UsahaNiaga
Monday, June 19, 2006
Ternak Arnab
Saya pernah bela arnab dari tahun 1994 sehinggalah tahun 1997 di kawasan rumah. Bermula dari 6 ekor anab ( 2 ekor arnab Australian white dan 4 ekor arnab berwarna coklat), ia terus membiak sehingga ke generasi ke 13 sebelum keluarga saya menyembelih kesemuanya kerana nak berpindah rumah. Impian saya ingin menjadi peternak arnab yang berjaya suatu hari kelak. Tetapi, takdir mengatasi segalanya. Saya terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 1995 dah disahkan lumpuh separuh badan. Walaupun begitu, saya mengharapkan seseorang dapat merealisasikan impian saya itu.


Bukan demi kepentingan saya, tetapi demi kepentingan negara kita. Kerana saya melihat harga arnab terlalu mahal kerana permintaan yang tinggi melebihi penawaran. Kedua sebagai alternatif kepada permintaan terhadap 'daging putih' selain ayam. Ketika, ia mampu meningkatkan ekonomi penternak.


Jika di lihat kepada jangka pembesaran arnab, ia hanya mengambil masa selama 1 hingga 2 bulan untuk menjadi arnab dewasa sedangkan ayam memerlukan 4 hingga 6 bulan. Baik dari segi kos penyelenggaraan, pemakanan dan kawalan jangkitan penyakit; sememangnya agak kurang berbanding ternakan ayam.


Selain itu, arnab berguna baik dari segi najisnya, bulunya sehinggalah kepada otaknya kerana dikatakan otak arnab mempunyai enzim yang mampu menyembuhkan demam malaria. Arnab pada usia 2 minggu boleh dijadikan haiwan peliharaan dan dikatakan pernah digunakan untuk tujuan merawat pesakit Parkinson.


Saya mengharapkan suatu hari nanti, harga arnab akan kembali kepada harga yang stabil dan berpatutan. Juga akan wujud pengimport makanan arnab dan usahawan arnab di kalangan bumiputera yang mampu menjaga kualiti dan kebersihannya agar saya tidak merasa was-was untuk membelinya. InsyaAllah...

posted by editor @ 8:57 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib