Bagi berjaya dalam MLM, anda perlu mendapatkan seberapa banyak ilmu pengetahuan. Ilmu itu perlu anda dapatkan melalui upline, syarikat, buku, ceramah, kaset, CD, artikel di internet sama ada dalam bahasa Melayu dan Ingeris serta kursus. Ilmu sangat berguna bagi kejayaan di masa depan. Sebarkan segala pengetahuan yang ada dapati kepada downline. Ilmu perlu disebarkan juga sebelum downline anda boleh berdikari. Mereka amat memerlukan ilmu pengetahuan.
Ilmu bukan sahaja merangkumi produk semata-mata. Ilmu juga melibatkan ilmu menaja, ilmu menjual, ilmu mengurus kumpulan, ilmu berceramah dan lain-lain lagi. Pendek kata, dalam MLM, tersedia pelbagai ilmu pengetahuan yang bakal anda dapati. Ilmu pengetahuan juga boleh didapati melalui pengalaman harian, bulanan dan tahunan anda. Anggap setiap hari ada ilmu pengetahuan.
Kematangan dan pengalaman adalah ilmu pengetahuan yang tidak ternilai. Anda juga perlu mendengar dengan teliti para penceramah atau upline sewaktu mereka memberikan ceramah, menaja dan berbicara dengan anda. Jangan ponteng mesyuarat. Walaupun dalam mesyuarat itu, penceramahnya memberikan ceramah yang sama, contohnya tentang produk tetapi cara penyampaian mereka berbeza dan tidak mustahil mereka berkongsi cerita tentang kebaikan barangan dengan cara yang berbeza. Anda beruntung dan ilmu menambah dari masa ke masa.
Duplikasikan teknik yang mereka gunakan. Ajarkan kepada downline dan proses duplikasi ini berjalan dan ini menjadi titik tolak kejayaan anda dalam MLM. |