UsahaNiaga
Wednesday, July 19, 2006
Tugas Anda - Menggunakan Produk
Menggunakan Produk
Guna produk seratus peratus. Jika anda tidak menggunakan produk syarikat yang anda ceburi, siapa lagi yang hendak anda guna? Syarikat bergantung pada pergerakan barang yang dikeluarkannya. Jika anda menjadi ahli, tetapi mengguna produk syarikat lain, sudah tentu sia-sia sahaja anda menjadi ahli. Produk kesihatan amat berguna bagi meningkatkan taraf kesihatan. Begitu juga dengan produk kecantikan. Pendek kata, dalam MLM, banyak produk yang ditawarkan berkualiti dan bermutu tinggi.

Apabila anda guna produk dalam MLM, ada bezanya dibandingkan anda menggunakan produk lain. Ini kerana, anda ada jaminan bonus apabila anda membuka mulut bercerita kepada orang lain. Daripada membuang masa bercerita hal-hal yang kurang berfaedah, lebih baik bercerita tentang produk. Apabila prospek pula beli dan masuk ahli, anda akan mendapat bonus.

Produk MLM juga ada jaminan insurans. Apabila berlaku apa-apa sesudah menggunakan produk, anda di jamin mendapat tuntutan insurans. Namun begitu tidak semua syarikat MLM menawarkan jaminan insurans. Selain itu, produk MLM ada potongan antara 20 peratus hingga 30 peratus dan melibatkan semua barangan. Maksudnya, anda membeli barangan MLM, dengan harga potongan 20 peratus hingga 30 peratus. Apabila anda menjual balik, anda akan mendapat untung runcit sebanyak 20 peratus sehingga 30 peratus.

posted by editor @ 8:47 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib