UsahaNiaga
Sunday, July 09, 2006
Apa yang tidak perlu dalam MLM? Siri ke 7
...sambungan

Hari ini saya akan memperkatakan perkara ke tujuh (yang terakhir) dalam senarai perkara-perkara yang tidak diperlukan dalam bisnes MLM iaitu kesusahan.

Kesusahan

MLM adalah perniagaan yang begitu unik dan hebat. Apabila anda bekerja makan gaji, seandainya anda lumpuh, sakit ataupun mati, adakah ahli keluarga anda akan dapat menggantikan tempat anda melakukan perkerjaan anda itu bagi menyara keluarga? Dalam banyak-banyak kes yang kita pernah dengar, apabila sesebuah keluarga kematian seseorang yang menjadi tempat bergantung hidup, maka pasangannya terpaksa menanggung kos sara hidup keluarga, membayar sewa rumah dan hutang piutang yang ditinggalkan oleh pasangannya yang sudah meninggal.

Perniagaan MLM adalah perniagaan yang terjamin. Apabila sesuatu perkara yang berlaku pada anda sama ada anda meninggal dunia ataupun lumpuh sehingga tidak mampu mencari nafkah, perniagaan ini boleh diteruskan ataupun di wariskan kepada pasangan masing-masing atau anak-anak anda. Jadi, apabila anda berpandapatan lumayan, anda tidak perlu bimbang kerana pasangan anda dan anak-anak anda bakal menerima royalti daripada hasil titik peluh anda. Perniagaan dan pendapatan lumayan akan diwarisi oleh isteri (pasangan) dan anak-anak anda. Inilah kehebatan perniagaan MLM kerana ia boleh di warisi oleh orang yang anda sayangi.

Dengan ini lengkaplah sudah 7 perkara yang tidak diperlukan jika anda ingin memulakan bisnes MLM. Jangan bertangguh-tangguh lagi. Mulakan bisnes sampingan anda untuk menampung kos sara hidup anda sekarang dan masa depan. Kejayaan anda di masa depan bergantung kepada keputusan anda hari ini. Buatlah keputusan dengan bijak dan tepat. Sehingga bertemu lagi, Jazakallah Kairon Kasiran...

posted by editor @ 7:46 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib