Mungkin ramai antara kita tahu bermain catur. Bagi seorang pemain profesional, dia mesti tahu 3 asas catur iaitu cara bermain, menulis pergerakan bidak dan mengawal masa (jam). Dalam setiap pertandingan catur, 3 perkara asas akan diberi penekanan pada semua peserta. Sasaran dalam permainan catur ialah Raja pihak lawan. Jadi pelbagai teknik, taktik, muslihat dan serangan psikologi akan digunakan seoptima mungkin bagi mengalahkan pihak lawan. Ini adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan permainan catur. Catur ialah satu permainan yang mampu mengasah minda. Ia mengajar erti kesabaran, pengurusan masa dan cara berfikir pemainnya. Papan catur hanya mempunyai 64 petak sahaja tidak seperti papan dam. Tulisan pergerakan catur adalah hampir sama di seluruh dunia. Begitu juga bentuk jam randiknya dan peraturannya. Baik di Asia mahupun Amerika, cara pergarakan, tulisan pergerakan dan penggunaan jamnya adalah sama. Sebab itu catur di katakan mampu mengumpulkan pemain dan peminatnya dari serata pelusuk dunia. Begitu juga dengan hidup ini. Untuk berjaya, kita mesti ada sasaran (target) baik dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Sasaran ini ibarat Raja pihak lawan. Manakala bidak-bidak lawan ialah halangan dan rintangan yang perlu kita elak ataupun hadapi dengan sebaik mungkin. Kita tidak boleh nak lari dari menghadapi masalah. Tetapi, masalah yang datang memerlukan penyelesaian. Jika betul pengurusan kita, kita akan berjaya mencapai target kita. Jika tidak, kita akan gagal. Tetapi orang yang sudah BERJAYA tidak akan mudah berputus asa apabila gagal. Dia akan cuba 'bangun' dari kegagalan kita. Cuba dan terus mencuba sehingga kita mencapai KEJAYAAN. Bacalah kisah-kisah kejayaan seperti J.K. Rowling, Bill Gates, Irfan Khairi, Azizi Ali, Sir Thomas Edison dan ramai lagi yang belajar dari kegagalan. Asas kedua dalam catur ialah menulis pergerakan. Hidup kita tidak akan berjaya tanpa pengurusan yang baik. Setiap pengurusan yang baik memerlukan perancangan yang teliti. Setiap perancangan yang teliti memerlukan idea yang bernas. Setiap idea yang bernas adalah hasil dari keputusan yang tepat. Untuk menghasilkan keputusan yang tepat memerlukan pemikiran yang waras. Pemikiran yang waras adalah hasil akal yang bijak. Untukmendapatkan akal yang bijak memerlukan pemakanan dan persekitaran yang baik, bersih dan sihat. Tetapi adakalanya idea yang datang akan berlalu pergi seperti bayu sepoi-sepoi bahasa. Mungkin hari ini kita ingat dan semangat kita seperti api yang membara untuk mencapai impian kita. Tetapi, mungkin esoknya kita akan terlupa pada idea yang hari ini dan kelmarin. Semangat kita juga akan pudar. Jadi, setiap perancangan memerlukan catatan agar kita tidak mudah lupa pada sasaran kita. Catatan ini juga boleh digunakan semasa analisa nanti (sekiranya kita gagal nanti). Asas ketiga pula ialah kawalan masa. Ada sebahagian antara kita merasakan 'tidak cukup masa' dalam hidup ini. Alllah s.w.t menjadikan bumi ini berputar mengelilinggi matahari selama 365 ΒΌ hari untuk melengkapkan pusingan 1 tahun. Dalam 1 tahun ada 12 bulan. 1 bulan ada 4 minggu. 1 minggu ada 7 hari. 1 hari ada 24 jam. 1 jam ada 60 minit. Sekiranya kita bijak menguruskan masa , kita akan mampu menyelesaikan kerja yang memerlukan penyelesaian dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang pada waktu yang ditetapkan. Begitu juga dalam jam randik catur, tentu anda pernah ternampak 'bendera kecil' di dalamnya. Tentu ada tahu fungsinya. Asalkan anda mampu mengawal keadaan dan masa, peluang anda untuk berjaya pasti ada. Namun, begitu terpulang pada untuk tentukan pilihan anda sendiri untuk mencapai 'impian' anda. Saya hanya mampu cadangkan setakat kemampuan dan ilmu yang saya ada. Ini hanyalah sekadar pandangan saya. Sehingga bertemu di lain ketika, jazakallah kairon kasiran... |