UsahaNiaga
Saturday, July 08, 2006
Apa yang tidak perlu dalam MLM? Siri ke 6
...sambungan

Hari saya akan memperkatakan mengenai perkara ke enam mengenai apa yang tidak perlu dalam bisnes MLM iaitu risiko.

Risiko

Risiko dalam perniagaan MLM adalah sangat rendah untuk rugi besar. Apabila anda sudah bergerak secara berjemaah iaitu melalui penajaan, sudah pasti risiko yang anda perlu tanggung adalah rendah. Ada yang boleh bekerja sambil berehat. MLM ini merupakan perniagaan yang bergerak semasa anda berehat. Ketika anda sedang melakukan sedang melakukan sesuatu untuk diri anda, downline anda pula bergerak menjalankan perniagaan dengan aktifnya. Pada masa yang sama, pendapatan anda bertambah mengikut rangkaian atau network anda.

Anda adalah BOS diri anda sendiri. Tiada siapa yang akan memaksa anda. MLM adalah perniagaan tunai dan bukannya kredit (hutang). Anda juga tidak perlu meminjam daripada bank bagi memulakan MLM. Ini demi mengelakkan risiko hutang dan pembayaran faedah. Dalam MLM, anda adalah pemilik, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO). Jadi anda tidak pelu ikut telunjuk sesiapa pun. Anda bebas bekerja mengikut acuan anda sendiri.

OKlah, Jumpa lagi esok,InsyaAllah...

Bersambung..

posted by editor @ 8:49 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib