UsahaNiaga
Saturday, June 10, 2006
Salam Perkenalan
Assalamualaikum dan salam bahagia,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman bloq saya ini. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Badruzamani Bin Azmi. Berasal dari Batas Liku, Perlis dan kini menetap di Taman Machang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tujuan saya membina bloq ini ialah untuk menambah kenalan terutama dalam bidang MLM dan usahawan internet yang jujur ingin membantu bangsa dan negara kita. Saya mula belajar asas HTML sejak 6 tahun lepas tetapi saya merasakan saya masih banyak yang tak tahu berkenaan teknologi perkomputeran ini. Memanglah dalam dunia teknologi ini, tiada siapa yang boleh mendakwa dia adalah pakar kerana teknologi sentiasa berkembang setiap saat. Jadi, ada sesuatu yang kita tahu kerana kita sering melakukannya dan ada yang kita tidak tahu. Oleh itu, apabila kita mendapat idea untuk memulakan sesuatu 'projek', cuba fokuskan pada kerja tu dulu. Susahkan? Saya faham. Sebab saya sendiri pun agak payah untuk fokus pada sesuatu kerja kerana mungkin pada hari ini saya komited pada kerja ini dan esoknya mungkin saya beralih pada 'projek' baru yang mana ideanya datang mencurah-curah. Kalau baca pada artikel "Rahsia Mengenali Diri Anda dan Si Dia...", memanglah ciri-ciri orang berbintang Gemini ini berubah-ubah seperti Aries.
Setiap orang pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, jangan kita menghina manusia lain kerana kekurangannya kalau kita tidak mahu orang menghina kita suatu hari nanti. Hormatilah prinsip dan maruah diri orang lain kalau kita mahu orang lain menghormati prinsip dan maruah diri kita. Bumi kita ni BULAT! Jadi, bila kita lakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang lain, suatu hari nanti pasti perkara itu akan berlaku pada kita sendiri.
Jadi, jangan menipu orang kerana orang menipu akan mendapat azab yang amat pedih dari Tuhan suatu hari kelak. Rezeki yang tidak halal ini akan menjadi 'darah daging' yang akan menjadi 'bahan bakar' api neraka kelak. Nauhuzubillah minzallih. Bertemu lagi di lain ketika, jazakalllah Kairon kasiran...
posted by editor @ 10:32 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib