...sambungan
3 - Perniagaan MLM dapat dilakukan tanpa tekanan dan menjimatkan masa Kita semua dianugerahkan oleh Allah s.w.t. 24 jam setiap hari. Masa yang diperuntukkan untuk bekerja adalah 8 jam, masa yang diperuntukkan untuk berehat pula ialah 8 jam dan masa untuk kita tidur ada 8 jam. Masa untuk bekerja 8 jam, gunakan masa itu bagi melakukan perkara yang produktif dalam apa sahaja bidang pekejaan anda Bekerjalah dengan penuh dedikasi dan berdisiplin. Masa tidur 8 jam pula, gunakan untuk tidur dengan selena-lenanya. Anda hanya perlu korbankan masa rehat anda yang berbaki 8 jam itu. Peruntukan masa 2 jam sahaja bagi anda menjalankan perniagaan MLM. Masa yang digunakan itu memberikan manfaat yang besar dalam kehidupan anda pada masa hadapan dan mengubah corak kehidupan sepenuhnya. Oleh itu, anda boleh menjadi kaya melalui MLM walaupun masa yang anda ada itu adalah terhad.
4- MLM dapat dilakukan melalui proses penggandaan Anda tidak bekerja bersendirian. Anda menjalankan perniagaan ini secara berkumpulan. Anda boleh menggandakan pendapatan bonus melalui penajaan. Contohnya, anda mampu memperolehi pendapatan melebihi puluhan ribu dengan cara proses menaja hingga ribuan ahli.
Penajaan ribuan ahli bukan dilakukan oleh anda seorang sahaja. Anda hanya perlu taja sekurang-kurangnya 5 orang. Daripada 5 orang akan menjadi 25, berganda menjadi 125, berganda pula menjadi 625 dan seterusnya 3125. Proses penggandaan ahli penaja ini bukan dilakukan oleh anda seorang. Ia dilakukan oleh downline anda sendiri melalui proses duplikasi atai meniru upline. Anda hanya taja 5 orang dan ia akan terus berkembang dengan sendiri melalui proses duplikasi hingga menjadi 3125 orang dalam group anda. Dengan itu, tidak hairanlah anda boleh menjadi kaya melalui MLM. bersambung...
|