UsahaNiaga
Saturday, July 22, 2006
Tugas Anda - Menaja
Selepas anda menyenaraikan nama, anda boleh memulakan langkah menaja ahli. Buat panggilan telefon. Dengan menggunakan telefon bimbit ataupun laptop, tiada masalah bagi anda membuat panggilan dan temu janji.

Menelefon bukannya bagi menerangkan tentang perniagaan MLM secara mendalam. Menelefon hanya sekadar membuat temu janji. Pastikan sewaktu anda membuat panggilan telefon, anda sentiasa tersenyum. Walaupun prospek hanya mendengar suara anda, getaran kegembiraan dan keriangan dapat dirasainya.

Apabila ‘berjumpa mata’, gunakan seluruh pancaindera iaitu deria melihat, sentuh, bau dan rasa. Apabila anda masih baru, anda tidak perlu menaja seorang diri. Anda diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan yang memerlukan ‘belaian’ dan ‘bimbingan’ daripada upline anda.

Gunakan konsep ABC bagi menaja. A bermaksud ADVISOR iaitu upline anda, B bermaksud BRIDGE atau jambatan iaitu diri anda dan C bermaksud CUSTOMER iaitu prospek yang bakal anda taja. Anda perlu jadi bridge (jambatan) bagi menemukan antara advisor dengan customer. Anda tidak perlu memberikan penerangan kepada prospek. Anda masih baru, pengetahuan anda tentang produk dan pelan pemasaran masih cetek. Jadi, khidmat upline amat diperlukan. Jadilah jambatan bagi menemukan antara upline anda dengan prospek. Tidak mustahil apabila upline memberikan penerangan dan dapat menaja prospek anda.

Tiru dan jadikan setiap teknik yang anda lihat sewaktu upline menaja prospek. Anda sudah melakukan konsep ABCDDDD. A bermaksud AJAK. Anda cuba ajak prospek menyertai perniagaan MLM. Namun begitu, anda perlu lakukan satu lagi tugas iaitu B. B bermaksud BAWA. Anda bawa upline sekali dan dia yang bakal menjadi jurucerita. C bermaksud CAKAP. Anda tidak perlu bercakap. Hanya upline sahaja yang perlu bercakap kerana dia ada ilmu dan pengalaman.

Manakala DDDD bermaksud Duduk Diam Dapat Duit. Anda duduk diam. Biar upline sahaja yang membuat penerangan dan menunjukkan pelan pemasaran serta produk. Anda sekadar duduk diam dan dapat duit atau bonus. Ini yang dikatakan sebagai ilmu secara live. Ilmu dengan cara melihat, mendengar dan mempraktik. Senang dan mudah di ikuti.

Belajar cara-cara menaja melalui upline anda. Dapatkan seberapa banyak ilmu yang anda mampu. Selepas itu, lakukan sepertimana yang dilakukan oleh upline anda. Apabila anda mampu menaja sendiri, ceritakan kepada prospek tentang kehebatan produk yang anda promosikan. Pelan pemasaran pula, jangan diceritakan secara mendalam. Cukup dengan ringkas sahaja. Selepas prospek menjadi downline anda, barulah diceritakan pelan pemasaran dengan lebih mendalam melalui kursus. Pastikan anda memberi keutamaan kepada 3 kategori prospek.

1. Prospek jenis manusia-manusia. Maksudnya, prospek ini gemar menjalinkan persahabatan dengan sesiapa sahaja. Prospek ini sudah tentu memiliki personaliti yang menarik dan hebat. Apabila mereka bersemangat dan berminat kepada MLM, mereka akan beritahu kepada semua orang.

2. Prospek yang berfikir positif. Mereka berfikiran terbuka. Mereka menerima dengan dada yang lapang apabila anda ingin menunjukkan kehebatan MLM. Mereka juga terus melihat peluang yang ditawarkan. Mereka ini prospek yang boleh menjalankan perniagaan MLM satu hari nanti.

3. Prospek yang melakukan tugas dengan baik. Prospek ini apabila terlihat sahaja peluang, mereka melakukan tugas dengan cara yang baik dan hebat. Mereka ingin cemerlang dalam kerja.
posted by editor @ 8:01 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib