Apabila anda berjaya menjual sesuatu produk, anda perlu melakukan tugasan yang berikutnya iaitu servicing. Tanya khabar kepada pelanggan anda apakah kesan baik yang mereka dapati selepas menggunakan produk yang anda syorkan. Kadang-kadang ada produk yang memberikan tindak balas permulaan (kesan sampingan) selepas digunakan. Tindak balas ini sebenarnya positif dan apabila anda tidak menerangkan kepada pelanggan, pasti mereka sangkakan tindak balas ini merbahaya.
Contoh produk SNE, peringkat permulaan ia akan memberi kesan sampingan seperti loya, kerap kencing atau kencing berbau dan sebagainya. Sebenarnya tindak balas ini adalah biasa kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan. Produk ini mempunyai hampir 200 vitamin. Pada peringkat permulaan, produk ini sebenarnya dalam proses membersih organ dalaman, menyingkirkan toksin dari badan, menstabil dan membina semula sel-sel dalam tubuh badan. Pembuangan sisa-sisa toksid juga akan menyebabkan badan rasa loya, letih dan mengantuk. Jadi, anda perlu minum banyak air untuk memudahkan proses penyingkiran itu dengan cepat. Air juga dapat membantu badan ‘segar’ kembali. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk terus menggunakan produk tersebut dalam satu jangka waktu untuk memastikan anda benar-benar sembuh dari penyakit dan mempunyai ketahanan badan. Apabila anda kurang pasti, sila rujuk kepada upline anda.
Jangan putuskan hubungan dengan pelanggan. Selepas 3 hari, 7 hari ataupun 21 hari, sila kunjungi semula pelanggan dan soal sama ada beliau berpuas hati dengan produk yang anda syorkan. Anda boleh syorkan produk yang lain pula. Tidak mustahil pelanggan membeli lagi produk yang lain dan menjadi pelanggan tetap anda. Ingat, dalam MLM, 30 peratus adalah perniagaan dan 70 peratus adalah seni perhubungan antara manusia atau human relationshp. Pastikan pelanggan menggunakan produk dengan betul.
Apabila pelanggan menghadapi masalah kewangan, syorkan produk yang lebih murah dahulu. Apabila pelanggan bertanya, jawab dengan sabar setiap pertanyaan pelanggan. Apabila anda begitu prihatin dan menjalinkan hubungan dengan pelanggan, ini dapat meningkatkan keyakinan dan jalinan hubungan yang baik antara anda dengan pelanggan.
Anda boleh mengesyorkan pelanggan menjadi downline anda. Jelaskan kepadanya keuntungan menjadi pengedar barangan MLM. Apabila pelanggan tidak berminat, bina hubungan sekadar antara pelanggan dengan jurujual. Apabila pelanggan berminat menjadi downline anda, bermulalah tugas anda sebagai upline membimbing downline.
Downline juga perlukan servicing. Jangan tinggalkan downline terkontang-kanting macam anak ayam kehilangan ibunya. Bimbing downline anda sebagaimana anda di bimbing oleh upline anda dahulu. Minta nasihat upline anda dalam soal mengurus downline. Wajibkan downline untuk menimba ilmu melalui kursus yang di anjurkan oleh syarikat. Anda juga boleh menganjurkan kursus dengan menjemput upline menjadi penceramah.
Buat mesyuarat antara anda dengan downline seminggu sekali atau dua kali. Dalam mesyuarat itu, anda boleh mencurahkan ilmu ataupun upline jemputan memberikan input kepada downline anda. Proses duplikasi mesti berjalan. Apabila tiada duplikasi, bagaimana produk hendak bergerak. Paling penting sekali, anda dan downline perlu ada matlamat dan hala tuju yang jelas. Apabila tidak ada matlamat, maka tiada target yang hendak di capai. Buat target setiap bulan dan cuba jalankan perniagaan MLM mengikut target tersebut.
Timbulkan rasa ‘kekitaan’ dan bukannya ‘keakuan’ antara anda dengan downline dan antara anda dengan upline. Rasa kekitaan dapat memberikan satu semangat perjuangan yang jitu dalam memperkasakan ekonomi. Anda bertanggungjawab mengekalkan rasa yakin downline. Perniagaan MLM, perlu percaya terlebih dahulu. Apabila tidak percaya, kerja tidak dapat di buat. Percaya berdasarkan keyakinan dan anda boleh berjaya nanti.
Sikap orang zaman sekarang, mereka hendak lihat dahulu baru boleh percaya. Tetapi, apabila di kaji daripada segi agama, adakah anda pernah lihat syurga? Adakah anda pernah lihat neraka? Adakah anda pernah lihat malaikat? Tidak pernah. Tetapi, dengan kepercayaan dan keyakinan hakiki, anda berusaha dengan beribadat dan akhirnya, di akhirat nanti, anda boleh melihat hasil ibadah anda.
Begitu juga dengan keyakinan yang perlu anda tanamkan kepada downline anda. Mereka tidak pernah melihat bonus, mereka tidak pernah melihat insentif kereta, mereka tidak pernah pergi melancong. Tetapi, dengan konsep menanamkan kepercayaan yang jitu, mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya, mereka dapat melihat kejayaan yang dikecapi hasil usaha yang bersungguh-sungguh. Anda boleh mendapatkan bantuan orang lain bagi menyuntik semangat kepada downline anda. Anda boleh bergabung dengan ahli kumpulan lain ataupun mendapatkan khidmat sokongan daripada wakil syarikat. Pokoknya, anda perlu berusaha memotivasikan downline anda.
|