UsahaNiaga
Wednesday, June 21, 2006
Bagaimana Menjadikan Sebarang Hobi Sebagai Perniagaan
Jika anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan, cara yang paling baik ialah melakukan hanya secara sambilan sahaja terlebih dahulu dan pada masa yang sama anda masih boleh lagi mengekalkan pekerjaan anda dan memperolehi pendapatan tetap. Jika anda berminat untuk memperolehi pendapatan berdasarkan harian, anda tidak perlukan modal wang yang banyak untuk memulakan perniagaan anda itu.

Tidak perlu bimbang kerana anda boleh menggunakan salah satu daripada minat/kecenderungan atau hobi anda sendiri untuk dijadikan asas perniagaan. Dan anda boleh membesarkan perniagaan anda dalam masa satu hingga tiga tahun bergantung kepada perancangan anda sendiri.

Dengan itu anda akan mempunyai persediaan cukup untuk berhenti kerja dan menjadi ‘boss’ sendiri. Tidakkah ini sesuatu yang hebat? Dengan menggunakan hobi atau minat anda di masa lalu mempunyai banyak faedah dan kelebihannya. Mengapa? Kerana bagi setiap pekerjaan dan perniagaan yang anda mahu ceburi dan lakukan mestilah ianya merupakan sesuatu yang anda suka dan minat untuk melakukan sesuatu perkara yang anda percayai, sesuatu yang mana anda boleh lakukan walaupun tidak pasti pulangannya.

Ia akan memberikan anda stamina/tenaga untuk melihat perniagaan anda sejak dari awal lagi walaupun agak sukar untuk anda melakukannya. Kita semua tentu faham dan tahu perasaan kita jika melakukan sesuatu perkara dan pekerjaan yang kita sendiri tidak suka melakukannya. Tidak ada cara untuk kita memberikan perhatian 100% mengenainya kerana kita sendiri tidak yakin dan tidak seronok untuk melakukannya.

Itulah sebabnya mengapa amat penting untuk melakukan untuk melakukan perkara yang disukai sama ada ianya untuk menjalankan sebarang perkhidmatan ataupun menjual barangan yang anda pilih untuk melakukannya. Adakah anda gemar memasak mulakan perniagaan anda dengan membuat dan menyediakan ‘ newsletter ’ resepi masakan untuk orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan anda itu dan jual resepi anda dalam bentuk panduan tipis/booklet.

Adakah anda seronok membuat kerja-kerja kraftangan? Anda boleh menjualnya secara pos ( tetapi pastikan anda mendapatkan keuntungan yang sepadan ). Adakah anda seronok melakukan kerja-kerja berkaitan dengan kereta? Buat katalog/flyer yang menerangkan perkhidmatan membaiki motokar yang anda tawarkan.

Adakah anda seronok menjadi penulis? Tulis satu panduan kecil/booklet seperti panduan ‘ Bagaimana untuk ’ dan jualkannya melalui pos atau sistem multi level. Adakah anda suka melakukan dan bekerja didalam bidang komputer program? Tulis satu program dan jadikannya sebagai program shareware berkumpulan ataupun anda boleh menjualkannya secara pos juga kepada mereka yang berminat.

Ya ! apa sahaja yang anda suka dan minat untuk melaksanakannya, dengan mudah boleh di ubah menjadi satu bidang perniagaan secara automatik. Sesebuah barangan mungkin hanya sesuai di jual di sekitar rumah dan jiran-jiran anda, sementara banyak barangan lain pula boleh dijual secara meluas secara pos. Jika anda mahu menjual secara pos apa yang perlu dilakukan ialah tulis satu iklan mudah yang ditaip.

Mulakan iklan anda itu dengan saiz kecil 1 inci, 2-3 inci. Suruh bakal pelanggan atau pembaca anda mengirimkan setem atau RM1 untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap. Apabila mereka menghantar surat pertanyaan kepada anda, masukkan katalog keterangan ringkas dan harga produk yang anda jual itu.

Pastikan anda juga ada menyediakan satu borang kecil untuk mereka membuat pesanan sama ada barangan atau perkhidmatan anda. Sudah tentu juga anda boleh menyertakan surat penghargaan anda kepada mereka dengan menyatakan bahawa anda sangat berbesar hati untuk membuat urusniaga dengan mereka dimasa hadapan.

Adakah anda tahu bagaimana kebanyakan peniaga hilang peluang perniagaan kerana mereka tidak menyediakan ‘coverletter’ ini untuk meningkatkan lagi gaya perniagaan. Anda juga perlu mempelajari banyak perkara lain dengan membuat tinjauan dan pembacaan mengenai perniagaan-perniagaan di rumah yang lain.

Sebelum saya memulakan perniagaan saya dahulu saya juga telah membaca berbagai-bagai buku dan melihat serta menyertai berbagai-bagai program mencari wang atau menambahkan pendapatan. Ada juga yang membuat iklan satu muka penuh yang menyatakan bagaimana mereka boleh memperolehi wang sehingga satu juta dalam masa yang singkat. Pada peringkat permulaan anda boleh menjual barangan atau perkhidmatan anda dengan harga yang murah sehinggalah anda faham dan yakin anda boleh menjual barangan yang lebih mahal pula.

Banyakkan membuat kajian dan penyelidikan serta membaca buku yang berkaitan perkara yang ingin anda ceburi di mana anda boleh mendapatkannya di mana-mana perpustakaan ataupun anda boleh pergi ke kedai buku dan mencari tajuk yang berkaitan untuk memberlinya. Ya ! sudah tentu ianya mudah dan ini hanyalah baru diperingkat permulaan.

Jika ia berkaitan dengan hobi anda, mungkin anda perlu memperuntukkan beberapa bulan untuk melaksanakannya sehinggalah anda boleh berpuashati dengan keuntungan yang bakal diterima kelak. Kebanyakan orang yang mempunyai hobi akan menghabiskan banyak wang untuknya. Anda pula hanya perlu menghabiskan wang anda untuk membuat iklan yang mana ianya akan memberikan keuntungan pula kepada anda disebabkan oleh hobi anda itu dan kerana anda jadikan ia sebagai satu cabang perniagaan anda.

Selamat Mencuba! Jumpa lagi
!
posted by editor @ 1:12 PM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib