MLM memberikan anda kebebasan kewangan. Jika selama ini anda bermasalah dalam kewangan dan kecukupan hidup, kini kehidupan anda dapat diperbaiki dengan meningkatkan taraf hidup dan kewangan anda. Wang bukanlah segala-galanya. Tetapi, segala keperluan hatta hendak ke Mekah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima juga memerlukan wang.
Apabila kita perhatikan corak kehidupan seorang pengganggur, mereka ini tidak memperuntukkan masa bekerja. Boleh dikatakan masa mereka sedikit dan hasil kewangan mereka juga sedikit. Malahan, tidak ada langsung. Dengan kata lain, ‘habuk pun tarak’. Inilah corak kehidupan yang paling rugi. Apabila dikaji cara hidup Islam, sebenarnya tiada istilah menganggur.
Ahli politik misalnya, masa rehat mereka amatlah sedikit. Banyak masa dihabiskan berkhidmat kepada negara. Banyak masa dihabiskan berkhidmat kepada negara. Kewangan mereka juga banyak. Tetapi, adakah semua orang boleh terlibat dalam politik? Tidak semua boleh jadi orang politik. Hanya yang berbakat dan berpendidikan tinggi sahaja boleh jadi ahli politik. Itu pun perlu bersaing dengan sesama ahli ataupun parti lawan.
Bekerja makan gaji pula mempunyai masa rehat yang banyak. Mereka bekerja hanya 8 jam sehari. Selebihnya, mereka mempunyai masa yang banyak bagi berehat dan bersama keluarga. Tetapi, apabila di kaji daripada segi kebebasan kewangan, bekerja makan gaji hanya sedikit wang. Lebih-lebih lagi jika hidup di bandar-bandar besar. Gaji RM2 ribu macam RM500 sahaja.
Apabila di kaji MLM pula, masa yang diperuntukkan memang pada mulanya banyak. Tetapi, kewangan juga banyak. Malahan, apabila anda naik pangkat, makin kurang kerja dan makin banyak kewangan anda. Inilah corak pendapatan melalui MLM. MLM berkonsepkan anda guna barang, anda boleh kaya. Dengan kata lain, ia berkonsep situasi menang-menang (win-win situation). Situasi menang bagi pengguna dan menang bagi syarikat. Syarikat untung, pengguna untung. Bukan seperti perniagaan lain, pengguna tidak untung. Guna barang hanya dapat barang. Dalam MLM, pengguna dapat barang, bonus, royalti, tabung rumah, tabung kereta, pelancongan dan lain-lain lagi.