UsahaNiaga
Friday, July 14, 2006
Pembeli Selalunya Betul
Pembeli adalah 'aset' yang penting bagi seseorang penjual. Walaupun penjual mempunyai produk yang amat bermutu dan berharga, tetapi jika dia tidak dapat menjual kepada pembeli, ia amat merugikan.
Bagi seorang penjual, karektor pembeli ini mempunyai pelbagai kerenah. Seharusnya seorang penjual haruslah mempelajari cara yang positif untuk menangani kerenah pembeli. Menurut pepatah cina yang bermaksud "Pembeli Selalu Betul (Buyers Always Right)". Jadi, kebanyakan peniaga Cina kelihatan sentiasa ramah apabila melayan kehendak pembeli. Walaupun adakalanya pembeli tersilap fakta, penjual seharusnya memperbetulkan dengan cara profesional dan sabar.
Mungkin adakalanya anda terasa 'letih' untuk menerangkan perkara yang berulang-ulang kali kepada 2 orang berlainan bagi soalan yang seakan sama, tetapi anda seharusnya cuba memberi layanan yang baik kepada prospek. Walaupun, kemungkinan yang bertanya itu tidak membeli dari anda, sentiasa beranggapan bahawa mungkn dia tidak memerlukan produk anda pada ketika ini. Mungkin dia akan membeli suatu hari kelak.
Selain itu, sebagai seorang penjual, kita harus bersikap terbuka untuk menerima kritikan yang 'membina', nasihat dan teguran dari pelanggan (pembeli) agar perkhidmatan dan peniagaan kita dapat diperbaiki kelak. Dalam bisnes memang mempunyai persaingan. Tetapi, bersainglah dengan sihat. Jangan dengki-mendengki dan 'hentam-menghentam'.
Apabila kita menjual sesuatu khususnya melalui internet, disiplin untuk memberi 'layanan' yang baik dalam tempoh yang segera amat diperlukan. Kerana ada ada sesetengah klien amat suka 'respons' yang cepat semasa berurusniaga dengan penjual. Seboleh-bolehnya respons setiap emel dari klien dengan kadar segera walaupun adakalanya ada soalan 'bodoh' sekalipun, penjual seharusnya melayan soalan itu dengan baik dan profesional. Jangan cepat melenting kerana ini akan mewujudkan 'jurang' antara anda dengan pembeli.
p/s : Contohilah sikap penjual Jepun yang sentiasa senyum menerima kedatangan pelanggan walaupun pelanggan itu hanya berniat untuk 'melihat-lihat' atau bertanya sahaja. Tak rugi pun anda senyum.
posted by editor @ 11:13 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib