UsahaNiaga
Thursday, July 20, 2006
Tugas Anda - Menjual
Apabila anda menjadi ahli atau sign up, anda boleh memilih sama ada mahu menjadi pengguna ataupun usahawan. Jika sekadar pengguna, anda tidak boleh menjual. Maintain bulanan ada yang mencecah RM150 hingga RM300. Jadi, anda boleh membeli barangan dengan kata lain, anda tukar kedai. Kedai biasa di tukar kepada kedai MLM.

Jika anda malu menjual, tidak mengapa. Sekadar anda maintain setiap bulan sudah memadai. Ada juga yang selepas sign up, memilih bagi menjual. Dengan menjual, anda boleh maintain setiap hari dan sekali gus, anda boleh untung runcit 20 peratus hingga 30 peratus.

Terdapat pelbagai cara bagi menjual sama ada secara individu ataupun berkumpulan (home party). Menjual bukannya anda perlu bergerak dari rumah ke rumah. Usahawan MLM bukan salesman. Ingat! Ramai yang tidak tahu membezakan antara usahawan MLM dengan salesman.
Salesman perlu menjual seberapa banyak produk yang mereka mampu. Tetapi usahawan tidak perlu menjual banyak. Dia hanya sekadar menaja ahli lain, dengan sendirinya produk terjual. Anda cari rakan sekerja, jiran dan kenalan dan ajak mereka tukar kedai. Sudah tentu mereka hendak membeli secara harian dan bulanan dan jualkan barangan anda kepada mereka.
posted by editor @ 7:37 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib