UsahaNiaga
Monday, July 17, 2006
Rintangan yang Bakal Anda Hadapi
Diri Sendiri
Setiap perkara di dunia ini ada rintangannya. Begitu juga dalam dunia MLM, rintangannya pasti ada. Salah satu rintangan ialah diri anda sendiri. Anda mungkin menghadapi masalah kurang percaya pada diri sendiri. Mengapa kurang percaya pada diri sendiri? Salah satu sebabnya ialah, anda berasa MLM ini memerluan kebolehan bercakap, berkawan dan mencari kenalan. Anda berasa diri anda tidak mampu bertemu dan berjumpa dengan prospek. Selain daripada itu, anda was-was terhadap kejayaan yang bakal anda kecapi. Diri anda sendiri adalah musuh yang tidak nampak yang perlu anda tewaskan.

Masa
Anda juga bermasalah dengan pembahagian masa. Sedangkan MLM merupakan perniagaan yang tidak memerlukan masa yang panjang. Namun begitu, ianya sedikit sebanyak mengganggu masa rehat, bersantai dan lepak-lepak anda. Paling ketara sekali, sewaktu anda menjalankan MLM, anda terpaksa menghadapi kerenah downline, upline dan pelanggan. Anda juga tidak terkecuali menghadapi masalah turun naiknya pendapatan iaitu bonus.

Pasangan
Pasangan anda juga banyak memainkan peranan yang penting dalam jatuh bangunnya perniagaan MLM. Jangan terkejut jika anda pernah dengar ada isteri meminta cerai dengan suaminya semata-mata kerana si suami selalu balik lewat. Ada juga isteri menuduh suaminya main kayu tiga. Itu tidak termasuk isteri yang merasakan dirinya tidak dipedulikan kerana suaminya sibuk dan bertungkus-lumus menjalankan perniagaan MLM.

Jiwa manusia ada bermacam-macam perangai yang kita tidak dapat dibayangkan. Ada juga seorang usahawan MLM telah ditinggalkan isteri lebih dari 6 bulan semata-mata menganggap suaminya sudah gila. Namun begitu, akhirnya insan ini berjaya menjadi usahawan. Inilah berkat sabar sewaktu menjalankan perniagaan MLM.

Saudara dan sahabat
Sanak saudara juga menjadi salah satu daripada rintangan yang bakal anda hadapi. Anda mungkin ditertawakan dengan perkataan yang mungkin menyakitkan telinga yang mendengarnya. Anda ajak mereka menyertai MLM dan mereka memberikan seribu satu alasan. Pendek kata, mereka sudah pakar dalam soal memberi alasan. Sahabat handai pun tidak kurang memberikan rintangan kepada anda. Jika di buat satu kajian secara mendalam, didapati lebih banyak orang yang negatif di sekeliling kita daripada orang berfikiran positif.

Tidak ada satu pun kejayaan yang dikecapi oleh seseorang di dunia ini tanpa menghadapi sebarang rintangan. Bagi bergerak dari satu tempat ke satu tempat juga memerlukan rintangan. Rintangan adalah nature. Bagi menempa kejayaan, rintangan amat diperlukan. Soalnya, bagaimana anda menghadapi rintangan. Anda ada dua pilihan sama ada menghadapi rintangan dengan tabah dan sabar ataupun berhenti sahaja (berputus asa). Tetapi orang yang sudah berjaya sebelum ini tidak pernah berputus asa, kerana orang yang berputus asa tidak pernah berjaya. Saya akan menerangkan tentang cara-cara menghadapi rintangan nanti dengan panjang lebar.
posted by editor @ 9:48 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib