UsahaNiaga
Thursday, June 29, 2006
Prasyarat dalam Memilih Syarikat -sambungan
...sambungan

Produk
Produk yang berkualiti dan ada jaminan mutunya, menjadi prasyarat untuk anda memilih syarikat yang sesuai. Tiada gunanya nama hebat, tetapi produknya tidak berkualiti. Barangan juga perlu memberikan faedah kepada semua ahli dari pelbagai sudut. Contohnya, sudut kesihatan, sudut pendapatan, sudut kualiti dan sudut kegunaannya. Jika barangan itu ada testimony atau diperkaui oleh pelanggan tentang keberkesanan barangan, pastinya barangan itu menjadi killer product.

Lihat juga cara pembungkusannya. Jika pembungkusannya berkualiti, maka ini menggambarkan syarikat itu berkualiti. Produk juga perlu sesuai dengan harga. Ada syarikat mengeluarkan barangan dengan harga yang tinggi dan perlu dijual mengikut pakej-pakej tertentu. MLM tulen, tiada pakej.

Pastikan keahlian juga tidak terlalu tinggi. Apabila terlalu tinggi, sudah tentu syarikat itu mengambil untung daripada kemasukan ahli. Syarikat yang baik hanya mengambil untung atau hasil melalui pergerakan barangan. Produk juga haruslah terdiri daripada pelbagai rangkaian dan bukannya hanya bergantung pada satu produk sahaja.

Selain itu, produk MLM haruslah mesra alam. Tidak mengandungi bahan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kecantikan pelanggan. Barangan terdiri daripada bahan semula jadi dan tiada kesan sampingan. Kini, banyak barangan MLM terdiri daripada barangan yang daripada sudut biologinya hampir 90 peratus dan tiada campuran bahan kimia.

Produk perlu dipelbagaikan. Tidak semua orang memerlukan produk yang sama. Kini, MLM dalam proses menjadi seolah-olah supermarket. Pelbagai produk untuk kegunaan bayi sehinggalah kepada kegunaan warga tua boleh didapati. Tidak mustahil satu hari nanti, aksesori, tayar, kenderaan dan insurans akan dijalankan mengikut pemasaran cara MLM.

Selepas ini kita akan mempelajari prasyarat yang ketiga pula iaitu PELAN PEMASARAN. Sehingga ketemu lagi dilain ketika, Jazakallah Kairon Kasiran....

Bersambung...

posted by editor @ 10:21 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib