UsahaNiaga
Tuesday, June 13, 2006
Guna apa yang sedia ada
Semalam saya bersembang dengan seorang rakan yang ingin membeli komputer untuk membantu memulakan bisnes melalui internet. Dia bertanya tentang perbezaan antara 2 kad grafik di dalam komputer berharga RM1,488 dan RM1,508. Saya katakan pada dia supaya jangan melihat pada kelebihan kad grafik untuk bisnes Internet, tetapi melihat kepada keupayaan memori, saiz hard disk dan processor yang digunakan. Akhirnya, setelah dibuat pembandingan antara kelebihan dan kekurangan 2 komputer tu, saya syorkan supaya dia membeli komputer berharga RM1,488 kerana mempunyai kelebihan dari segi memori RAM. Kemudian dia bertanya pasal sama ada printer itu perlu, saya katakan ia perlu. Tapi, jangan melihat pada jenama semata-mata, tetapi haruslah melihat kepada keupayaan, jaminan, ciri-ciri keistimewaan, saiz katrij dakwat dan harga katrij dakwat semasa nak membeli sesuatu printer. Jadi, pembelian haruslah melihat kepada keperluan semasa. Saya juga terangkan pada dia agar mendaftar akaun internet dan membeli buku yang berkaitan dengan bisnes internet seperti buku 'Menjadi Jutawan MLM' dan 'Buat Duit dari Rumah' tulisan Mohd. Rozani Pawan Chek keluaran PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Saya pernah terbaca bahawa 'Komputer + Internet=Ladang Emas'. Tapi, tanpa usaha, kerajinan dengan sabar dan tabah tanpa mudah berputus asa; agak sukar untuk usahawan memperolehi kejayaan. Untuk makluman semua, KEJAYAAN & KEKAYAAN bukan mudah dicapai dalam masa yang singkat. Jadi, lupakan angan-angan anda untuk menjadi JUTAWAN EKSPRESS! Agar anda semua tidak tertipu oleh anasir-anasir jahat yang mengaut keuntungan melalui Skim Cepat Kaya (dapatkan sample percuma mengenai bahaya skim ini)
Guna apa yang anda ada seoptima mungkin dengan sebaik-baiknya. Jika anda perlu menambah perkakasan, perisian atau buku sebagai panduan, lihatlah pada KEPERLUAN & KEMAMPUAN kos anda. Minta pendapat saudara-saudara, kawan-kawan dan ahli keluarga anda sebelum membuat keputusan muktamad. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi! Jadikan, kesilapan dahulu sebagai kenangan dan pengalaman untuk kita terus maju menuju ke hadapan.
Semoga bertemu lagi, Jazakallah Kairon Kairan...
posted by editor @ 11:12 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib