Ada beberapa syarat yang perlu anda pertimbangkan dalam memilih syarikat yang paling sesuai dan paling bermutu. Apabila tersilap memilih syarikat, tenaga yang bakal anda curahkan bagi mencapai kejayaan dalam MLM akan rugi. Ada 5 perkara penting yang perlu anda perhatikan dalam memilih syarikat yang sesuai. Syarikat Syarikat merupakan syarat utama sebelum anda menceburi MLM. Apabila anda tersilap syarikat, maka jadilah seperti 'chips more' sekejap ada, sekejap tiada. Banyak syarikat yang tidak bertanggungjawab , muncul hanya seketika. Apabila sudah mengaut untung, terus hilang tanpa di kesan. Syarikat ini sudah pasti ditubuhkan tanpa ada dasar perjuangan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat. Pilih syarikat yang mempunyai visi yang panjang. Visi yang jelas dan panjang tentu dapat bertahan dan kekal lama. Ada syarikat yang menjalankan perniagaan dalam bentuk skim cepat kaya, piramid, binari dan matriks. Dasar wawasannya tidak jelas dan hanya bertahan dalam jangka masa yang pendek. Downline pula tidak berupaya memotong, melebihi upline walaupun bekerja keras melebihi upline. Dengan kata lain, kita kerja, orang lain dapat hasilnya. Pastikan syarikat yang anda ceburi itu, tidak meletup secara mendadak. Contohnya, hari ini buka syarikat, sebulan kemudian, jadi kaya. Orang kita sangat sukakan kaya mendadak atau dengan kata lain, kaya cepat. Kata pujangga, cepat naik, cepatlah jatuh. Syarikat yang baik, tidak berjaya dengan mendadak macam kilat, tetapi berjaya dan kukuh secara konsisten dari tahun ke tahun. Ingat, jangan terpengaruh dengan 'kaya mendadak'. Syarikat yang bermutu dan berpotensi berkembang, sentiasa menyediakan latihan berbentuk kursus dan ceramah bagi memberikan input pengetahuan kepada para pengedarnya. Syarikat yang berwawasan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Kini zaman IT, banyak urusan perniagaan malahan promosi menggunakan teknologi maklumat. Teknologi maklumat termasuk komputer, internet dan telekomunikasi. Anda tidak perlu tertanya-tanya berapakah bonus, berapakah bilangan downline dan berapakah maintain yang belum cukup lagi. Anda hanya hanya perlu gunakan telefon bimbit. Taipkan nombor pin, serta-merta akan keluarlah maklumat yang hendak anda ketahui. Canggih bukan? Setakat in dahulu. InsyaAllah kita akan ketemu lagi besok. Jazakalllah kairon Kasiran.... Bersambung...
|