rumah ibu bapa, di rumah bapa dan ibu mertua, dan di mana sahaja. Jadi, anda tidak perlu fikirkan perkara lain kecuali iklan di dalam akhbar, majalah dan internet.
  4. Kebebasan masa
    Cuba peruntukkan dua jam sehari bagi menjalankan perniagaan ini. Pastikan anda tidak membuang masa dengan bekerja lebih daripada dua jam. Pendapatan anda sudah pasti lebih daripada dua jam. Anda tidak akan jadi seperti pekerja buruh kasar. Bekerja 12 jam sehari dengan keringat yang membasahi diri, sedangkan upahnya tidak setimpal. Tetapi perniagaan mail order ini lain pula. Bekerja dengan masa yang sedikit dan menjana pendapatan melebihi sepatutnya.
  5. Impian menjadi kenyataan
    Anda berimpian menjadi millionaire? Dengan berkonsepkan perniagaan di rumah secara pos, anda mampu menjadikan impian anda satu kenyataan. Impian yang bukan lagi angan-angan kosong, tetapi impian yang menjadi cita-cita (kenyataan).
  6. Meluangkan masa untuk keluarga
    Ramai yang menjadi hamba kerja hinggakan tiada masa diluangkan bersama-sama keluarga. Tetapi, melalui mail order anda mempunyai banyak masa beramah mesra, keluar membeli-belah dan membeli apa sahaja yang menjadi kesukaan anak-anak dan isteri/suami anda.
  7. Tidak perlukan pengalaman
    Pendek kata, anda tidak perlu 'tahu' semua perkara. Anda hanya perlu 'mahu' pada suatu perkara dan 'tahu' akan datang sendiri. 'Tahu' akan datang selepas anda ada 'minat' dan dari situ, anda akan 'belajar'. Perniagaan mail order tidak mensyaratkan ada pengalaman baru boleh berjaya. Cukup sekadar anda pastikan produk anda diminati dan disukai ramai serta dapat menjadi jualan yang paling laris. Maka bagi mencapainya, anda perlu mencari ilmu berkaitan perniagaan melalui internet.
  8. Untuk semua
    Perniagaan ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada 19 tahun hingga tiada had maksimum umur. Anda boleh menjalankan perniagaan ini, tanpa mengira apakah agama, bangsa dan negeri mahupun negara anda, anda layak dan berupaya melakukannya. Misalnya, anda di Malaysia dapat menjual produk ke Argentina hanya dengan menggunakan internet. Pendek kata, walaupun berjauhan negara, internet sudah mendekatkan kedudukan anda dengan pelanggan ataupun pelawat laman web anda.
  9. Pemasaran luas
    Sama ada pemasaran anda melibatkan pemasaran melalui majalah dan akhbar (mail order konvensional), mahupun pemasaran melalui internet, pemasarannya adalah luas. Anda akan mempunyai pelanggan. Pemasaran dalam negara sahaja pun sudah dapat menjadikan anda berpendapatan lumayan. Inikan pul apemasaran ke luar negara melalui internet. Tidak mustahil, dengan gerak kerja yang betul dan mengikut langkah yang sebenar, anda dapat menjadi jutawan.
  10. Produk yang luas
    Bumi Malaysia ini terlalu kaya. Sampaikan warga asing sanggup merentangi lautan dan bersabung nyawa bagi menikmati kekayaan di bumi Malaysia. Bumi Malaysia kaya dengan produk yang bermutu dan dapat dipasarkan. Tetapi pemasaran melalui internet tidak dapat diduga. Ada masanya anda pandang produk itu tidak bermutu, tetapi apabila dijual melalui internet dan secara pos, produk itu menjadi killer product. Kita sebaik-baiknya tidak membuat kesimpulan berkenaan apakah produk yang sesuai. Cuma, produk yang sedia ada di Malaysia adalah luas dan tanggungjawab anda adalah memasarkannya secara bijak.
  11. Anda dapat memperoleh ramai kenalan
    Selain anda berniaga, anda juga dapat menjalinkan perhubungan persahabatan dengan pelanggan. Soal berlainan bangsa, agama dan negara sudah tidak menjadi masalah pada zaman ini. Anda dapat bertukar-tukar fikiran dengan pelanggan. Anda juga dapat mempelajari cara-cara meningkatkan kehebatan dan mutu kerja sebagai peniaga melalui pos (mail order) dari semasa ke semasa. Melalui internet, anda dapat bertukar-tukar fikiran dengan peniaga lain dari luar negara.
  12. Dapat menaja sesiapa sahaja
    Bagi perniagaan melibatkan MLM, Anda dapat menaja sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pasaran serta prospek anda adalah lebih 800 juta pengguna internet di seluruh dunia.

Dipetik daripada: Bab 48, buku "Buat Duit Dari Rumah" oleh Mohd Rozani Pawan Chek

posted by editor @ 11:17 AM  
Saturday, June 17, 2006
Hanya 2 Jam sehari
Manusia di anugerah 24 jam sehari. Pekerja sektor awam & swasta di Malaysia bekerja antara 5 hingga 6 hari seminggu. 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk tidur dan 8 jam untuk riadah. Untuk menambah pendapatan sampingan demi menambah income keluarga anda, anda hanya bekerja 2 jam sehari sahaja di rumah anda selepas anda pulang dari bekerja di pejabat/kilang. Tak kisaih sama ada anda nak lakukan selepas solat asar hingga sampai waktu maghrib atau selepas makan malam sambil menonton berita/ TV ataupun sebelum tidur.

Tidak perlu lama-lama sangat kerana takut anda akan jadi letih dan jemu akhirnya mendatangkan malas jika anda memperuntukkan lebih dari 2 jam sehari. Sebab itulah saya pun hanya memilih pakej Streamyx Basic RM44 dengan had 60 jam sebulan. Selain ingin berjimat, saya ingin melatihkan diri supaya hanya memperuntukan 2 jam sahaja sehri untuk sambungan ke internet. Supaya saya hanya melakukan kerja menuju ke 'sasaran' sahaja. Tidak menerewang sehingga tersasar dari landasan yang sebenar.
Internet diwujudkan untuk kemudahan umat manusia dengan sebaik mungkin. Jadi, gunalah apa yang kita ada ini dengan sebaik mungkin. Hampir 90% bahan-bahan/laman-laman web dalam internet ini berguna ke manusia. Hanya 10% sahaja yang menyimpang dan mengajak ke arah melakukan maksiat dan kejahatan. Jadi, tepuk dada tanya IMAN. Jauhilah dari hati kita dari hasutan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita tanpa rasa jemu dan penat.
Untuk mencapai 'sasaran', adakalanya kita akan 'tersasar'. Tetapi menurut kata cendiakawan, "Orang yang berjaya tidak mudah berputus asa. Orang yan mudah berputus asa tidak akan berjaya". Jadi, kuatkan semangat, tanamkan tekad, kuncikan pandangan anda pada impian anda dan laksanakan 'langkah pertama' anda menuju ke arah impian anda. Semoga impian anda akan menjadi kenyataan kelak suatu hari nanti. InsyaAllah...
posted by editor @ 8:42 AM  
Friday, June 16, 2006
Bekerja di rumah gaya baru demi perkukuhkan ekonomi keluarga
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang saya kira sangat menarik untuk dinilaikan kita sama-sama renungkan.



Oleh: Dr Ahmad Zaki Ismail

KITA kini semakin terdedah kepada cabaran era globalisasi ekonomi dan dunia tanpa sempadan. Pengangguran pula ditakrifkan secara lebih kompleks dan semakin sukar diatasi. Ia membabitkan pengangguran ketara dan tidak ketara. Hambatan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat yang memerlukan kita berfikiran lebih terbuka.Kita tidak lagi boleh terkongkong dengan sektor ekonomi tradisional semata-mata. Ekonomi yang bersifat anjal sentiasa berkembang bagi memenuhi keperluan dan aspirasi semasa, manakala sumber penjanaan pendapatan juga sepatutnya tidak lagi terikat dalam satu segmen atau arah tertentu. Perkembangan begitu pesat dalam bidang guna tenaga, terutama di sektor perkhidmatan seperti pembantu rumah, buruh ladang, pekerja kilang, hotel dan restoran, mewujudkan situasi yang mendesak sehingga kita terpaksa mengimport tenaga kerja asing.
Walaupun situasi ini sepatutnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, keadaan yang berlaku adalah sebaliknya lantaran keluk permintaan guna tenaga berkembang secara tidak seimbang. Selain itu, apabila tenaga kerja profesional, terutama wanita menjadi tidak produktif selepas melahirkan anak dan terpaksa berhenti kerana gagal mendapatkan pembantu rumah, banyak sektor menjadi tidak aktif dan kurang produktif.Untuk memberikan nafas baru dalam kegiatan ekonomi serta menjana tenaga produktif daripada sumber seperti di atas, sesuatu langkah perlu dilakukan. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya penguncupan kegiatan ekonomi dalam tempoh jangka panjang.
Di sesetengah negara maju, pejabat rumah telah menjadi satu gaya baru yang boleh diterima pakai.Malangnya, kita masih agak terkebelakang dalam menerima konsep ini kerana sikap majikan yang konservatif dan masih mahu melihat pekerja berada di pejabat. Kayu ukur produktiviti masih lagi pada jumlah masa dihabiskan di pejabat, bukannya berasaskan produk yang mampu dihasilkan. Dalam situasi ini, sektor jualan langsung amat berpotensi dan belum diterokai sepenuhnya bagi merangsang arah aliran kerja pasca ultra moden ini.
Tinjauan mendapati ia masih gagal menarik perhatian kapitalis dan pihak berkuasa kerana kurangnya penonjolan ketara dalam sumbangannya. Banyak tafsiran dan tanggapan salah berkisar di khalayak ramai mengenai industri berkenaan sehingga menenggelamkan sumbangan dan potensi sebenarnya dalam membangun, mengekang dan menstabilkan ekonomi negara, terutamanya dalam keadaan meleset.Selain itu, kemampuannya mewujudkan usahawan kecil tidak diterokai sepenuhnya. Malah, banyak perkara menarik terkandung sebagai elemen positif dalam industri jualan langsung gagal diterokai. Secara umum, tafsiran jualan langsung ialah satu instrumen pasaran yang menyediakan landasan pertemuan secara terus antara pembekal dengan pengguna.
Ia sedikit berbeza daripada tradisi pasaran terbuka kerana menidakkan faktor konvensional pasaran iaitu kedai.Fungsi mempromosi produk akan dilakukan oleh ejen syarikat yang kadangkala disebut sebagai ahli, pengedar, ejen, perunding dan pelbagai gelaran lagi. Melalui kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ia telah membukakan peluang yang amat luas kepada industri ini untuk mencari pasarannya jika dilakukan secara tekun, jujur dan bersungguh-sungguh.
Di Malaysia, kegiatan jualan langsung dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Akta Jualan Langsung 1993.Penakrifan yang diberi untuk kegiatan itu di bawah akta berkenaan adalah jualan dari pintu ke pintu dan jualan pesanan pos. Sehingga akhir 2003, perangkaan rasmi KPDNHEP mencatatkan sebanyak 456 syarikat berlesen menjalankan perniagaan jenis ini, iaitu 243 mengusahakan jualan langsung secara bertingkat (MLM), 143 melaksanakan pelan pemasaran setingkat (SLM) dan 35 syarikat membuat pasaran melalui pos (PO). Daripada jumlah itu, 48 syarikat adalah berstatus Bumiputra.
Tahun lalu juga menyaksikan bahawa syarikat jualan langsung di negara ini menyumbangkan hasil lebih RM4.3 billion, merangkumi pasaran dalam dan luar negara. Kebanyakan produk yang dipasarkan adalah berasaskan keperluan harian pengguna, kosmetik, makanan kesihatan, pakaian dan aksesori. Malangnya, sehingga kini potensi industri itu masih lagi tidak disedari umum dan gagal dikesan oleh banyak pihak kerana salah tanggapan dan dibayangi oleh kekaburan maklumat. Hasilnya, kebanyakan ahli masyarakat beranggapan perniagaan jenis ini berhubung rapat dengan skim cepat kaya atau skim piramid.Perkara paling menarik dalam bidang jualan langsung adalah kerana ia sifar risiko. Pendapat mengatakan bahawa berlaku manipulasi dalam pengambilan ahli adalah dakyah daripada mereka yang tidak arif dan gagal memahami konsep jualan langsung sebenar.
Pada asasnya, konsep jualan langsung adalah membekalkan produk dan perkongsian untung. Di sinilah sebenarnya yang menarik dalam bidang ini kerana pengguna mendapat dua faedah secara serentak iaitu di samping mendapat produk, mereka juga memperoleh pendapatan.Perkara selanjutnya yang akan dilakukan adalah mempromosi pelan perniagaan, keuntungan perkongsian dan produk jualan. Yang baiknya, semua produk yang dipasarkan melalui sistem jualan langsung adalah barangan yang berkualiti dan perlukan kelulusan daripada KPDNHEP. Malah, sebahagian besar daripadanya sudah mendapat pengiktirafan GMP (good manufacturing practice). Perkara sebegini tidak dapat dilaksanakan di pasaran terbuka apabila peniaga boleh menawarkan sebarang produk tanpa menghiraukan kualitinya.
Selain pemantauan yang dilakukan KPDNHEP, syarikat jualan langsung juga mempunyai dua persatuan iaitu DSAM dan MDDA yang turut menjadi pemantau sukarela untuk memastikan ahli mereka menjalankan perniagaan menurut etika yang ditetapkan berdasarkan garis panduan.Menurut kaji selidik yang dilakukan pada 2002, ada lebih kurang 1.6 juta terbabit dalam industri ini. Walaupun hanya sebahagian kecil yang aktif sepenuh masa, ini tidak bererti mereka tidak produktif kerana perniagaan ini bersifat fleksi-waktu. Malah, hampir 60 peratus daripada kalangan peniaga terdiri daripada golongan wanita yang juga suri rumah sepenuh masa. Ini menunjukkan kerjaya dalam industri jualan langsung telah berjaya meningkatkan produktiviti di kalangan tenaga buruh statik di pasaran buruh tidak ketara negara.
Banyak aspek positif dalam industri ini tidak disebarkan dengan betul. Ia termasuk daripada aspek ekonomi, sosial, hubungan kekeluargaan dan kemajuan diri. Jika anda menceburkan diri dalam bidang ini, mungkin realitinya kelak akan memeranjatkan diri anda sendiri kerana sebahagian besar kita tidak menyedari potensi diri, terutamanya dalam bidang jualan, tiba-tiba mampu melakukannya dengan baik sekali. Ini secara tidak langsung akan memperbaiki status ekonomi diri dan keluarga. Malah, meningkatkan jaringan persahabatan, pertukaran pengalaman, pergaulan sosial, keyakinan diri dan semangat positif.
Sebenarnya, kita saban hari bertindak selaku pengguna yang membeli pelbagai barangan di kedai dan pasar raya tanpa menyedari barangan yang sama mampu diperoleh daripada pasaran jualan langsung. Sebagai pengguna biasa, apabila kita membeli barangan kita hanya akan memperoleh barangan itu semata-mata, tetapi dalam jualan langsung kita akan memperoleh ganjaran mata dan pendapatan.Dengan perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat, terutama kepada barangan pengguna maka peluang semakin luas terbuka untuk semua orang menambahkan pendapatan.
Strategi perniagaan jualan langsung iaitu beli, guna dan promosi amat efektif. Contohnya, jika suri rumah membeli dan menggunakan produk bilik mandi seperti sabun serta syampu dan melakukan promosi untuk kenalan, keluarga dan tetangga, maka dengan segera sistem perkongsian pendapatan daripada kegiatan itu akan mengurangkan bebanan perbelanjaan sebenar.
Malah, jika suri rumah berkenaan bergerak lebih aktif, ia bukan saja menjimatkan perbelanjaan malah menambah pendapatan keluarga. Menggunakan rumah sebagai pejabat dan meningkatkan pengetahuan mengenai pasaran dan penggunaan teknologi ICT, sekali gus dapat menggerakkan wawasan negara dalam menggerakkan projek pejabat rumah seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan supaya ia akan menjadi satu kenyataan. Aspirasi berkenaan begitu mudah untuk direalisasikan melalui pendekatan yang bijak dan berkesan. Secara tidak langsung, lebih banyak masa boleh diluangkan untuk keluarga dan pada masa sama jaringan perniagaan dan hubungan silaturahim dapat diperkembangkan.
posted by editor @ 12:20 PM  
Hidup ibarat suatu Percaturan
Mungkin ramai antara kita tahu bermain catur. Bagi seorang pemain profesional, dia mesti tahu 3 asas catur iaitu cara bermain, menulis pergerakan bidak dan mengawal masa (jam). Dalam setiap pertandingan catur, 3 perkara asas akan diberi penekanan pada semua peserta. Sasaran dalam permainan catur ialah Raja pihak lawan. Jadi pelbagai teknik, taktik, muslihat dan serangan psikologi akan digunakan seoptima mungkin bagi mengalahkan pihak lawan. Ini adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan permainan catur.
Catur ialah satu permainan yang mampu mengasah minda. Ia mengajar erti kesabaran, pengurusan masa dan cara berfikir pemainnya. Papan catur hanya mempunyai 64 petak sahaja tidak seperti papan dam. Tulisan pergerakan catur adalah hampir sama di seluruh dunia. Begitu juga bentuk jam randiknya dan peraturannya. Baik di Asia mahupun Amerika, cara pergarakan, tulisan pergerakan dan penggunaan jamnya adalah sama. Sebab itu catur di katakan mampu mengumpulkan pemain dan peminatnya dari serata pelusuk dunia.
Begitu juga dengan hidup ini. Untuk berjaya, kita mesti ada sasaran (target) baik dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Sasaran ini ibarat Raja pihak lawan. Manakala bidak-bidak lawan ialah halangan dan rintangan yang perlu kita elak ataupun hadapi dengan sebaik mungkin. Kita tidak boleh nak lari dari menghadapi masalah. Tetapi, masalah yang datang memerlukan penyelesaian. Jika betul pengurusan kita, kita akan berjaya mencapai target kita. Jika tidak, kita akan gagal. Tetapi orang yang sudah BERJAYA tidak akan mudah berputus asa apabila gagal. Dia akan cuba 'bangun' dari kegagalan kita. Cuba dan terus mencuba sehingga kita mencapai KEJAYAAN. Bacalah kisah-kisah kejayaan seperti J.K. Rowling, Bill Gates, Irfan Khairi, Azizi Ali, Sir Thomas Edison dan ramai lagi yang belajar dari kegagalan.
Asas kedua dalam catur ialah menulis pergerakan. Hidup kita tidak akan berjaya tanpa pengurusan yang baik. Setiap pengurusan yang baik memerlukan perancangan yang teliti. Setiap perancangan yang teliti memerlukan idea yang bernas. Setiap idea yang bernas adalah hasil dari keputusan yang tepat. Untuk menghasilkan keputusan yang tepat memerlukan pemikiran yang waras. Pemikiran yang waras adalah hasil akal yang bijak. Untukmendapatkan akal yang bijak memerlukan pemakanan dan persekitaran yang baik, bersih dan sihat. Tetapi adakalanya idea yang datang akan berlalu pergi seperti bayu sepoi-sepoi bahasa. Mungkin hari ini kita ingat dan semangat kita seperti api yang membara untuk mencapai impian kita. Tetapi, mungkin esoknya kita akan terlupa pada idea yang hari ini dan kelmarin. Semangat kita juga akan pudar. Jadi, setiap perancangan memerlukan catatan agar kita tidak mudah lupa pada sasaran kita. Catatan ini juga boleh digunakan semasa analisa nanti (sekiranya kita gagal nanti).
Asas ketiga pula ialah kawalan masa. Ada sebahagian antara kita merasakan 'tidak cukup masa' dalam hidup ini. Alllah s.w.t menjadikan bumi ini berputar mengelilinggi matahari selama 365 ¼ hari untuk melengkapkan pusingan 1 tahun. Dalam 1 tahun ada 12 bulan. 1 bulan ada 4 minggu. 1 minggu ada 7 hari. 1 hari ada 24 jam. 1 jam ada 60 minit. Sekiranya kita bijak menguruskan masa , kita akan mampu menyelesaikan kerja yang memerlukan penyelesaian dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang pada waktu yang ditetapkan. Begitu juga dalam jam randik catur, tentu anda pernah ternampak 'bendera kecil' di dalamnya. Tentu ada tahu fungsinya. Asalkan anda mampu mengawal keadaan dan masa, peluang anda untuk berjaya pasti ada.
Namun, begitu terpulang pada untuk tentukan pilihan anda sendiri untuk mencapai 'impian' anda. Saya hanya mampu cadangkan setakat kemampuan dan ilmu yang saya ada. Ini hanyalah sekadar pandangan saya. Sehingga bertemu di lain ketika, jazakallah kairon kasiran...
posted by editor @ 12:06 PM  
Thursday, June 15, 2006
Affiliates
Affiliate ialah program mencari ejen jualan dalam dunia internet. Sekiranya anda tiada produk untuk dijual, anda boleh menyertai program Affiliate ini. Tetapi, sebelum anda menyertai program ini, anda seharusnya membaca terma dan syarat dan tahu apa yang ingin anda jual sebelum anda menyertainya. Di Malaysia, dah ada banyak laman tempatan yang menyediakan program ini dengan pelbagai komisyen yang berbeza-beza. Dan ia bertambah dari hari ke hari. Ini suatu perkembangan yang bagus.
Namun begitu, ada juga segelintir individu yang tidak memahami atau sengaja tidak mahu ikut peraturan atas sikap tamak dan ingin cepat dapat imbuhan atas niat baik pemilik laman web tersebut untuk menyediakan program seumpama itu. Pada mereka ini, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya! Jalan mudah selalunya membawa bencana! Nasihat saya, cepat-cepat la bertaubat dan hentikanlah perbuatan anda.
Pada semua yang ingin menyertai atau sudah menyertai program seperti ini, saya ucapkan SELAMAT BERUSAHA! SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA! Setiap orang ada rezeki masing-masing atas keberkatan, usaha dan nasib masing-masing. Janganlah iri hati dan dengki sesama kita. Kalau gagal, carilah punca kegagalan dan minta pendapat dari mereka yang sudah berjaya. Dalam internet semua orang berpeluang untuk berjaya. Tetapi, mestilah dengan usaha yang gigih, ingin menimba pengalaman, sanggup belajar, berani mengambil risiko untuk gagal dan tidak mudah berputus asa.
Tetapi, saya nasihatkan anda supaya TAMAK! Kerana tidak semua program Affiliate sesuai dengan hobi dan jiwa anda. Pilih program yang menarik dan sesuai dengan anda. Jangan pilih terlalu banyak sehingga klien anda tidak dapat membuat pilihan dan anda pula tiada masa dan keliru nak urus yang mana satu. Di sinilah KUASA FOKUS itu penting. Biar kita mempunyai 2 atau 3 program yang sesuai dengan diri kita dan kita menumpu sepenuhnya pada promosi pemasaran sahaja. Bab jualan kita serahkan kepada pemilik produk. Setiap bulan kita terima komisyen dari jualan hasil promosi kita.
Jika bagi anda yang masih tercari-cari program Affiliate ini, saya tawarkan beberapa program Affiliate yang menarik minat saya untuk anda cuba seperti :-





Sila layari laman web di atas dan baca mengenai produk, syarat dan terma perjanjian dan "tepuk dada, tanya minat dan selera" anda. Selamat berusaha dan berjaya. Jumpa lagi!

posted by editor @ 10:58 AM  
Wednesday, June 14, 2006
Roti Canai
Minggu lepas adik saya ada memesan Ramuan Rahsia Roti Canai di laman Roti Canai.Com. Semalam kami cuba buat sendiri buat kali pertama. Setelah mengikut sukatan yang diberikan, kami pun mula buat sejak petang semalam. Jadi, bila dah siap menguli kepada doh yang kecil, saya dapati dalam 1 KG Tepung Gandum, saya dapat 25 doh kecil. Tapi, disebabkan kami masih baru belajar, jadi kami cuba juga tebar macam kat kedai. Tapi, tak jadi. Ia memerlukan latihan yang khusus dan masa yang lama untuk belajar. Tak mengapa, jadi kami canai cara kami asalkan boleh makan. Saya cuba rasa 3 keping semalam dan bagi orang yang masih baru belajar, rasanya memang sedap dan mengenyangkan. Jadi, bila dah siap semua doh kecil telah dicanaikan, lalu kami simpan dalam tupperware pada suhu bilik.

Jiran saya tanya berapa harga Ramuan Rahsia Roti Canai ni. Saya jawab RM20. Kemudian dia kata daripada belian ramuan ni, baik beli kat kedai sahaja tanpa susah. Tapi, saya rasa dia silap. Kesusahan ni rasanya berbaloi.

Bayangkan 250 gm Ramuan Rahsia Roti Canai ni boleh buat 10 kali. Saudara Hazemi (pemilik laman web Roti Canai.Com) kata boleh dapat 20 biji doh. Saya buat semalam dapat 25 biji doh. Setiap kali buat, hanya perlu beli tepung gandum dan telur sahaja. Susu pekat mungkin perlu 2 tin (anggaran). Garam dan marjerin/minyak masak hanya sekali sahaja beli pada kali pertama. Kuah cicah boleh beli kat kedai.

Katakan kalau sekali buat dapat 25 biji doh. 10 kali buat dapat 25 biji doh. Jumlah semuanya 250 biji doh. Kalau beli kat kedai, katakan jual 50 sen sekeping. 250 kali dengan RM0.50 sama dengan RM125.

Berapa kos kalau buat kat rumah? Katakan 1 KG Tepung Gandum (kat tempat saya) berharga RM1.70, 1 peket garam RM0.60, 20 biji telur ayam berharga RM4.00, 2 tin Susu Pekat berharga RM3.40 dan Ramuan Rahsia Roti Canai berharga RM20. Katakan kalau 10 kali buat kos keseluruhan ialah dalam anggaran RM45. Jadi, saya mampu jimat RM80!

Terima kasih kepada saudara Hazemi kerana bersusah payah menyediakan Ramuan Rahsia Roti Canai yang best ni! Jika anda ingin mendapatkan Ramuan Rahsia Roti Canai beserta resepi roti canai dan kuah dhal, sila layari laman web di bawah :
posted by editor @ 8:43 AM  
Tuesday, June 13, 2006
Guna apa yang sedia ada
Semalam saya bersembang dengan seorang rakan yang ingin membeli komputer untuk membantu memulakan bisnes melalui internet. Dia bertanya tentang perbezaan antara 2 kad grafik di dalam komputer berharga RM1,488 dan RM1,508. Saya katakan pada dia supaya jangan melihat pada kelebihan kad grafik untuk bisnes Internet, tetapi melihat kepada keupayaan memori, saiz hard disk dan processor yang digunakan. Akhirnya, setelah dibuat pembandingan antara kelebihan dan kekurangan 2 komputer tu, saya syorkan supaya dia membeli komputer berharga RM1,488 kerana mempunyai kelebihan dari segi memori RAM. Kemudian dia bertanya pasal sama ada printer itu perlu, saya katakan ia perlu. Tapi, jangan melihat pada jenama semata-mata, tetapi haruslah melihat kepada keupayaan, jaminan, ciri-ciri keistimewaan, saiz katrij dakwat dan harga katrij dakwat semasa nak membeli sesuatu printer. Jadi, pembelian haruslah melihat kepada keperluan semasa. Saya juga terangkan pada dia agar mendaftar akaun internet dan membeli buku yang berkaitan dengan bisnes internet seperti buku 'Menjadi Jutawan MLM' dan 'Buat Duit dari Rumah' tulisan Mohd. Rozani Pawan Chek keluaran PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Saya pernah terbaca bahawa 'Komputer + Internet=Ladang Emas'. Tapi, tanpa usaha, kerajinan dengan sabar dan tabah tanpa mudah berputus asa; agak sukar untuk usahawan memperolehi kejayaan. Untuk makluman semua, KEJAYAAN & KEKAYAAN bukan mudah dicapai dalam masa yang singkat. Jadi, lupakan angan-angan anda untuk menjadi JUTAWAN EKSPRESS! Agar anda semua tidak tertipu oleh anasir-anasir jahat yang mengaut keuntungan melalui Skim Cepat Kaya (dapatkan sample percuma mengenai bahaya skim ini)
Guna apa yang anda ada seoptima mungkin dengan sebaik-baiknya. Jika anda perlu menambah perkakasan, perisian atau buku sebagai panduan, lihatlah pada KEPERLUAN & KEMAMPUAN kos anda. Minta pendapat saudara-saudara, kawan-kawan dan ahli keluarga anda sebelum membuat keputusan muktamad. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi! Jadikan, kesilapan dahulu sebagai kenangan dan pengalaman untuk kita terus maju menuju ke hadapan.
Semoga bertemu lagi, Jazakallah Kairon Kairan...
posted by editor @ 11:12 AM  
Monday, June 12, 2006
Komputer - Alat untuk membantu
Satu ketika dahulu sebelum tahun 2000, tak ramai yang memiliki komputer kerana harganya yang mahal. Komputer (Pentium Celeron 133 Mhz) kakak saya yang dibeli pada pada tahun 1996 pun berharga hampir RM5,000. Saya gunakan sehingga tahun lepas sebelum motherboard 'rosak'. Kemudian saya membeli komputer yang saya gunakan sekarang pada harga RM2,000. Ianya adalah Pentium 4 2.4 MHz dengan memori RAM 768 Mb dan 3 hard disk bersaiz 204 Gb. Dilengkapi dengan Streamyx, modem 56K dan kad TV. Bukan saya nak menunjuk-nunjuk kerana ada yang lebih hebat dari saya.
Tapi apa yang saya nak katakan ialah berapa ramaikah antara kita yang membeli komputer tanpa tujuan yang khusus. Lebih malang lagi komputer tersebut hanya dijadikan tempat berchatting, download lagu & melayari internet yang akhirnya menyebabkan kenaikan bil telefon dan bil internet dihujung bulan tanpa apa-apa faedah. Mereka merasakan diri mereka canggih kerana memiliki sebuah komputer yang mungkin tercanggih namun mereka tidak dapat langsung manafaat ke tahap optimum daripada kecanggihan komputer mereka sedangkan mereka boleh menjana pendapatan dari peralatan mereka ada.
Banyak yang boleh anda lakukan dengan komputer anda selain hanya bermain game sahaja. (Hati-hati kerana sesetengah game yang kita install di PC boleh menyebabkan PC kita rosak). Kalau anda nak install 1 atau 2 game, tak mengapa tapi jangan sampai ia tidak mendatangkan faedah atau income kerana banyak kebaikan yang dapat dilakukan dengan komputer. Komputer hanyalah alat untuk memudahkan kerja kita. Jadi, terpulanglah pada kita sama ada nak guna untuk tujuan baik atau jahat.
Sebagai contoh, saya sekarang tinggal di sebuah taman di Bukit Mertajam. Selain sibuk menulis dalam blog, membina laman web dan menulis beberapa artikel di masa lapang, saya juga menyediakan Jualan dan Perkhidmatan untuk penduduk taman ini. Saya menggunakan apa yang sedia ada untuk membuat penawaran seperti menyediakan perkhdmatan membayar bil melalui Maybank. Saya boleh lakukan dari rumah sebab saya sukar bergerak. Jadi, bila sudah banyak duit yang sudah terkumpul, saya minta adik atau jiran saya yang bekerja di Maybank tolong masukkan duit ke akaun saya mengantikan duit dalam akaun yang digunakan untuk membayar bil pelanggan. Jadi saya 'pusing' duit. Saya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2 pada bil pertama dan RM1 pada bil seterusnya yang diberikan pada waktu yang sama dari 7 pagi hingga 10 malam. Maybank Online dibuka dari pukul 6 pagi sehingga 12 malam setiap hari. Selain perkhidmatan menulis resume, kertas kerja untuk klien, saya juga menyediakan perkhidmatan membantu klien untuk mendaftar ke IPT secara online dan membeli buku secara online. Selain itu, saya membuat jualan prepaid dan produk HPA (produk kesihatan keluarga dari herba tradisional).
Bagaimana dengan anda? Anda juga boleh lakukan seperti saya dan mungkin lebih baik dari saya. Saya tak kisah! Antara 'NAK KE TAK NAK' sahaja. Mungkin cara ini tidak mendatangkan keuntungan lumayan. Tapi, saya lakukan untuk menampung bil bulanan dan membantu orang. Itu satu kepuasan kepada saya. Tanpa tekanan! Dapatkan ebuku percuma mengenai projek komputer ini.
Sehingga bertemu lagi di lain ketika, Mulakan langkah pertama anda sekarang kerana KEJAYAAN anda di masa depan bermula dengan 'LANGKAH PERTAMA' anda sekarang.
posted by editor @ 8:30 AM  
Sunday, June 11, 2006
Nak kahwin?Tapi duit tak cukup.
Tak lama adik saya akan melangsungkan perkahwinan. Banyak persiapan perlu disiapkan. Sudah tentu banyak wang perlu dilaburkan untuk sesuatu adat perkahwinan.

Bila bercakap pasal perkahwinan ini memang menarik. Cubalah tanya pada sesiapa pun. Namun ada di kalangan anak muda yang baru mendapat pekerjaan atau yang belum mendapat pekerjaan tetap. apatah lagi hutang pinjaman pelajaran yang terpaksa di bayar serta beberapa hutang lain yang masih perlu dijelaskan seperti hutang motosikal, kad kredit dan sebagainya.
Kos untuk melangsungkan perkahwinan bukanlah kecil mengikut adat masyarakat sekarang. Wang hantaran sahaja sudah boleh mencecah antara RM5,000 sehingga RM15,000. Majlis kendurinya pula mestilah mengundang sekurang-kurangnya 500 orang. Sewa pelamin, mak andam, baju songket, kanopi, jurugambar, pasukan kompang dan bermacam-macam lagi perbelanjaan yang perlu dikeluarkan supaya majlis yang diadakan menjadi meriah dan boleh dibanggakan. Alasan yang paling kerap dilontarkan, "Alaa....sekali seumur hidup, jadi tidak mengapalah berbelanja lebih sedikit.
Mungkin ada yang tertanya-tanya (sambil menggaru kepala), "Macam mana nak menambah pendapatan?". Kalau nak harap pada wang gaji setiap bulan sahaja tidak mampu nak menambah simpanan. Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan wang di dalam hidup anda. Hatta, mengutip sampah pun boleh dapat wang. Apa yang perlu hanyalah kebijaksanaan anda melihat sesuatu perkara daripada sudut yang berbeza.
Contohnya, kebanyakan orang melihat sampah hanyalah benda yang tidak berguna dan menjijikkan . Tetapi jika anda melihatnya dari sudut yang sedikit berbeza, anda dapat melihat bagaimana sampah tersebut boleh diubah menjadi wang. Anda mungkin boleh mengasingkan sampah-sampah tersebut dan menjualnya di tempat kitar semula. Anda juga mungkin boleh mengambil sampah-sampah yang dibuang oleh orang ramai sebagai satu bahan untuk menghasilkan permainan atau perhiasan menarik yang boleh amda jual. Malah, jika anda mempunyai kemampuan yang lebih besar, mungkin anda boleh mengkaji dan menukarkan sampah-sampah tersebut menjadi bahan bakar untuk menggantikan petroleum.
Ada 3 syarat yang perlu anda patuhi jika ingin menambah pendapatan:-
  1. Tidak memerlukam anda mengeluarkan atau menggunakan duit simpanan anda yang banyak (perlu kurang dari 10% simpanan anda)
  2. Tidak menambah lagi perbelanjaan sara hidup anda.
  3. Tidak menyebabkan anda berhutang lagi

Untuk mencetuskan idea yang baik, anda perlulah menyenaraikan terlebih dahulu seberapa banyak idea yang boleh. Untuk memperolehi idea yang banyak, mudah sahaja sebenarnya. Cuba anda perhatikan dan tinjau di sekeliling kehidupan anda. Jika anda berada di taman bunga atau di tepi tasik tempat masyarakat beriadah, cuba duduk dan perhatikan gelagat serta tingkah laku orang ramai di sekeliling anda. Perhatikan gelagat kanak-kanak yang berlari-lari, remaja yang bermain skateboard, budak-budak yang bermain layang-layang dan pasangan kekasih yang mabuk bercinta. Tiba-tiba tekak anda terasa haus. Anda mula tertanya-tanya, "Tak ada orang jual air kat sini ke?"....Tiada!! Bagaimana jika anda yang menjadi penjual air tersebut? Bagaimana pula dengan menjual aiskrim?...Semua orang suka makan aiskrim... apatah lagi dengan suasana petang yang agak terik begini. Pastinya keenakkan menikmati aiskrim akan lebih terasa. Bagaimana pula dengan makanan ringan? Jeruk? Buah-buahan? Atau mungkin ... layang-layang?

Lihat betapa banyaknya peluang perniagaan yang boleh anda lakukan. Semuanya hanya terpulang kepada anda. Sama ada mahu atau tidak mahu melakukannya sahaja. Mungkin ada antara anda yang malu hendak berniaga. Segan...takut...komitmen pada kerja sekarang...dan bermacam-macam alasan lagi.

Selain berniaga kecil-kecilan seperti di atas, anda boleh menyertai Jualan Langsung / Multi Level Marketing (MLM). Perniagaan jualan sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Sememangnya telah ramai individu yang berjaya menjadi jutawan dalam perniagaan ini. Tetapi tidak kurang juga yang tidak menjadi apa-apa pun setelah menyertai perniagaan ini. Tetapi anda perlu memilih syarikat MLM yang betul sebelum memulakan bisnes ini dengan lebih serius. Ketahuilah ciri-ciri MLM yang baik dalam buku "Menjadi Jutawan MLM" tulisan Mohd. Rozani Pawan Chek keluaran PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd. (http://www.pts.com.my). Selain itu anda boleh menjadi ejen jualan sambilan (seperti saya) dari rumah anda, pengajar sambilan, pelukis atau penulis sambilan. Ketahuilah dengan lebih lanjut di dalam buku bertajuk "Maskahwin Yang Hilang". Dapatkan sampel buku ini di laman ini. Anda juga boleh terus memesan buku yang berharga RM18 ini dengan klik pada ikon buku di bawah :


Judul : Maskahwin Yang Hilang
Harga : RM18.00
Penulis : M. Sufiz
Terbitan : Extreme D Enterprise
ISBN : 983-42730-0-2
Mukasurat : 72 halaman

OK lah. Setakat ini dahulu celoteh saya hari ini. Semoga bertemu lagi. InsyaAllah...

posted by editor @ 7:59 AM  
Saturday, June 10, 2006
Salam Perkenalan
Assalamualaikum dan salam bahagia,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman bloq saya ini. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Badruzamani Bin Azmi. Berasal dari Batas Liku, Perlis dan kini menetap di Taman Machang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tujuan saya membina bloq ini ialah untuk menambah kenalan terutama dalam bidang MLM dan usahawan internet yang jujur ingin membantu bangsa dan negara kita. Saya mula belajar asas HTML sejak 6 tahun lepas tetapi saya merasakan saya masih banyak yang tak tahu berkenaan teknologi perkomputeran ini. Memanglah dalam dunia teknologi ini, tiada siapa yang boleh mendakwa dia adalah pakar kerana teknologi sentiasa berkembang setiap saat. Jadi, ada sesuatu yang kita tahu kerana kita sering melakukannya dan ada yang kita tidak tahu. Oleh itu, apabila kita mendapat idea untuk memulakan sesuatu 'projek', cuba fokuskan pada kerja tu dulu. Susahkan? Saya faham. Sebab saya sendiri pun agak payah untuk fokus pada sesuatu kerja kerana mungkin pada hari ini saya komited pada kerja ini dan esoknya mungkin saya beralih pada 'projek' baru yang mana ideanya datang mencurah-curah. Kalau baca pada artikel "Rahsia Mengenali Diri Anda dan Si Dia...", memanglah ciri-ciri orang berbintang Gemini ini berubah-ubah seperti Aries.
Setiap orang pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, jangan kita menghina manusia lain kerana kekurangannya kalau kita tidak mahu orang menghina kita suatu hari nanti. Hormatilah prinsip dan maruah diri orang lain kalau kita mahu orang lain menghormati prinsip dan maruah diri kita. Bumi kita ni BULAT! Jadi, bila kita lakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang lain, suatu hari nanti pasti perkara itu akan berlaku pada kita sendiri.
Jadi, jangan menipu orang kerana orang menipu akan mendapat azab yang amat pedih dari Tuhan suatu hari kelak. Rezeki yang tidak halal ini akan menjadi 'darah daging' yang akan menjadi 'bahan bakar' api neraka kelak. Nauhuzubillah minzallih. Bertemu lagi di lain ketika, jazakalllah Kairon kasiran...
posted by editor @ 10:32 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib