Dalam perniagaan konvensional, sesuatu produk itu selalunya melalui pelbagai peringkat sebelum sampai kepada pengguna. Dari pengeluar kepada peraih kemudian kepada pemborong. Kemudian di jual kepada Penjual Primer. Dari penjual primer ke penjual sekunder dan barulah ke pengguna. Tetapi, dalam perniagaan MLM ini selalunya produk dari pengeluar terus kepada penjual (ahli) dan kemudian di jual kepada pengguna (bukan ahli). Adakalanya ia hanya melibat satu peringkat sahaja iaitu dai pengeluar terus kepada pengguna sekiranya pengguna itu menjadi ahli MLM dan selalu menggunakan produk itu untuk kegunaaan sendiri. Apakah keuntungan yang kita akan perolehi sekiranya kita membeli dan berniaga dalam MLM ini? Sebenarnya banyak. Dan ianya berbeza-beza antara syarikat MLM. Di sini saya senaraikan 5 keuntungan / faedah yang biasa diberikan oleh kebanyakan syarikat MLM iaitu : Diskaun Anda mendapat diskaun antara 20 hingga 25 peratus apabila anda menjadi ahli berdaftar dengan syarikat MLM. Jika anda hendak menjual, anda boleh mendapat untuk runcit 20 hingga 25 peratus. Anda mendapat kelebihan barangan yang murah dan keuntungan menjual barangan tersebut. Ini kerana, harga ahli dan harga jual berbeza. Harga ahli dan harga jual ditetapkan oleh syarikat. Anda tidak boleh dan tidak dibenarkan bermain dengan harga. Misalnya, anda menjual dengan cara menurunkan lagi harganya. Ini melanggar undang-undang MLM.
Bonus yang tiada had Anda juga berpeluang meraih bonus yang tiada sempadan . Ianya bergantung pada usaha anda yang gigih dan teratur serta bersistem. MLM ada bonus mengikut pelbagai peringkat. Jadi, saya tidak dapat menerangkan bonus tersebut kerana lain syarikat, lain bonusnya. Namun begitu, yang pastinya, ramai usahawan meraih pendapatan dalam MLM melebihi puluhan ribu ringgit. Pendapatan mereka juga melebihi pendapatan menteri.
Tabung kereta Selain bonus, ada juga syarikat yang menawarkan tabung kereta kepada pengedarnya. Tabung kereta bermaksud syarikat menghadiahkan kepada pengedar yang berjaya mencapai target dan pangkat yang sememangnya layak mendapat tabung kereta. Conthnya, Haji Ramli Jack, pengedar dan Intan Jutawan CNI berjaya memiliki kereta Honda Accord berharga RM120 ribu, Mercedes Benz E240 berharga RM400 ribu dan Mercedes Benz S280 berharga RM700 ribu. Tidak mustahil anda juga berupaya mendapatkan kereta idaman anda sekiranya anda serius menjalankan perniagaan MLM.
Tabung Rumah Tabung rumah juga merupakan suatu insentif kepada para pengedar yang dapat mencapai target pangkat yang ditawarkan. Ada yang berjaya mendapat tabung rumah melebihi RM500 ribu. Inilah kehebatan MLM atau dkenali juga sebagai ‘jaringan manusia dalam perniagaan. Namun begitu, ada juga syarikat yang tidak menawarkan tabung rumah atau tabung kereta ini. Syarikat itu hanya menawarkan bonus yang berganda sahaja. Meskipun begitu, kereta dan rumah idaman dapat dibeli melalui hasil perniagaan berasaskan MLM ini.
Melancong Ada sesetengah syarikat juga menawarkan peluang melancong contohnya seperti ke Asia, Eropah atau pakej umrah. Ada juga individu yang menceburi MLM semata-mata kerana berminat mendapatkan insentif pelancongan yang tersedia di dalam pelan pemasaran sesebuah syarikat yang tertentu. Bagi mencapai tahap yang membolehkan anda pergi melancong ini, anda mestilah berusaha sehingga ke tahap yang tertinggi dalam MLM. Bagi yang beragama Islam, disediakan pakej umrah percuma. Syaratnya, samalah seperti syarat melancong tadi iaitu anda perlulah berusaha mencapai tahap tertinggi yang sepatutnya dalam MLM untuk membolehkan anda layak. Biasanya, bagi mencapai tahap yang tertinggi dalam MLM ini hanya memakan masa maksimum 5 tahun sahaja sekiranya anda berusaha gigih. Tetapi ada individu yang berjaya mencapainya kurang dari 2 tahun sahaja. |