UsahaNiaga
Monday, June 12, 2006
Komputer - Alat untuk membantu
Satu ketika dahulu sebelum tahun 2000, tak ramai yang memiliki komputer kerana harganya yang mahal. Komputer (Pentium Celeron 133 Mhz) kakak saya yang dibeli pada pada tahun 1996 pun berharga hampir RM5,000. Saya gunakan sehingga tahun lepas sebelum motherboard 'rosak'. Kemudian saya membeli komputer yang saya gunakan sekarang pada harga RM2,000. Ianya adalah Pentium 4 2.4 MHz dengan memori RAM 768 Mb dan 3 hard disk bersaiz 204 Gb. Dilengkapi dengan Streamyx, modem 56K dan kad TV. Bukan saya nak menunjuk-nunjuk kerana ada yang lebih hebat dari saya.
Tapi apa yang saya nak katakan ialah berapa ramaikah antara kita yang membeli komputer tanpa tujuan yang khusus. Lebih malang lagi komputer tersebut hanya dijadikan tempat berchatting, download lagu & melayari internet yang akhirnya menyebabkan kenaikan bil telefon dan bil internet dihujung bulan tanpa apa-apa faedah. Mereka merasakan diri mereka canggih kerana memiliki sebuah komputer yang mungkin tercanggih namun mereka tidak dapat langsung manafaat ke tahap optimum daripada kecanggihan komputer mereka sedangkan mereka boleh menjana pendapatan dari peralatan mereka ada.
Banyak yang boleh anda lakukan dengan komputer anda selain hanya bermain game sahaja. (Hati-hati kerana sesetengah game yang kita install di PC boleh menyebabkan PC kita rosak). Kalau anda nak install 1 atau 2 game, tak mengapa tapi jangan sampai ia tidak mendatangkan faedah atau income kerana banyak kebaikan yang dapat dilakukan dengan komputer. Komputer hanyalah alat untuk memudahkan kerja kita. Jadi, terpulanglah pada kita sama ada nak guna untuk tujuan baik atau jahat.
Sebagai contoh, saya sekarang tinggal di sebuah taman di Bukit Mertajam. Selain sibuk menulis dalam blog, membina laman web dan menulis beberapa artikel di masa lapang, saya juga menyediakan Jualan dan Perkhidmatan untuk penduduk taman ini. Saya menggunakan apa yang sedia ada untuk membuat penawaran seperti menyediakan perkhdmatan membayar bil melalui Maybank. Saya boleh lakukan dari rumah sebab saya sukar bergerak. Jadi, bila sudah banyak duit yang sudah terkumpul, saya minta adik atau jiran saya yang bekerja di Maybank tolong masukkan duit ke akaun saya mengantikan duit dalam akaun yang digunakan untuk membayar bil pelanggan. Jadi saya 'pusing' duit. Saya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2 pada bil pertama dan RM1 pada bil seterusnya yang diberikan pada waktu yang sama dari 7 pagi hingga 10 malam. Maybank Online dibuka dari pukul 6 pagi sehingga 12 malam setiap hari. Selain perkhidmatan menulis resume, kertas kerja untuk klien, saya juga menyediakan perkhidmatan membantu klien untuk mendaftar ke IPT secara online dan membeli buku secara online. Selain itu, saya membuat jualan prepaid dan produk HPA (produk kesihatan keluarga dari herba tradisional).
Bagaimana dengan anda? Anda juga boleh lakukan seperti saya dan mungkin lebih baik dari saya. Saya tak kisah! Antara 'NAK KE TAK NAK' sahaja. Mungkin cara ini tidak mendatangkan keuntungan lumayan. Tapi, saya lakukan untuk menampung bil bulanan dan membantu orang. Itu satu kepuasan kepada saya. Tanpa tekanan! Dapatkan ebuku percuma mengenai projek komputer ini.
Sehingga bertemu lagi di lain ketika, Mulakan langkah pertama anda sekarang kerana KEJAYAAN anda di masa depan bermula dengan 'LANGKAH PERTAMA' anda sekarang.
posted by editor @ 8:30 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib