UsahaNiaga
Thursday, July 13, 2006
Makan Gaji atau MLM?
Setiap individu yang makan gaji memulakan kerjaya mereka sewaktu berumur 25 tahun. Mereka bertugas dengan agensi kerajaan ataupun swasta dengan tangga gaji yang ditetapkan mengikut tahun (senioriti). Lebih kurang sewaktu mereka berumur 55 tahun, mereka akan bersara sepenuhnya daripada pekerjaan. Umur 55 tahun adalah waktu yang sesuai bagi mereka berehat sepenuhnya. Dengan kata lain, bekerja keras selama 30 tahun dan selepas itu, barulah dapat berehat sepenuhnya. Katakanlah jangka hayat umur anda ialah 60 tahun. Ini bermakna, 5 tahun kemudian anda berehat dan menikmati kehidupan dengan selesanya. Itupun jika anda tidak menghadapai penyakit yang kronik.

Bagaimana pula dengan corak kehidupan seorang ahli perniagaan MLM? Corak kehidupannya berbeza sekali. Anda yang menceburi bidang MLM, sekurang-kurangnya memerlukan 5 tahun bagi membina rangkaian yang kukuh. Ada juga yang lebih singkat daripada tempoh itu. Katakanlah anda memulakan perniagaan MLM sewaktu berumur 25 tahun. Jangka hayat anda pula sehingga berumur 60 tahun. Anda hanya perlu bekerja keras, maksimumnya 5 tahun sahaja iaitu sehingga berumur 30 tahun. Sisa 30 tahun lagi pula, anda dapat menikmati kehidupan yang selesa dan boleh berehat. Inilah corak kehidupan yang anda akan hadapi jika anda menceburi diri dalam perniagaan MLM sepenuh hati.

Namun begitu, jika anda berumur 50 tahun sekalipun, anda boleh menikmati kejayaan sekurang-kurangnya 5 tahun dari sekarang. Wak Ramlan adalah contoh sekarang yang berjaya walaupun baru menceburi MLM sewaktu berusia sekitar umur 50 tahun dan menempa kejayaan sewaktu berumur sekitar 60 tahun. Umur bukanlah alasan kejayaan. Sesiapa sahaja yang berusaha, dialah yang dapat menikmati hasilnya.

Dari segi kenaikan gaji setiap tahun juga berbeza. Apabila anda makan gaji, kenaikan gaji setiap tahun adalah lebih kurang RM200. katakanlah tahun ini gaji anda RM1800. Tahun hadapan ia akan mencecah RM2,000. Seterusnya tahun yang ketiga pula akan naik kepada RM2200. Berlainan pula dengan bisnes MLM, kenaikan berlaku berkali-kali ganda setiap hari dan bukannya tahun. Mungkin bulan ini bonus dan faedah harian ialah RM400. Tetapi tidak mustahil bulan hadapan pula anda akan mendapat RM1,000. Bayangkan dalam tahun-tahun seterusnya. Malahan ada kes yang pernah berlaku, ada individu yang berjaya memperolehi pendapatan melebihi RM10 ribu setiap tahun. Dalam MLM ini, jika anda kerja keras, pendapatan anda pun deras. Pendapatan yang anda perolehi adalah setimpal dengan usaha anda.

Dalam perniagaan MLM ini ada royalti tersendiri. Katakanlah anda sudah berjaya sampai ke satu tahap yang tinggi dalam MLM, tiba-tiba anda meninggal dunia. Pendapatan anda dalam MLM tidak hilang dan ianya terus diwarisi oleh pewaris sama ada isteri ataupun anak anda. Anda tidak perlu meninggalkan waris dalam keadaan miskin. Begitulah hebat dan uniknya perniagaan MLM. Berlainan dengan pekerjaan lain, jika anda meninggal dunia, maka hilanglah tenpat keluarga anda bergantung. Pendapatan juga hilang. Tetapi dalam MLM, pendapatan anda berterusan sehingga waris anda dapat menikmatinya nanti.

Anda dapat lihat orang yang makan gaji kebanyakannya membeli rumah, tanah dan kereta secara berhutang. Ramai yang berhutang sehingga terpaksa membayar balik walaupun sudah bersara. Jadi hutang tidak selamat dan kehidupan anda dalam keadaan yang tidak selesa, tidur tidak lenan dan makan tidak kenyang kerana sentiasa teringat masalah hutang. Tetapi dalam MLM, kita tidak perlu berhutang. Segala-galanya sudah tersedia. Contohnya seperti tabung kereta, tabung rumah atau melancong secara percuma. Bahkan anda tidak perlu penat bekerja bagi membayar kereta dan rumah. MLM adalah sistem perniagaan duplikasi. Apabila downline anda ramai, pendapatan anda akan bertambah walaupun anda sedang tidur. Inilah hebatnya duplikasi. Jadi, apa pendapat anda sekarang?
posted by editor @ 12:49 PM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib