Sukses dan kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Ianya memerlukan anda berusaha melakukan kerja yang berterusan dalam menempa kejayaan dalam perniagaan MLM. Saya cadangkan kepada anda, peruntukan sekurang-kurangnya setahun bagi memberi peluang kepada diri anda sendiri melakukan perniagaan ini.
Dalam perniagaan MLM, ada latihan yang disediakan oleh syarikat ataupun upline. Latihan atau kursus yang diadakan tidak menelan kos sehingga ribuan ringgit. Biasanya bayaran kursus yang dikenakan sangat murah dan berpatutan. Perkara yang paling penting adalah isi kandungan kursus yang bakal anda pelajari sebagai bekalan dalam menjalankan perniagaan ini.
Anda perlu belajar dan mengetahui perkara-perkara baru dan rahsia perniagaan MLM. Beri peluang kepada diri anda misalnya dalam tempoh setahun bagi bergerak dan mempelajari selok-belok dalam perniagaan MLM. Komitmen yang penting amat perlu ada pada anda dan saya pasti jika anda melakukan dengan bersungguh-sungguh, tidak sampai setahun, anda sudah pun mendapat hasilnya. Apabila adanya hasil, jadikan MLM sebagai satu cara hidup atau way of life. Setiap perniagaan MLM sememangnya perlu melalui prosesnya yang tertentu.
Sewaktu anda menandatangani borang kemasukan ahli, dengan rasminya anda sudah masuk ke ‘zon komitmen’. Perniagaan MLM ini tidak boleh di jalankan secara main-main. Apabila anda main-main, pendapatan (hasilnya) anda juga akan jadi ‘main-main’. Sekejap banyak, sekejap sikit. Dalam bisnes sememangnya memerlukan anda sentiasa fokus dan komitmen pada kerja, bertanggungjawab dan sentiasa berusaha gigih tanpa mengenal erti penat dan lelah.
Sekarang tanya diri anda (khusus kepada sesiapa yang sudah menyertai MLM tetapi gagal mencapai hasil yang lumayan); Apakah komitmen anda kepada syarikat MLM anda? Apakah komitmen anda kepada diri anda sendiri? Apakah komitmen anda kepada pelanggan? Apakah komitmen anda kepada downline anda?
Selalulah bertanyakan soalan-soalan ini kepada diri anda dan kemudian anda sendiri menjawabnya. Dari situ anda akan dapat mengenal pasti punca kegagalan anda dan semoga anda berusaha memperbaiki kelemahan yang ada. Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita sekeluarga. InsyaAllah. |