UsahaNiaga
Saturday, July 29, 2006
Bersedia Alam Emosi dan Sikap - Sediakan deria asas
...sambungan
Manusia mempunyai 3 deria asas supaya mudah diyakinkan. 3 deria asas itu ialah:

1. Telinga
Berkongsi ilmu tentang produk dengan mendengar cerita dan ilmu dari mulut ke mulut. Cerita yang berpaksikan kebenaran. Contohnya, testimonial tentang keberkesanan produk yang digunakan. Bercerita dari mulut ke mulut adalah iklan yang paling hebat dan berkesan.

2. Mata
Sediakan katalog-katalog yang mengandungi gambar sesuatu produk. Sekiranya ada gambar orang yang memberi testimonial adalah lebih baik. Ini bagi meningkatkan lagi kepercayaan prospek dan pelanggan terhadap kesan baik produk tersebut.

3.Rasa
Sediakan juga produk yang boleh dirasai. Contohnya, Kopi Radix. Berikan kepada prospek untuk merasai aroma dan kelazatannya. Apabila prospek merasai kehebatan 7 herba yang terkandung dalam Kopi Radix, tidak mustahil dia hendak membelinya. Bahkan, apabila anda tunjukkan contoh pendapatan yang bakal mereka perolehi jika menyertai perniagaan MLM, tidak mustahil mereka akan bersetuju untuk ditaja oleh anda.
Bersambung...
posted by editor @ 9:17 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib