Manusia di anugerah 24 jam sehari. Pekerja sektor awam & swasta di Malaysia bekerja antara 5 hingga 6 hari seminggu. 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk tidur dan 8 jam untuk riadah. Untuk menambah pendapatan sampingan demi menambah income keluarga anda, anda hanya bekerja 2 jam sehari sahaja di rumah anda selepas anda pulang dari bekerja di pejabat/kilang. Tak kisaih sama ada anda nak lakukan selepas solat asar hingga sampai waktu maghrib atau selepas makan malam sambil menonton berita/ TV ataupun sebelum tidur.
Tidak perlu lama-lama sangat kerana takut anda akan jadi letih dan jemu akhirnya mendatangkan malas jika anda memperuntukkan lebih dari 2 jam sehari. Sebab itulah saya pun hanya memilih pakej Streamyx Basic RM44 dengan had 60 jam sebulan. Selain ingin berjimat, saya ingin melatihkan diri supaya hanya memperuntukan 2 jam sahaja sehri untuk sambungan ke internet. Supaya saya hanya melakukan kerja menuju ke 'sasaran' sahaja. Tidak menerewang sehingga tersasar dari landasan yang sebenar. Internet diwujudkan untuk kemudahan umat manusia dengan sebaik mungkin. Jadi, gunalah apa yang kita ada ini dengan sebaik mungkin. Hampir 90% bahan-bahan/laman-laman web dalam internet ini berguna ke manusia. Hanya 10% sahaja yang menyimpang dan mengajak ke arah melakukan maksiat dan kejahatan. Jadi, tepuk dada tanya IMAN. Jauhilah dari hati kita dari hasutan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita tanpa rasa jemu dan penat. Untuk mencapai 'sasaran', adakalanya kita akan 'tersasar'. Tetapi menurut kata cendiakawan, "Orang yang berjaya tidak mudah berputus asa. Orang yan mudah berputus asa tidak akan berjaya". Jadi, kuatkan semangat, tanamkan tekad, kuncikan pandangan anda pada impian anda dan laksanakan 'langkah pertama' anda menuju ke arah impian anda. Semoga impian anda akan menjadi kenyataan kelak suatu hari nanti. InsyaAllah... |