|
Sunday, June 18, 2006 |
12 DALIL MENGAPA ANDA PERLU BEKERJA DI RUMAH |
Ada banyak kebaikan yang boleh dijadikan dalil mengapa anda perlu terlibat dengan serius dalam perniagaan dari rumah yang hebat ini. Tetapi, cukuplah sekadar diberikan 12 dalil yang terpenting sahaja. Anda bebas bekerja Semasa jiran dan sahabat handai anda bangun pagi menuju ke tempat kerja dan perlu berhadapan dengan kerenah dan perangai bos mereka, anda pula bangun pagi dengan suasana yang harmoni dan tiada siapa yang memerintah anda. Anda adalah bos dan andalah yang memerintah diri sendiri. Anda mengurus diri sendiri dan menggerakkan segala urusan melalui diri anda sendiri. Anda boleh bermula kecil-kecilan Perniagaan mail order boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan modal yang sedikit. Lama-kelamaan, perniagaan ini boleh menjadi besar dan menjana pendapatan yang tinggi sehingga anda berupaya menjadi jutawan. Bermula part time (secara sambilan) dan tidak mustahil akan jadi full time (sepenuh masa), anda boleh hidup bahagia every time (setiap masa). Kebebasan tempat Anda boleh bekerja di rumah sendiri, di rumah ibu bapa, di rumah bapa dan ibu mertua, dan di mana sahaja. Jadi, anda tidak perlu fikirkan perkara lain kecuali iklan di dalam akhbar, majalah dan internet. Kebebasan masa Cuba peruntukkan dua jam sehari bagi menjalankan perniagaan ini. Pastikan anda tidak membuang masa dengan bekerja lebih daripada dua jam. Pendapatan anda sudah pasti lebih daripada dua jam. Anda tidak akan jadi seperti pekerja buruh kasar. Bekerja 12 jam sehari dengan keringat yang membasahi diri, sedangkan upahnya tidak setimpal. Tetapi perniagaan mail order ini lain pula. Bekerja dengan masa yang sedikit dan menjana pendapatan melebihi sepatutnya. Impian menjadi kenyataan Anda berimpian menjadi millionaire? Dengan berkonsepkan perniagaan di rumah secara pos, anda mampu menjadikan impian anda satu kenyataan. Impian yang bukan lagi angan-angan kosong, tetapi impian yang menjadi cita-cita (kenyataan). Meluangkan masa untuk keluarga Ramai yang menjadi hamba kerja hinggakan tiada masa diluangkan bersama-sama keluarga. Tetapi, melalui mail order anda mempunyai banyak masa beramah mesra, keluar membeli-belah dan membeli apa sahaja yang menjadi kesukaan anak-anak dan isteri/suami anda. Tidak perlukan pengalaman Pendek kata, anda tidak perlu 'tahu' semua perkara. Anda hanya perlu 'mahu' pada suatu perkara dan 'tahu' akan datang sendiri. 'Tahu' akan datang selepas anda ada 'minat' dan dari situ, anda akan 'belajar'. Perniagaan mail order tidak mensyaratkan ada pengalaman baru boleh berjaya. Cukup sekadar anda pastikan produk anda diminati dan disukai ramai serta dapat menjadi jualan yang paling laris. Maka bagi mencapainya, anda perlu mencari ilmu berkaitan perniagaan melalui internet. Untuk semua Perniagaan ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada 19 tahun hingga tiada had maksimum umur. Anda boleh menjalankan perniagaan ini, tanpa mengira apakah agama, bangsa dan negeri mahupun negara anda, anda layak dan berupaya melakukannya. Misalnya, anda di Malaysia dapat menjual produk ke Argentina hanya dengan menggunakan internet. Pendek kata, walaupun berjauhan negara, internet sudah mendekatkan kedudukan anda dengan pelanggan ataupun pelawat laman web anda. Pemasaran luas Sama ada pemasaran anda melibatkan pemasaran melalui majalah dan akhbar (mail order konvensional), mahupun pemasaran melalui internet, pemasarannya adalah luas. Anda akan mempunyai pelanggan. Pemasaran dalam negara sahaja pun sudah dapat menjadikan anda berpendapatan lumayan. Inikan pul apemasaran ke luar negara melalui internet. Tidak mustahil, dengan gerak kerja yang betul dan mengikut langkah yang sebenar, anda dapat menjadi jutawan. Produk yang luas Bumi Malaysia ini terlalu kaya. Sampaikan warga asing sanggup merentangi lautan dan bersabung nyawa bagi menikmati kekayaan di bumi Malaysia. Bumi Malaysia kaya dengan produk yang bermutu dan dapat dipasarkan. Tetapi pemasaran melalui internet tidak dapat diduga. Ada masanya anda pandang produk itu tidak bermutu, tetapi apabila dijual melalui internet dan secara pos, produk itu menjadi killer product. Kita sebaik-baiknya tidak membuat kesimpulan berkenaan apakah produk yang sesuai. Cuma, produk yang sedia ada di Malaysia adalah luas dan tanggungjawab anda adalah memasarkannya secara bijak. Anda dapat memperoleh ramai kenalan Selain anda berniaga, anda juga dapat menjalinkan perhubungan persahabatan dengan pelanggan. Soal berlainan bangsa, agama dan negara sudah tidak menjadi masalah pada zaman ini. Anda dapat bertukar-tukar fikiran dengan pelanggan. Anda juga dapat mempelajari cara-cara meningkatkan kehebatan dan mutu kerja sebagai peniaga melalui pos (mail order) dari semasa ke semasa. Melalui internet, anda dapat bertukar-tukar fikiran dengan peniaga lain dari luar negara. Dapat menaja sesiapa sahaja Bagi perniagaan melibatkan MLM, Anda dapat menaja sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pasaran serta prospek anda adalah lebih 800 juta pengguna internet di seluruh dunia.
Dipetik daripada: Bab 48, buku "Buat Duit Dari Rumah" oleh Mohd Rozani Pawan Chek |
posted by editor @ 11:17 AM |
|
|
|
|
Arkib Lepas |
|
Rakan Cyber | |
Arkib |
|
|
|