UsahaNiaga
Friday, July 21, 2006
Tugas Anda - Menyenaraikan Prospek
Bagi mendapatkan bonus setiap bulan, anda perlu menggerakkan barangan. Pergerakan barangan bukan sahaja dengan cara menjual ataupun membeli semata-mata. Anda boleh menaja. Melalui penajaan, barangan dapat digerakkan dengan laju. Bayangkan jika proses penajaan dilakukan juga oleh downline. Anda juga mendapat faedah bonus setiap bulan.

Katakan anda maintain barangan RM150 setiap bulan. Anda menaja 5 orang. Proses penajaan berlaku lagi apabila 5 orang tajaan anda menaja prospek lain. Bermakna kini, anda sudah ada 25 downline. Tidak mustahil, sampai satu peringkat, tajaan anda mencecah lebih 50 ribu orang. Adakah anda perlu menaja sehingga 50 orang? Jawapannya TIDAK PERLU. Anda sekadar menaja 5 orang dan proses tiru-meniru iaitu downline menaja seperti anda, bilangan pasti bertambah kepada 50 ribu orang. Mulanya penajaan 5 orang. Bayangkan pergerakan barangan. Bayangkan pula bonus anda. Tidak mustahil, bonus anda mencecah lebih puluhan ribu ringgit.

Namun begitu, senaraikan seberapa banyak nama yang anda mampu. Tidak kira jika anda berjaya menyenaraikan 100 nama sekalipun. Walaupun pada dasarnya, anda hanya perlukan 5 downline sahaja, tetapi dalam penyenaraian nama, biar lebih. Ini disebabkan apabila anda hanya menyenaraikan 5 nama, mereka pula tidak berminat, anda sudah ketandusan prospek. Ini mengikut prinsip SW SW SW N bermaksud:


Apabila di kaji dengan lebih mendalam tentang keunikan MLM, anda dapat melihat betapa hebatnya perniagaan ini. Melalui penajaan, pendapatan anda dapat ditingkatkan. Tidak perlu menjual banyak-banyak dan tidak perlu taja banyak-banyak. Hanya melalui konsep tiru-meniru atau duplication antara downline dengan upline, proses menaja bergerak dalam jemaah.

Siapa yang perlu anda taja? Cuba anda senaraikan nama adik-beradik anda. Kemudian senaraikan pula nama jiran-jiran yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Seterusnya, nama rakan sekerja dan rakan-rakan yangberdekatan dengan anda. Akhir sekali, senaraikan nama orang yang baru anda kenali dan tidak kenali. Orang yang tidak anda kenali ialah orang yang anda dapat maklumat mengenai latar belakangnya melalui cerita rakan-rakan. Selepas itu, lihat berapa bilangan yang dapat anda kumpulkan? Sudah tentu lebih daripada 10 orang.

Malahan, tidak mustahil anda dapat mengumpulkan nama sehingga lebih darpada 50 orang. Usaha menyenaraikan nama kenalan anda merupakan titik permulaan rancangan anda mencapai kejayaan dalam MLM. Anda juga boleh menyenaraikan nama baru rakan yang baru anda kenali. Contohnya dalam seminar, mesyuarat, tempat basuh kereta dan lain-lain lagi. Kadang-kadang, kenalan baru bakal menjadi rakan kongsi perniagaan MLM melebihi keluarga, jiran dan rakan karib anda.
posted by editor @ 7:22 AM  
Arkib Lepas
Rakan Cyber
Arkib