UsahaNiaga
Sunday, July 16, 2006
Keluhan yang biasa kita dengar
Sebenarnya saya pernah dengar pelbagai keluhan dari rakan-rakan, ahli keluarga, jiran-jiran, prospek dan rakan-rakan internet. Antara keluhan yang biasa kita dengar ialah :
  1. Saya teringin membahagiakan keluarga saya dengan memiliki rumah, kenderaan selesa dan melancong. Dalam masa yang sama, saya perlu berkorban untuk adik-adik saya yang masih belajar.
  2. Setiap kali musim gaji, tugas saya hanya mengagihkan gaji bulanan tersebut bagi menjelaskan bermacam-macam jenis bil dan hutang. Belum sampai 15 hari bulan, saya sudah termenung dan menunggu lagi tibanya hujung bulan. Apalah nasib saya.
  3. Apabila sesi persekolahan baru bermula, perasaan saya mula gelisah memikirkan banyak keperluan anak-anak yang perlu disediakan. Walaupun dapat berhutang, masalah saya tetap tidak boleh selesai. Hutang yang lepas belum selesai, kini sambung lagi dengan hutang yang baru.
  4. Kereta saya selalu meragam. Setiap bulan saya perlu membayar ansuran. Dalam masa yang sama membayar kos membaikinya yang sudah tentu lebih banyak daripada bayaran ansuran.
  5. Anak-ana sentiasa mendesak saya membeli berbagai-berbagai jenis buku pelajaran. Walaupun anak-anak saya rajin,saya tidak mampu memenuhi permintaan mereka. Apakah yang perlu saya lakukan?
  6. Ramai orang menyangka kami suami isteri banyak duit. Tetapi mereka tidak tahu keadaan kami yang sebenarnya. Saya selalu memikirkan bagaimanakah caranya mengekalkan tanggapan mereka.
  7. Pertengkaran sering terjadi dalam keluarga kami. Semuanya berpunca daripada masalah kewangan. Sebagai anak, saya amat memahami keadaan yang bapa saya seorang sahaja bekerja. Saya buntu dan bingung memikirkan masalah ini.
  8. Walaupun pendapatan kami berdua memang tinggi namun, tuntutan kos hidup yang tinggi menyebabkan kami sering kesempitan duit. Kami amat memerlukan pendapatan tambahan.
  9. Adik-beradik sentiasa mencemuh saya kerana jarang menyumbang kepada ibu-bapa sepertimana yang mereka lakukan. Saya terpaksa tebalkan muka dan pekakkan telinga kerana saya memang tidak mampu.
  10. Anak kami menghidapi satu penyakit misteri. Banyak wang dibelanjakan dan kami tidak tahu lagi bagaimana manakah nasib anak kami nanti?
  11. Sudah tiga orang anak saya berada di IPTA. Belanja amat tinggi. Anak ke empat saya terpaksa melupakan hasratnya walaupun mendapat tawaran. Saya amat kesal kerana tidak mampu membiayainya.
  12. Setiap kali musim raya, hati saya sering gelisah memikirkan baju raya anak-anak dan juadah istimewa untuk tetamu. Saya terpaksa berhutang demi menjaga maruah.
  13. Bapa saya sakit tenat. Walaupun saya mempunyai gaji tetap, saya tidak mampu menghantarnya ke hospital swasta yang boleh memberikan rawatan segera kepadanya. Saya sangat kesal kerana hanya dapat menghantar bapa saya ke hospital biasa. Bagaimanakah saya harus memberi khidmat yang terbaik bagi membalas jasanya ketika dia sangat memerlukan?
  14. Saya ialah ibu tunggal yang ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab. Anak-anak saya semuanya masih belajar manakala anak perempuan sulung saya terpaksa mengorbankan zaman persekolahan demi adik-adiknya. Gaji saya hanya cukup bagi menampung keperluan asas sahaja. Di manakah saya dan anak sulung hendak dapatkan pendapatan yang lumayan bagi menampung perbelanjaan pendidikan anak – anak saya ini?
  15. Setiap hari kami suami isteri terpaksa keluar awal pagi dan balik lewat petang. Kami terpaksa mencari wang secukupnya. Satu hari, anak lelaki kami di tangkap polis kerana terlibat dengan dadah. Kami berasa usaha kami tidak berbaloi selama ini. Alangkah bertuah sekiranya rezeki kami cukup tanpa perlu berhampas pulas seperti ini di samping dapat memberikan perhatian pada anak-anak.

Daripada keluhan-keluhan itu, dapat di buat kesimpulan bahawa rata-rata masalah yang dihadapi oleh mereka adalah berkisar pada masalah kewangan. Memang wang itu bukanlah segala-galanya. Tetapi segala benda di dunia sekarang memerlukan wang. Hendak sekolahkan anak-anak perlukan wang, hendak baiki kenderaan perlukan wang, hendak membina rumah perlukan wang, hendak ke Mekah menunaikan haji perlukan wang, hendak buang air besar / kecil pun perlukan wang (bayar nak masuk tandas awam) dan pendek kata, di mana-mana sahaja perlukan wang sekarang ni.

Adakah kita hanya sekadar mengeluh nasib yang menimpa diri atau cuba melakukan sesuatu? Keluhan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah. Dengan itu, sedarlah dari tidur lenamu, mari bersama-sama kita membina kejayaan dengan MLM. Tetapi, syaratnya, anda mestilah memiliki kesanggupan. Sanggup susah dahulu, sanggup keluar dari zon selesa anda kepada zon yang berisiko dan sanggup menhadapi cemuhan / kritikan orang lain.

posted by editor @ 8:12 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib