UsahaNiaga
Sunday, June 11, 2006
Nak kahwin?Tapi duit tak cukup.
Tak lama adik saya akan melangsungkan perkahwinan. Banyak persiapan perlu disiapkan. Sudah tentu banyak wang perlu dilaburkan untuk sesuatu adat perkahwinan.

Bila bercakap pasal perkahwinan ini memang menarik. Cubalah tanya pada sesiapa pun. Namun ada di kalangan anak muda yang baru mendapat pekerjaan atau yang belum mendapat pekerjaan tetap. apatah lagi hutang pinjaman pelajaran yang terpaksa di bayar serta beberapa hutang lain yang masih perlu dijelaskan seperti hutang motosikal, kad kredit dan sebagainya.
Kos untuk melangsungkan perkahwinan bukanlah kecil mengikut adat masyarakat sekarang. Wang hantaran sahaja sudah boleh mencecah antara RM5,000 sehingga RM15,000. Majlis kendurinya pula mestilah mengundang sekurang-kurangnya 500 orang. Sewa pelamin, mak andam, baju songket, kanopi, jurugambar, pasukan kompang dan bermacam-macam lagi perbelanjaan yang perlu dikeluarkan supaya majlis yang diadakan menjadi meriah dan boleh dibanggakan. Alasan yang paling kerap dilontarkan, "Alaa....sekali seumur hidup, jadi tidak mengapalah berbelanja lebih sedikit.
Mungkin ada yang tertanya-tanya (sambil menggaru kepala), "Macam mana nak menambah pendapatan?". Kalau nak harap pada wang gaji setiap bulan sahaja tidak mampu nak menambah simpanan. Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan wang di dalam hidup anda. Hatta, mengutip sampah pun boleh dapat wang. Apa yang perlu hanyalah kebijaksanaan anda melihat sesuatu perkara daripada sudut yang berbeza.
Contohnya, kebanyakan orang melihat sampah hanyalah benda yang tidak berguna dan menjijikkan . Tetapi jika anda melihatnya dari sudut yang sedikit berbeza, anda dapat melihat bagaimana sampah tersebut boleh diubah menjadi wang. Anda mungkin boleh mengasingkan sampah-sampah tersebut dan menjualnya di tempat kitar semula. Anda juga mungkin boleh mengambil sampah-sampah yang dibuang oleh orang ramai sebagai satu bahan untuk menghasilkan permainan atau perhiasan menarik yang boleh amda jual. Malah, jika anda mempunyai kemampuan yang lebih besar, mungkin anda boleh mengkaji dan menukarkan sampah-sampah tersebut menjadi bahan bakar untuk menggantikan petroleum.
Ada 3 syarat yang perlu anda patuhi jika ingin menambah pendapatan:-
  1. Tidak memerlukam anda mengeluarkan atau menggunakan duit simpanan anda yang banyak (perlu kurang dari 10% simpanan anda)
  2. Tidak menambah lagi perbelanjaan sara hidup anda.
  3. Tidak menyebabkan anda berhutang lagi

Untuk mencetuskan idea yang baik, anda perlulah menyenaraikan terlebih dahulu seberapa banyak idea yang boleh. Untuk memperolehi idea yang banyak, mudah sahaja sebenarnya. Cuba anda perhatikan dan tinjau di sekeliling kehidupan anda. Jika anda berada di taman bunga atau di tepi tasik tempat masyarakat beriadah, cuba duduk dan perhatikan gelagat serta tingkah laku orang ramai di sekeliling anda. Perhatikan gelagat kanak-kanak yang berlari-lari, remaja yang bermain skateboard, budak-budak yang bermain layang-layang dan pasangan kekasih yang mabuk bercinta. Tiba-tiba tekak anda terasa haus. Anda mula tertanya-tanya, "Tak ada orang jual air kat sini ke?"....Tiada!! Bagaimana jika anda yang menjadi penjual air tersebut? Bagaimana pula dengan menjual aiskrim?...Semua orang suka makan aiskrim... apatah lagi dengan suasana petang yang agak terik begini. Pastinya keenakkan menikmati aiskrim akan lebih terasa. Bagaimana pula dengan makanan ringan? Jeruk? Buah-buahan? Atau mungkin ... layang-layang?

Lihat betapa banyaknya peluang perniagaan yang boleh anda lakukan. Semuanya hanya terpulang kepada anda. Sama ada mahu atau tidak mahu melakukannya sahaja. Mungkin ada antara anda yang malu hendak berniaga. Segan...takut...komitmen pada kerja sekarang...dan bermacam-macam alasan lagi.

Selain berniaga kecil-kecilan seperti di atas, anda boleh menyertai Jualan Langsung / Multi Level Marketing (MLM). Perniagaan jualan sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Sememangnya telah ramai individu yang berjaya menjadi jutawan dalam perniagaan ini. Tetapi tidak kurang juga yang tidak menjadi apa-apa pun setelah menyertai perniagaan ini. Tetapi anda perlu memilih syarikat MLM yang betul sebelum memulakan bisnes ini dengan lebih serius. Ketahuilah ciri-ciri MLM yang baik dalam buku "Menjadi Jutawan MLM" tulisan Mohd. Rozani Pawan Chek keluaran PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd. (http://www.pts.com.my). Selain itu anda boleh menjadi ejen jualan sambilan (seperti saya) dari rumah anda, pengajar sambilan, pelukis atau penulis sambilan. Ketahuilah dengan lebih lanjut di dalam buku bertajuk "Maskahwin Yang Hilang". Dapatkan sampel buku ini di laman ini. Anda juga boleh terus memesan buku yang berharga RM18 ini dengan klik pada ikon buku di bawah :


Judul : Maskahwin Yang Hilang
Harga : RM18.00
Penulis : M. Sufiz
Terbitan : Extreme D Enterprise
ISBN : 983-42730-0-2
Mukasurat : 72 halaman

OK lah. Setakat ini dahulu celoteh saya hari ini. Semoga bertemu lagi. InsyaAllah...

posted by editor @ 7:59 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib