UsahaNiaga
Tuesday, July 25, 2006
Menghadari Mesyuarat
Jangan lupa anda perlu menghadiri mesyuarat bagi mengasah bakat dan kebolehan. Mesyuarat itu sama ada mesyuarat mingguan ataupun mesyuarat bulanan. Mesyuarat terbahagi kepada dua iaitu mesyuarat anjuran syarikat atau stokis dan mesyuarat kumpulan anda sendiri. Tanpa mesyuarat, anda ketinggalan. Anda tidak dapat mengetahui perkembangan semasa dan tidak boleh bertukar-tukar fikiran dengan kumpulan lain.

Mesyuarat juga boleh dijadikan tempat menaja ahli baru. Bawa mereka terus ke tempat anda bermesyuarat. Apabila mereka tidak boleh anda taja dengan sekadar berjumpa secara individu, bawa mereka ke majlis mesyuarat mingguan. Pada masa itu, ramai upline anda hadir dan tidak mustahil mereka boleh close case. Sambil anda bermesyuarat menimba ilmu, sambil menaja ahli baru. You learn and earn.

Hanya dengan bermesyuarat sahaja anda dapat memotivasi diri secara berterusan. Di situ, anda dikelilingi oleh orang yang berfikiran positif, perkataan positif dan tindakan positif. Melalui mesyuarat kumpulan, atur strategi kumpulan anda dan apakah sasaran jualan kumpulan anda. Apabila anda dan kumpulan gagal (gagal sementara) mencapai target, buat muhasabah diri dan siasat mengapa dan bagaimana hendak mengatasinya. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Bermesyuarat umpama anda menajamkan mata kapak bagi menebang pokok.

Faedah hadir mesyuarat :

- Muhasabah diri
- Mengasah bakat
- Menaja ahli baru
- Timba ilmu
- Sikap positif
- Tahu perkembangan semasa
- Motivasi diri
- Buat sasaran
- Atur strategi
- Bertukar fikiran
posted by editor @ 8:01 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib