UsahaNiaga
Saturday, June 24, 2006
Bayar Sendiri Bil Dari Rumah
Sejak kenaikan harga minyak baru-baru ni, ramai yang mengeluh kerana harga barang. harga elektrik dan macam-macam lagi pakat nak naik. Akhirnya berlaku lah inflasi! Jadi, jika kita mengharapkan kepada kenaikan gaji, memang agak sukar sikit kerana kenaikan mungkin dalam beberapa peratus sahaja. Akhirnya, ramai yang ingin menambah pendapatan dengan mencari 'sumber-sumber' pendapatan selepas waktu bekerja.

Selain menambah pendapatan, penggunaan sumber tertentu juga patut dikurangkan dan digunakan dengan cara bijak. Misalnya, kurangkan penggunaan minyak petrol atau diesel untuk ke sesuatu tempat seperti membayar bil. Jika jarak tu dekat, gunalah kenderaan alternatif seperti basikal. Selain mengurangkan penggantungan kepada minyak, ia juga memberi kesempatan pada tubuh untuk bersenam demi kesihatan kardiovaskular.

Jika anda mempunyai komputer dengan sambungan internet dan printer, anda boleh menimbang untuk memohon perkhidmatan perbankan secara online. Antara bank yang menawarkan perbankan secara online ialah MAYBANK, BUMIPUTRA COMMERCE BHD, CITIBANK, HSBC, MBF MASTERCARDS, PUBLIC BANK dan RHB BANK misalnya.

Jika anda tidak mempunyai komputer atau sambungan internet atau kedua-duanya sekali, tetapi anda mempunyai telefon talian tetap atau telefon bimbit, anda boleh mempertimbangkan untuk membayar secara Phone Banking dengan menelefon ke nombor-nombor yang telah ditetapkan, hanya dari rumah walaupun anda berada di atas katil atau sambil menonton TV. Antara bank yang menyediakan perkhidmatan Phone Banking ini ialah MAYBANK, BCB, HSBC, MBF MASTERCARDS dan PUBLIC BANK.

Untuk keterangan lanjut, sila bertanya di kaunter Khidmat Pelanggan di bank-bank tersebut. Namun, apa yang ingin saya bicarakan di sini ialah cara bagaimana anda mampu menjimatkan kos minyak kenderaan, masa dan mengelakkan dari kesesakan jalan raya, kesibukan di kaunter bank dan dari keletihan kerana terpaksa terkejar-kejar ke sini-sana. Selain itu, jika anda berada di taman atau di Flet, anda boleh menyediakan perkhidmatan membayar bil kepada jiran-jiran anda dengan kos yang berpatutan. Ini mampu menyumbang kepada pendapatan harian dan bulanan anda.
Sehingga berjumpa lagi, Jazakallah Kairon Kasiran....
posted by editor @ 8:03 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib