|
Sunday, July 30, 2006 |
Bersedia Alam Emosi dan Sikap - Imej Profesional |
...sambungan
Menceburi perniagaan MLM ini, anda semesti membina imej / kreabiliti yang profesional. Imej yang baik, mesra melayan kehendak pelanggan, jujur dan sopan akan memberikan tanggapan yang baik kepada prospek (pelanggan) dan keyakinan terhadap diri anda, produk dan syarikat. Perniagaan MLM ini bukanlah perniagaan yang lekeh. MLM adalah perniagaan yang profesional yang bertaraf antarabangsa. |
posted by editor @ 6:50 PM |
|
Saturday, July 29, 2006 |
Bersedia Alam Emosi dan Sikap - Sediakan deria asas |
...sambungan Manusia mempunyai 3 deria asas supaya mudah diyakinkan. 3 deria asas itu ialah:
1. Telinga Berkongsi ilmu tentang produk dengan mendengar cerita dan ilmu dari mulut ke mulut. Cerita yang berpaksikan kebenaran. Contohnya, testimonial tentang keberkesanan produk yang digunakan. Bercerita dari mulut ke mulut adalah iklan yang paling hebat dan berkesan.
2. Mata Sediakan katalog-katalog yang mengandungi gambar sesuatu produk. Sekiranya ada gambar orang yang memberi testimonial adalah lebih baik. Ini bagi meningkatkan lagi kepercayaan prospek dan pelanggan terhadap kesan baik produk tersebut.
3.Rasa Sediakan juga produk yang boleh dirasai. Contohnya, Kopi Radix. Berikan kepada prospek untuk merasai aroma dan kelazatannya. Apabila prospek merasai kehebatan 7 herba yang terkandung dalam Kopi Radix, tidak mustahil dia hendak membelinya. Bahkan, apabila anda tunjukkan contoh pendapatan yang bakal mereka perolehi jika menyertai perniagaan MLM, tidak mustahil mereka akan bersetuju untuk ditaja oleh anda. Bersambung... |
posted by editor @ 9:17 AM |
|
Friday, July 28, 2006 |
Bersedia Alam Emosi dan Sikap - Jadi Peramah |
...Sambungan
MLM jarang bergantung pada pengiklanan melalui peti televisyen, radio dan media massa. Produk MLM melalui mulut ke mulut. Bercerita sesama kita. Daripada seorang ke seorang, produk dan plan pemasaran diceritakan. Dengan cara ini, barangan dapat digerakkan dan diperkenalkan. Rajin-rajinlah buka mulut bercerita. Jika selama ini anda bercerita di kedai-kedai kopi tentang politik, bola sepak dan mengumpat, apalah salahnya selitkan dengan cerita peluang perniagaan MLM. Anda kena jadi seorang yang peramah. Kalau sombong, maka sukar bagi anda menjalankan perniagaan ini. Buangkan perasaan malu dan rendah diri jauh-jauh.
Bersambung... |
posted by editor @ 1:22 PM |
|
Thursday, July 27, 2006 |
Bersedia Alam Emosi dan Sikap - Menyukai Orang Lain |
...sambungan Perniagaan berasaskan MLM ini ialah pengurusan francais manusia. Dengan kata lain, anda perlu sentiasa berkomunikasi dengan orang lain. Lebih tepat lagi, anda mesti dan wajib bergaul dengan orang lain. Pergaulan ini tidak mengenal batasan umur dan bangsa (tetapi haruslah menjaga adat-adat ketimuran dalam pergaulan selagi tidak melanggar batasan agama). Manusia adalah aset yang utama dalam menjalankan perniagaan MLM. Manusia suka disayangi, dihormati, dipuji, dipercayai, diberi perhatian dan dipentingkan. Jadi, apabila anda bersikap sukakan kepada orang lain, maka senanglah anda untuk menjalankan perniagaan ini berdasarkan kepada cara anda berkomunikasi dengan mereka. Bersambung... |
posted by editor @ 9:40 AM |
|
Wednesday, July 26, 2006 |
Bersedia Alam Emosi dan Sikap - Yakin pada kebolehan diri |
Perniagaan berasaskan networking ini amat menitikberatkan beberapa perkara yang dikatakan sebagai persediaan emosi dan sikap. Persediaan inisangat penting dan dapat memberikan hasil yang tinggi. Berikut adalah persediaan yang perlu anda lakukan.
Yakin pada kebolehan diri Perkara asas yang anda harus lengkapi ialah persediaan yakin pada kebolehan dan keupayaan diri sendiri. Diri sendiri adalah tanggungjawab anda. Keyakinan yang tinggi memberikan anda sikap tidak takut kepada apa-apa rintangan dan risiko. Rintangan dan risiko dianggap sebagai salah satu asam garam dalam perniagaan MLM ini.
Sesudah percaya kepada kebolehan dan bakat diri sendiri, tanamkan pula percaya kepada orang lain. Sebagai contoh, upline, downline dan prospek. Yakin pada kewibawaan upline. Yakin pada keupayaan dan kebolehan downline dan yakin pada potensi prospek. Sekiranya anda tidak yakin pada upline, anda sudah tentu tidak mahu bekerjasama dan menjalankan MLM. Apabila tidak menjalankan perniagaan MLM, maka tiadalah kejayaan.
Upline adalah pemimpin anda dalam hala tuju perniagaan berasaskan MLM. Apabila tidak yakin pada downline, anda tentu mengabaikan downline yang berpotensi. Pengabaian merugikan perniagaan anda sendiri. Manakala prospek pula ialah orang yang anda hendak jual dan taja produk kepadanya. Apabila anda tidak yakin kepada potensinya sebagai pembeli dan potensi sebagai downline, sudah tentu anda tidak mahu berjumpa dan memperkenalkan syarikat MLM anda. Bersambung... |
posted by editor @ 7:59 AM |
|
Tuesday, July 25, 2006 |
Menghadari Mesyuarat |
Jangan lupa anda perlu menghadiri mesyuarat bagi mengasah bakat dan kebolehan. Mesyuarat itu sama ada mesyuarat mingguan ataupun mesyuarat bulanan. Mesyuarat terbahagi kepada dua iaitu mesyuarat anjuran syarikat atau stokis dan mesyuarat kumpulan anda sendiri. Tanpa mesyuarat, anda ketinggalan. Anda tidak dapat mengetahui perkembangan semasa dan tidak boleh bertukar-tukar fikiran dengan kumpulan lain.
Mesyuarat juga boleh dijadikan tempat menaja ahli baru. Bawa mereka terus ke tempat anda bermesyuarat. Apabila mereka tidak boleh anda taja dengan sekadar berjumpa secara individu, bawa mereka ke majlis mesyuarat mingguan. Pada masa itu, ramai upline anda hadir dan tidak mustahil mereka boleh close case. Sambil anda bermesyuarat menimba ilmu, sambil menaja ahli baru. You learn and earn.
Hanya dengan bermesyuarat sahaja anda dapat memotivasi diri secara berterusan. Di situ, anda dikelilingi oleh orang yang berfikiran positif, perkataan positif dan tindakan positif. Melalui mesyuarat kumpulan, atur strategi kumpulan anda dan apakah sasaran jualan kumpulan anda. Apabila anda dan kumpulan gagal (gagal sementara) mencapai target, buat muhasabah diri dan siasat mengapa dan bagaimana hendak mengatasinya. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Bermesyuarat umpama anda menajamkan mata kapak bagi menebang pokok.
Faedah hadir mesyuarat :
- Muhasabah diri - Mengasah bakat - Menaja ahli baru - Timba ilmu - Sikap positif - Tahu perkembangan semasa - Motivasi diri - Buat sasaran - Atur strategi - Bertukar fikiran |
posted by editor @ 8:01 AM |
|
Monday, July 24, 2006 |
Tugas Anda - Dapatkan Seberapa Banyak Ilmu |
Bagi berjaya dalam MLM, anda perlu mendapatkan seberapa banyak ilmu pengetahuan. Ilmu itu perlu anda dapatkan melalui upline, syarikat, buku, ceramah, kaset, CD, artikel di internet sama ada dalam bahasa Melayu dan Ingeris serta kursus. Ilmu sangat berguna bagi kejayaan di masa depan. Sebarkan segala pengetahuan yang ada dapati kepada downline. Ilmu perlu disebarkan juga sebelum downline anda boleh berdikari. Mereka amat memerlukan ilmu pengetahuan.
Ilmu bukan sahaja merangkumi produk semata-mata. Ilmu juga melibatkan ilmu menaja, ilmu menjual, ilmu mengurus kumpulan, ilmu berceramah dan lain-lain lagi. Pendek kata, dalam MLM, tersedia pelbagai ilmu pengetahuan yang bakal anda dapati. Ilmu pengetahuan juga boleh didapati melalui pengalaman harian, bulanan dan tahunan anda. Anggap setiap hari ada ilmu pengetahuan.
Kematangan dan pengalaman adalah ilmu pengetahuan yang tidak ternilai. Anda juga perlu mendengar dengan teliti para penceramah atau upline sewaktu mereka memberikan ceramah, menaja dan berbicara dengan anda. Jangan ponteng mesyuarat. Walaupun dalam mesyuarat itu, penceramahnya memberikan ceramah yang sama, contohnya tentang produk tetapi cara penyampaian mereka berbeza dan tidak mustahil mereka berkongsi cerita tentang kebaikan barangan dengan cara yang berbeza. Anda beruntung dan ilmu menambah dari masa ke masa.
Duplikasikan teknik yang mereka gunakan. Ajarkan kepada downline dan proses duplikasi ini berjalan dan ini menjadi titik tolak kejayaan anda dalam MLM. |
posted by editor @ 8:49 AM |
|
Sunday, July 23, 2006 |
Tugas Anda - Servis Pelanggan dan downline |
Apabila anda berjaya menjual sesuatu produk, anda perlu melakukan tugasan yang berikutnya iaitu servicing. Tanya khabar kepada pelanggan anda apakah kesan baik yang mereka dapati selepas menggunakan produk yang anda syorkan. Kadang-kadang ada produk yang memberikan tindak balas permulaan (kesan sampingan) selepas digunakan. Tindak balas ini sebenarnya positif dan apabila anda tidak menerangkan kepada pelanggan, pasti mereka sangkakan tindak balas ini merbahaya.
Contoh produk SNE, peringkat permulaan ia akan memberi kesan sampingan seperti loya, kerap kencing atau kencing berbau dan sebagainya. Sebenarnya tindak balas ini adalah biasa kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan. Produk ini mempunyai hampir 200 vitamin. Pada peringkat permulaan, produk ini sebenarnya dalam proses membersih organ dalaman, menyingkirkan toksin dari badan, menstabil dan membina semula sel-sel dalam tubuh badan. Pembuangan sisa-sisa toksid juga akan menyebabkan badan rasa loya, letih dan mengantuk. Jadi, anda perlu minum banyak air untuk memudahkan proses penyingkiran itu dengan cepat. Air juga dapat membantu badan ‘segar’ kembali. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk terus menggunakan produk tersebut dalam satu jangka waktu untuk memastikan anda benar-benar sembuh dari penyakit dan mempunyai ketahanan badan. Apabila anda kurang pasti, sila rujuk kepada upline anda.
Jangan putuskan hubungan dengan pelanggan. Selepas 3 hari, 7 hari ataupun 21 hari, sila kunjungi semula pelanggan dan soal sama ada beliau berpuas hati dengan produk yang anda syorkan. Anda boleh syorkan produk yang lain pula. Tidak mustahil pelanggan membeli lagi produk yang lain dan menjadi pelanggan tetap anda. Ingat, dalam MLM, 30 peratus adalah perniagaan dan 70 peratus adalah seni perhubungan antara manusia atau human relationshp. Pastikan pelanggan menggunakan produk dengan betul.
Apabila pelanggan menghadapi masalah kewangan, syorkan produk yang lebih murah dahulu. Apabila pelanggan bertanya, jawab dengan sabar setiap pertanyaan pelanggan. Apabila anda begitu prihatin dan menjalinkan hubungan dengan pelanggan, ini dapat meningkatkan keyakinan dan jalinan hubungan yang baik antara anda dengan pelanggan.
Anda boleh mengesyorkan pelanggan menjadi downline anda. Jelaskan kepadanya keuntungan menjadi pengedar barangan MLM. Apabila pelanggan tidak berminat, bina hubungan sekadar antara pelanggan dengan jurujual. Apabila pelanggan berminat menjadi downline anda, bermulalah tugas anda sebagai upline membimbing downline.
Downline juga perlukan servicing. Jangan tinggalkan downline terkontang-kanting macam anak ayam kehilangan ibunya. Bimbing downline anda sebagaimana anda di bimbing oleh upline anda dahulu. Minta nasihat upline anda dalam soal mengurus downline. Wajibkan downline untuk menimba ilmu melalui kursus yang di anjurkan oleh syarikat. Anda juga boleh menganjurkan kursus dengan menjemput upline menjadi penceramah.
Buat mesyuarat antara anda dengan downline seminggu sekali atau dua kali. Dalam mesyuarat itu, anda boleh mencurahkan ilmu ataupun upline jemputan memberikan input kepada downline anda. Proses duplikasi mesti berjalan. Apabila tiada duplikasi, bagaimana produk hendak bergerak. Paling penting sekali, anda dan downline perlu ada matlamat dan hala tuju yang jelas. Apabila tidak ada matlamat, maka tiada target yang hendak di capai. Buat target setiap bulan dan cuba jalankan perniagaan MLM mengikut target tersebut.
Timbulkan rasa ‘kekitaan’ dan bukannya ‘keakuan’ antara anda dengan downline dan antara anda dengan upline. Rasa kekitaan dapat memberikan satu semangat perjuangan yang jitu dalam memperkasakan ekonomi. Anda bertanggungjawab mengekalkan rasa yakin downline. Perniagaan MLM, perlu percaya terlebih dahulu. Apabila tidak percaya, kerja tidak dapat di buat. Percaya berdasarkan keyakinan dan anda boleh berjaya nanti.
Sikap orang zaman sekarang, mereka hendak lihat dahulu baru boleh percaya. Tetapi, apabila di kaji daripada segi agama, adakah anda pernah lihat syurga? Adakah anda pernah lihat neraka? Adakah anda pernah lihat malaikat? Tidak pernah. Tetapi, dengan kepercayaan dan keyakinan hakiki, anda berusaha dengan beribadat dan akhirnya, di akhirat nanti, anda boleh melihat hasil ibadah anda.
Begitu juga dengan keyakinan yang perlu anda tanamkan kepada downline anda. Mereka tidak pernah melihat bonus, mereka tidak pernah melihat insentif kereta, mereka tidak pernah pergi melancong. Tetapi, dengan konsep menanamkan kepercayaan yang jitu, mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya, mereka dapat melihat kejayaan yang dikecapi hasil usaha yang bersungguh-sungguh. Anda boleh mendapatkan bantuan orang lain bagi menyuntik semangat kepada downline anda. Anda boleh bergabung dengan ahli kumpulan lain ataupun mendapatkan khidmat sokongan daripada wakil syarikat. Pokoknya, anda perlu berusaha memotivasikan downline anda.
|
posted by editor @ 7:27 AM |
|
Saturday, July 22, 2006 |
Tugas Anda - Menaja |
Selepas anda menyenaraikan nama, anda boleh memulakan langkah menaja ahli. Buat panggilan telefon. Dengan menggunakan telefon bimbit ataupun laptop, tiada masalah bagi anda membuat panggilan dan temu janji.
Menelefon bukannya bagi menerangkan tentang perniagaan MLM secara mendalam. Menelefon hanya sekadar membuat temu janji. Pastikan sewaktu anda membuat panggilan telefon, anda sentiasa tersenyum. Walaupun prospek hanya mendengar suara anda, getaran kegembiraan dan keriangan dapat dirasainya.
Apabila ‘berjumpa mata’, gunakan seluruh pancaindera iaitu deria melihat, sentuh, bau dan rasa. Apabila anda masih baru, anda tidak perlu menaja seorang diri. Anda diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan yang memerlukan ‘belaian’ dan ‘bimbingan’ daripada upline anda.
Gunakan konsep ABC bagi menaja. A bermaksud ADVISOR iaitu upline anda, B bermaksud BRIDGE atau jambatan iaitu diri anda dan C bermaksud CUSTOMER iaitu prospek yang bakal anda taja. Anda perlu jadi bridge (jambatan) bagi menemukan antara advisor dengan customer. Anda tidak perlu memberikan penerangan kepada prospek. Anda masih baru, pengetahuan anda tentang produk dan pelan pemasaran masih cetek. Jadi, khidmat upline amat diperlukan. Jadilah jambatan bagi menemukan antara upline anda dengan prospek. Tidak mustahil apabila upline memberikan penerangan dan dapat menaja prospek anda.
Tiru dan jadikan setiap teknik yang anda lihat sewaktu upline menaja prospek. Anda sudah melakukan konsep ABCDDDD. A bermaksud AJAK. Anda cuba ajak prospek menyertai perniagaan MLM. Namun begitu, anda perlu lakukan satu lagi tugas iaitu B. B bermaksud BAWA. Anda bawa upline sekali dan dia yang bakal menjadi jurucerita. C bermaksud CAKAP. Anda tidak perlu bercakap. Hanya upline sahaja yang perlu bercakap kerana dia ada ilmu dan pengalaman.
Manakala DDDD bermaksud Duduk Diam Dapat Duit. Anda duduk diam. Biar upline sahaja yang membuat penerangan dan menunjukkan pelan pemasaran serta produk. Anda sekadar duduk diam dan dapat duit atau bonus. Ini yang dikatakan sebagai ilmu secara live. Ilmu dengan cara melihat, mendengar dan mempraktik. Senang dan mudah di ikuti.
Belajar cara-cara menaja melalui upline anda. Dapatkan seberapa banyak ilmu yang anda mampu. Selepas itu, lakukan sepertimana yang dilakukan oleh upline anda. Apabila anda mampu menaja sendiri, ceritakan kepada prospek tentang kehebatan produk yang anda promosikan. Pelan pemasaran pula, jangan diceritakan secara mendalam. Cukup dengan ringkas sahaja. Selepas prospek menjadi downline anda, barulah diceritakan pelan pemasaran dengan lebih mendalam melalui kursus. Pastikan anda memberi keutamaan kepada 3 kategori prospek.
1. Prospek jenis manusia-manusia. Maksudnya, prospek ini gemar menjalinkan persahabatan dengan sesiapa sahaja. Prospek ini sudah tentu memiliki personaliti yang menarik dan hebat. Apabila mereka bersemangat dan berminat kepada MLM, mereka akan beritahu kepada semua orang.
2. Prospek yang berfikir positif. Mereka berfikiran terbuka. Mereka menerima dengan dada yang lapang apabila anda ingin menunjukkan kehebatan MLM. Mereka juga terus melihat peluang yang ditawarkan. Mereka ini prospek yang boleh menjalankan perniagaan MLM satu hari nanti.
3. Prospek yang melakukan tugas dengan baik. Prospek ini apabila terlihat sahaja peluang, mereka melakukan tugas dengan cara yang baik dan hebat. Mereka ingin cemerlang dalam kerja. |
posted by editor @ 8:01 AM |
|
Friday, July 21, 2006 |
Tugas Anda - Menyenaraikan Prospek |
Bagi mendapatkan bonus setiap bulan, anda perlu menggerakkan barangan. Pergerakan barangan bukan sahaja dengan cara menjual ataupun membeli semata-mata. Anda boleh menaja. Melalui penajaan, barangan dapat digerakkan dengan laju. Bayangkan jika proses penajaan dilakukan juga oleh downline. Anda juga mendapat faedah bonus setiap bulan.
Katakan anda maintain barangan RM150 setiap bulan. Anda menaja 5 orang. Proses penajaan berlaku lagi apabila 5 orang tajaan anda menaja prospek lain. Bermakna kini, anda sudah ada 25 downline. Tidak mustahil, sampai satu peringkat, tajaan anda mencecah lebih 50 ribu orang. Adakah anda perlu menaja sehingga 50 orang? Jawapannya TIDAK PERLU. Anda sekadar menaja 5 orang dan proses tiru-meniru iaitu downline menaja seperti anda, bilangan pasti bertambah kepada 50 ribu orang. Mulanya penajaan 5 orang. Bayangkan pergerakan barangan. Bayangkan pula bonus anda. Tidak mustahil, bonus anda mencecah lebih puluhan ribu ringgit.
Namun begitu, senaraikan seberapa banyak nama yang anda mampu. Tidak kira jika anda berjaya menyenaraikan 100 nama sekalipun. Walaupun pada dasarnya, anda hanya perlukan 5 downline sahaja, tetapi dalam penyenaraian nama, biar lebih. Ini disebabkan apabila anda hanya menyenaraikan 5 nama, mereka pula tidak berminat, anda sudah ketandusan prospek. Ini mengikut prinsip SW SW SW N bermaksud:
Apabila di kaji dengan lebih mendalam tentang keunikan MLM, anda dapat melihat betapa hebatnya perniagaan ini. Melalui penajaan, pendapatan anda dapat ditingkatkan. Tidak perlu menjual banyak-banyak dan tidak perlu taja banyak-banyak. Hanya melalui konsep tiru-meniru atau duplication antara downline dengan upline, proses menaja bergerak dalam jemaah.
Siapa yang perlu anda taja? Cuba anda senaraikan nama adik-beradik anda. Kemudian senaraikan pula nama jiran-jiran yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Seterusnya, nama rakan sekerja dan rakan-rakan yangberdekatan dengan anda. Akhir sekali, senaraikan nama orang yang baru anda kenali dan tidak kenali. Orang yang tidak anda kenali ialah orang yang anda dapat maklumat mengenai latar belakangnya melalui cerita rakan-rakan. Selepas itu, lihat berapa bilangan yang dapat anda kumpulkan? Sudah tentu lebih daripada 10 orang.
Malahan, tidak mustahil anda dapat mengumpulkan nama sehingga lebih darpada 50 orang. Usaha menyenaraikan nama kenalan anda merupakan titik permulaan rancangan anda mencapai kejayaan dalam MLM. Anda juga boleh menyenaraikan nama baru rakan yang baru anda kenali. Contohnya dalam seminar, mesyuarat, tempat basuh kereta dan lain-lain lagi. Kadang-kadang, kenalan baru bakal menjadi rakan kongsi perniagaan MLM melebihi keluarga, jiran dan rakan karib anda. |
posted by editor @ 7:22 AM |
|
Thursday, July 20, 2006 |
Tugas Anda - Menjual |
Apabila anda menjadi ahli atau sign up, anda boleh memilih sama ada mahu menjadi pengguna ataupun usahawan. Jika sekadar pengguna, anda tidak boleh menjual. Maintain bulanan ada yang mencecah RM150 hingga RM300. Jadi, anda boleh membeli barangan dengan kata lain, anda tukar kedai. Kedai biasa di tukar kepada kedai MLM.
Jika anda malu menjual, tidak mengapa. Sekadar anda maintain setiap bulan sudah memadai. Ada juga yang selepas sign up, memilih bagi menjual. Dengan menjual, anda boleh maintain setiap hari dan sekali gus, anda boleh untung runcit 20 peratus hingga 30 peratus.
Terdapat pelbagai cara bagi menjual sama ada secara individu ataupun berkumpulan (home party). Menjual bukannya anda perlu bergerak dari rumah ke rumah. Usahawan MLM bukan salesman. Ingat! Ramai yang tidak tahu membezakan antara usahawan MLM dengan salesman. Salesman perlu menjual seberapa banyak produk yang mereka mampu. Tetapi usahawan tidak perlu menjual banyak. Dia hanya sekadar menaja ahli lain, dengan sendirinya produk terjual. Anda cari rakan sekerja, jiran dan kenalan dan ajak mereka tukar kedai. Sudah tentu mereka hendak membeli secara harian dan bulanan dan jualkan barangan anda kepada mereka. |
posted by editor @ 7:37 AM |
|
Wednesday, July 19, 2006 |
Tugas Anda - Menggunakan Produk |
Menggunakan ProdukGuna produk seratus peratus. Jika anda tidak menggunakan produk syarikat yang anda ceburi, siapa lagi yang hendak anda guna? Syarikat bergantung pada pergerakan barang yang dikeluarkannya. Jika anda menjadi ahli, tetapi mengguna produk syarikat lain, sudah tentu sia-sia sahaja anda menjadi ahli. Produk kesihatan amat berguna bagi meningkatkan taraf kesihatan. Begitu juga dengan produk kecantikan. Pendek kata, dalam MLM, banyak produk yang ditawarkan berkualiti dan bermutu tinggi. Apabila anda guna produk dalam MLM, ada bezanya dibandingkan anda menggunakan produk lain. Ini kerana, anda ada jaminan bonus apabila anda membuka mulut bercerita kepada orang lain. Daripada membuang masa bercerita hal-hal yang kurang berfaedah, lebih baik bercerita tentang produk. Apabila prospek pula beli dan masuk ahli, anda akan mendapat bonus. Produk MLM juga ada jaminan insurans. Apabila berlaku apa-apa sesudah menggunakan produk, anda di jamin mendapat tuntutan insurans. Namun begitu tidak semua syarikat MLM menawarkan jaminan insurans. Selain itu, produk MLM ada potongan antara 20 peratus hingga 30 peratus dan melibatkan semua barangan. Maksudnya, anda membeli barangan MLM, dengan harga potongan 20 peratus hingga 30 peratus. Apabila anda menjual balik, anda akan mendapat untung runcit sebanyak 20 peratus sehingga 30 peratus. |
posted by editor @ 8:47 AM |
|
Tuesday, July 18, 2006 |
Mudahkah Menjalankan Perniagaan MLM? |
Kalau ikutkan saya, memang mudah! Menjalankan perniagaanMLM ini semudah ABC dan D. A bermaksud anda menjadi AHLI. Syarat menjadi ahli pula bergantung pada syarikat MLM masing-masing. Ada syarikat yang mengkehendaki anda membayar yuran RM20 (syarikat HPA – saya jadi ahli), RM38 (Empire ICT – saya jadi ahli), RM50, RM70 atau lebih ataupun tak payah bayar langsung (SNE Marketing – saya jadi ahli) bagi menjadi ahli. B bermaksud BELI. Sebaik sahaja anda menjadi ahli, jadilah pula pembeli. Pakai produk syarikat yang anda ceburi.
Rasa yakin timbul apabila anda mengetahui kelebihan produk syarikat tersebut. Apabila sudah yakin, anda beralih pula kepada C iaitu, CERITA. Bagi melebarkan sayap perniagaan MLM, anda perlu cari prospek dengan cara bercerita tentang produk dan pelan pemasaran syarikat yang anda ceburi.
Seterusnya, D bermaksud DUPLIKASI. Downline anda perlulah duplikasi, fotostat atau meniru apa sahaja teknik, cara dan sistem yang anda lakukan. Anda juga boleh duplikasi daripada upline yang terdahulu. Peniruan dalam MLM tidak salah. Yang salahnya, meniru dalam peperiksaan. |
posted by editor @ 7:20 AM |
|
Monday, July 17, 2006 |
Rintangan yang Bakal Anda Hadapi |
Diri Sendiri Setiap perkara di dunia ini ada rintangannya. Begitu juga dalam dunia MLM, rintangannya pasti ada. Salah satu rintangan ialah diri anda sendiri. Anda mungkin menghadapi masalah kurang percaya pada diri sendiri. Mengapa kurang percaya pada diri sendiri? Salah satu sebabnya ialah, anda berasa MLM ini memerluan kebolehan bercakap, berkawan dan mencari kenalan. Anda berasa diri anda tidak mampu bertemu dan berjumpa dengan prospek. Selain daripada itu, anda was-was terhadap kejayaan yang bakal anda kecapi. Diri anda sendiri adalah musuh yang tidak nampak yang perlu anda tewaskan.
Masa Anda juga bermasalah dengan pembahagian masa. Sedangkan MLM merupakan perniagaan yang tidak memerlukan masa yang panjang. Namun begitu, ianya sedikit sebanyak mengganggu masa rehat, bersantai dan lepak-lepak anda. Paling ketara sekali, sewaktu anda menjalankan MLM, anda terpaksa menghadapi kerenah downline, upline dan pelanggan. Anda juga tidak terkecuali menghadapi masalah turun naiknya pendapatan iaitu bonus.
Pasangan Pasangan anda juga banyak memainkan peranan yang penting dalam jatuh bangunnya perniagaan MLM. Jangan terkejut jika anda pernah dengar ada isteri meminta cerai dengan suaminya semata-mata kerana si suami selalu balik lewat. Ada juga isteri menuduh suaminya main kayu tiga. Itu tidak termasuk isteri yang merasakan dirinya tidak dipedulikan kerana suaminya sibuk dan bertungkus-lumus menjalankan perniagaan MLM.
Jiwa manusia ada bermacam-macam perangai yang kita tidak dapat dibayangkan. Ada juga seorang usahawan MLM telah ditinggalkan isteri lebih dari 6 bulan semata-mata menganggap suaminya sudah gila. Namun begitu, akhirnya insan ini berjaya menjadi usahawan. Inilah berkat sabar sewaktu menjalankan perniagaan MLM.
Saudara dan sahabat Sanak saudara juga menjadi salah satu daripada rintangan yang bakal anda hadapi. Anda mungkin ditertawakan dengan perkataan yang mungkin menyakitkan telinga yang mendengarnya. Anda ajak mereka menyertai MLM dan mereka memberikan seribu satu alasan. Pendek kata, mereka sudah pakar dalam soal memberi alasan. Sahabat handai pun tidak kurang memberikan rintangan kepada anda. Jika di buat satu kajian secara mendalam, didapati lebih banyak orang yang negatif di sekeliling kita daripada orang berfikiran positif.
Tidak ada satu pun kejayaan yang dikecapi oleh seseorang di dunia ini tanpa menghadapi sebarang rintangan. Bagi bergerak dari satu tempat ke satu tempat juga memerlukan rintangan. Rintangan adalah nature. Bagi menempa kejayaan, rintangan amat diperlukan. Soalnya, bagaimana anda menghadapi rintangan. Anda ada dua pilihan sama ada menghadapi rintangan dengan tabah dan sabar ataupun berhenti sahaja (berputus asa). Tetapi orang yang sudah berjaya sebelum ini tidak pernah berputus asa, kerana orang yang berputus asa tidak pernah berjaya. Saya akan menerangkan tentang cara-cara menghadapi rintangan nanti dengan panjang lebar. |
posted by editor @ 9:48 AM |
|
Sunday, July 16, 2006 |
Keluhan yang biasa kita dengar |
Sebenarnya saya pernah dengar pelbagai keluhan dari rakan-rakan, ahli keluarga, jiran-jiran, prospek dan rakan-rakan internet. Antara keluhan yang biasa kita dengar ialah :
- Saya teringin membahagiakan keluarga saya dengan memiliki rumah, kenderaan selesa dan melancong. Dalam masa yang sama, saya perlu berkorban untuk adik-adik saya yang masih belajar.
- Setiap kali musim gaji, tugas saya hanya mengagihkan gaji bulanan tersebut bagi menjelaskan bermacam-macam jenis bil dan hutang. Belum sampai 15 hari bulan, saya sudah termenung dan menunggu lagi tibanya hujung bulan. Apalah nasib saya.
- Apabila sesi persekolahan baru bermula, perasaan saya mula gelisah memikirkan banyak keperluan anak-anak yang perlu disediakan. Walaupun dapat berhutang, masalah saya tetap tidak boleh selesai. Hutang yang lepas belum selesai, kini sambung lagi dengan hutang yang baru.
- Kereta saya selalu meragam. Setiap bulan saya perlu membayar ansuran. Dalam masa yang sama membayar kos membaikinya yang sudah tentu lebih banyak daripada bayaran ansuran.
- Anak-ana sentiasa mendesak saya membeli berbagai-berbagai jenis buku pelajaran. Walaupun anak-anak saya rajin,saya tidak mampu memenuhi permintaan mereka. Apakah yang perlu saya lakukan?
- Ramai orang menyangka kami suami isteri banyak duit. Tetapi mereka tidak tahu keadaan kami yang sebenarnya. Saya selalu memikirkan bagaimanakah caranya mengekalkan tanggapan mereka.
- Pertengkaran sering terjadi dalam keluarga kami. Semuanya berpunca daripada masalah kewangan. Sebagai anak, saya amat memahami keadaan yang bapa saya seorang sahaja bekerja. Saya buntu dan bingung memikirkan masalah ini.
- Walaupun pendapatan kami berdua memang tinggi namun, tuntutan kos hidup yang tinggi menyebabkan kami sering kesempitan duit. Kami amat memerlukan pendapatan tambahan.
- Adik-beradik sentiasa mencemuh saya kerana jarang menyumbang kepada ibu-bapa sepertimana yang mereka lakukan. Saya terpaksa tebalkan muka dan pekakkan telinga kerana saya memang tidak mampu.
- Anak kami menghidapi satu penyakit misteri. Banyak wang dibelanjakan dan kami tidak tahu lagi bagaimana manakah nasib anak kami nanti?
- Sudah tiga orang anak saya berada di IPTA. Belanja amat tinggi. Anak ke empat saya terpaksa melupakan hasratnya walaupun mendapat tawaran. Saya amat kesal kerana tidak mampu membiayainya.
- Setiap kali musim raya, hati saya sering gelisah memikirkan baju raya anak-anak dan juadah istimewa untuk tetamu. Saya terpaksa berhutang demi menjaga maruah.
- Bapa saya sakit tenat. Walaupun saya mempunyai gaji tetap, saya tidak mampu menghantarnya ke hospital swasta yang boleh memberikan rawatan segera kepadanya. Saya sangat kesal kerana hanya dapat menghantar bapa saya ke hospital biasa. Bagaimanakah saya harus memberi khidmat yang terbaik bagi membalas jasanya ketika dia sangat memerlukan?
- Saya ialah ibu tunggal yang ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab. Anak-anak saya semuanya masih belajar manakala anak perempuan sulung saya terpaksa mengorbankan zaman persekolahan demi adik-adiknya. Gaji saya hanya cukup bagi menampung keperluan asas sahaja. Di manakah saya dan anak sulung hendak dapatkan pendapatan yang lumayan bagi menampung perbelanjaan pendidikan anak – anak saya ini?
- Setiap hari kami suami isteri terpaksa keluar awal pagi dan balik lewat petang. Kami terpaksa mencari wang secukupnya. Satu hari, anak lelaki kami di tangkap polis kerana terlibat dengan dadah. Kami berasa usaha kami tidak berbaloi selama ini. Alangkah bertuah sekiranya rezeki kami cukup tanpa perlu berhampas pulas seperti ini di samping dapat memberikan perhatian pada anak-anak.
Daripada keluhan-keluhan itu, dapat di buat kesimpulan bahawa rata-rata masalah yang dihadapi oleh mereka adalah berkisar pada masalah kewangan. Memang wang itu bukanlah segala-galanya. Tetapi segala benda di dunia sekarang memerlukan wang. Hendak sekolahkan anak-anak perlukan wang, hendak baiki kenderaan perlukan wang, hendak membina rumah perlukan wang, hendak ke Mekah menunaikan haji perlukan wang, hendak buang air besar / kecil pun perlukan wang (bayar nak masuk tandas awam) dan pendek kata, di mana-mana sahaja perlukan wang sekarang ni. Adakah kita hanya sekadar mengeluh nasib yang menimpa diri atau cuba melakukan sesuatu? Keluhan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah. Dengan itu, sedarlah dari tidur lenamu, mari bersama-sama kita membina kejayaan dengan MLM. Tetapi, syaratnya, anda mestilah memiliki kesanggupan. Sanggup susah dahulu, sanggup keluar dari zon selesa anda kepada zon yang berisiko dan sanggup menhadapi cemuhan / kritikan orang lain.
|
posted by editor @ 8:12 AM |
|
Saturday, July 15, 2006 |
Kebebasan Kewangan dalam MLM |
MLM memberikan anda kebebasan kewangan. Jika selama ini anda bermasalah dalam kewangan dan kecukupan hidup, kini kehidupan anda dapat diperbaiki dengan meningkatkan taraf hidup dan kewangan anda. Wang bukanlah segala-galanya. Tetapi, segala keperluan hatta hendak ke Mekah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima juga memerlukan wang. Apabila kita perhatikan corak kehidupan seorang pengganggur, mereka ini tidak memperuntukkan masa bekerja. Boleh dikatakan masa mereka sedikit dan hasil kewangan mereka juga sedikit. Malahan, tidak ada langsung. Dengan kata lain, ‘habuk pun tarak’. Inilah corak kehidupan yang paling rugi. Apabila dikaji cara hidup Islam, sebenarnya tiada istilah menganggur. Ahli politik misalnya, masa rehat mereka amatlah sedikit. Banyak masa dihabiskan berkhidmat kepada negara. Banyak masa dihabiskan berkhidmat kepada negara. Kewangan mereka juga banyak. Tetapi, adakah semua orang boleh terlibat dalam politik? Tidak semua boleh jadi orang politik. Hanya yang berbakat dan berpendidikan tinggi sahaja boleh jadi ahli politik. Itu pun perlu bersaing dengan sesama ahli ataupun parti lawan. Bekerja makan gaji pula mempunyai masa rehat yang banyak. Mereka bekerja hanya 8 jam sehari. Selebihnya, mereka mempunyai masa yang banyak bagi berehat dan bersama keluarga. Tetapi, apabila di kaji daripada segi kebebasan kewangan, bekerja makan gaji hanya sedikit wang. Lebih-lebih lagi jika hidup di bandar-bandar besar. Gaji RM2 ribu macam RM500 sahaja. Apabila di kaji MLM pula, masa yang diperuntukkan memang pada mulanya banyak. Tetapi, kewangan juga banyak. Malahan, apabila anda naik pangkat, makin kurang kerja dan makin banyak kewangan anda. Inilah corak pendapatan melalui MLM. MLM berkonsepkan anda guna barang, anda boleh kaya. Dengan kata lain, ia berkonsep situasi menang-menang (win-win situation). Situasi menang bagi pengguna dan menang bagi syarikat. Syarikat untung, pengguna untung. Bukan seperti perniagaan lain, pengguna tidak untung. Guna barang hanya dapat barang. Dalam MLM, pengguna dapat barang, bonus, royalti, tabung rumah, tabung kereta, pelancongan dan lain-lain lagi. |
posted by editor @ 8:00 AM |
|
Friday, July 14, 2006 |
Pembeli Selalunya Betul |
Pembeli adalah 'aset' yang penting bagi seseorang penjual. Walaupun penjual mempunyai produk yang amat bermutu dan berharga, tetapi jika dia tidak dapat menjual kepada pembeli, ia amat merugikan. Bagi seorang penjual, karektor pembeli ini mempunyai pelbagai kerenah. Seharusnya seorang penjual haruslah mempelajari cara yang positif untuk menangani kerenah pembeli. Menurut pepatah cina yang bermaksud "Pembeli Selalu Betul (Buyers Always Right)". Jadi, kebanyakan peniaga Cina kelihatan sentiasa ramah apabila melayan kehendak pembeli. Walaupun adakalanya pembeli tersilap fakta, penjual seharusnya memperbetulkan dengan cara profesional dan sabar. Mungkin adakalanya anda terasa 'letih' untuk menerangkan perkara yang berulang-ulang kali kepada 2 orang berlainan bagi soalan yang seakan sama, tetapi anda seharusnya cuba memberi layanan yang baik kepada prospek. Walaupun, kemungkinan yang bertanya itu tidak membeli dari anda, sentiasa beranggapan bahawa mungkn dia tidak memerlukan produk anda pada ketika ini. Mungkin dia akan membeli suatu hari kelak. Selain itu, sebagai seorang penjual, kita harus bersikap terbuka untuk menerima kritikan yang 'membina', nasihat dan teguran dari pelanggan (pembeli) agar perkhidmatan dan peniagaan kita dapat diperbaiki kelak. Dalam bisnes memang mempunyai persaingan. Tetapi, bersainglah dengan sihat. Jangan dengki-mendengki dan 'hentam-menghentam'. Apabila kita menjual sesuatu khususnya melalui internet, disiplin untuk memberi 'layanan' yang baik dalam tempoh yang segera amat diperlukan. Kerana ada ada sesetengah klien amat suka 'respons' yang cepat semasa berurusniaga dengan penjual. Seboleh-bolehnya respons setiap emel dari klien dengan kadar segera walaupun adakalanya ada soalan 'bodoh' sekalipun, penjual seharusnya melayan soalan itu dengan baik dan profesional. Jangan cepat melenting kerana ini akan mewujudkan 'jurang' antara anda dengan pembeli. p/s : Contohilah sikap penjual Jepun yang sentiasa senyum menerima kedatangan pelanggan walaupun pelanggan itu hanya berniat untuk 'melihat-lihat' atau bertanya sahaja. Tak rugi pun anda senyum. |
posted by editor @ 11:13 AM |
|
Thursday, July 13, 2006 |
Makan Gaji atau MLM? |
Setiap individu yang makan gaji memulakan kerjaya mereka sewaktu berumur 25 tahun. Mereka bertugas dengan agensi kerajaan ataupun swasta dengan tangga gaji yang ditetapkan mengikut tahun (senioriti). Lebih kurang sewaktu mereka berumur 55 tahun, mereka akan bersara sepenuhnya daripada pekerjaan. Umur 55 tahun adalah waktu yang sesuai bagi mereka berehat sepenuhnya. Dengan kata lain, bekerja keras selama 30 tahun dan selepas itu, barulah dapat berehat sepenuhnya. Katakanlah jangka hayat umur anda ialah 60 tahun. Ini bermakna, 5 tahun kemudian anda berehat dan menikmati kehidupan dengan selesanya. Itupun jika anda tidak menghadapai penyakit yang kronik.
Bagaimana pula dengan corak kehidupan seorang ahli perniagaan MLM? Corak kehidupannya berbeza sekali. Anda yang menceburi bidang MLM, sekurang-kurangnya memerlukan 5 tahun bagi membina rangkaian yang kukuh. Ada juga yang lebih singkat daripada tempoh itu. Katakanlah anda memulakan perniagaan MLM sewaktu berumur 25 tahun. Jangka hayat anda pula sehingga berumur 60 tahun. Anda hanya perlu bekerja keras, maksimumnya 5 tahun sahaja iaitu sehingga berumur 30 tahun. Sisa 30 tahun lagi pula, anda dapat menikmati kehidupan yang selesa dan boleh berehat. Inilah corak kehidupan yang anda akan hadapi jika anda menceburi diri dalam perniagaan MLM sepenuh hati.
Namun begitu, jika anda berumur 50 tahun sekalipun, anda boleh menikmati kejayaan sekurang-kurangnya 5 tahun dari sekarang. Wak Ramlan adalah contoh sekarang yang berjaya walaupun baru menceburi MLM sewaktu berusia sekitar umur 50 tahun dan menempa kejayaan sewaktu berumur sekitar 60 tahun. Umur bukanlah alasan kejayaan. Sesiapa sahaja yang berusaha, dialah yang dapat menikmati hasilnya.
Dari segi kenaikan gaji setiap tahun juga berbeza. Apabila anda makan gaji, kenaikan gaji setiap tahun adalah lebih kurang RM200. katakanlah tahun ini gaji anda RM1800. Tahun hadapan ia akan mencecah RM2,000. Seterusnya tahun yang ketiga pula akan naik kepada RM2200. Berlainan pula dengan bisnes MLM, kenaikan berlaku berkali-kali ganda setiap hari dan bukannya tahun. Mungkin bulan ini bonus dan faedah harian ialah RM400. Tetapi tidak mustahil bulan hadapan pula anda akan mendapat RM1,000. Bayangkan dalam tahun-tahun seterusnya. Malahan ada kes yang pernah berlaku, ada individu yang berjaya memperolehi pendapatan melebihi RM10 ribu setiap tahun. Dalam MLM ini, jika anda kerja keras, pendapatan anda pun deras. Pendapatan yang anda perolehi adalah setimpal dengan usaha anda.
Dalam perniagaan MLM ini ada royalti tersendiri. Katakanlah anda sudah berjaya sampai ke satu tahap yang tinggi dalam MLM, tiba-tiba anda meninggal dunia. Pendapatan anda dalam MLM tidak hilang dan ianya terus diwarisi oleh pewaris sama ada isteri ataupun anak anda. Anda tidak perlu meninggalkan waris dalam keadaan miskin. Begitulah hebat dan uniknya perniagaan MLM. Berlainan dengan pekerjaan lain, jika anda meninggal dunia, maka hilanglah tenpat keluarga anda bergantung. Pendapatan juga hilang. Tetapi dalam MLM, pendapatan anda berterusan sehingga waris anda dapat menikmatinya nanti.
Anda dapat lihat orang yang makan gaji kebanyakannya membeli rumah, tanah dan kereta secara berhutang. Ramai yang berhutang sehingga terpaksa membayar balik walaupun sudah bersara. Jadi hutang tidak selamat dan kehidupan anda dalam keadaan yang tidak selesa, tidur tidak lenan dan makan tidak kenyang kerana sentiasa teringat masalah hutang. Tetapi dalam MLM, kita tidak perlu berhutang. Segala-galanya sudah tersedia. Contohnya seperti tabung kereta, tabung rumah atau melancong secara percuma. Bahkan anda tidak perlu penat bekerja bagi membayar kereta dan rumah. MLM adalah sistem perniagaan duplikasi. Apabila downline anda ramai, pendapatan anda akan bertambah walaupun anda sedang tidur. Inilah hebatnya duplikasi. Jadi, apa pendapat anda sekarang? |
posted by editor @ 12:49 PM |
|
Wednesday, July 12, 2006 |
Keuntungan Membeli dan Berniaga MLM |
Dalam perniagaan konvensional, sesuatu produk itu selalunya melalui pelbagai peringkat sebelum sampai kepada pengguna. Dari pengeluar kepada peraih kemudian kepada pemborong. Kemudian di jual kepada Penjual Primer. Dari penjual primer ke penjual sekunder dan barulah ke pengguna. Tetapi, dalam perniagaan MLM ini selalunya produk dari pengeluar terus kepada penjual (ahli) dan kemudian di jual kepada pengguna (bukan ahli). Adakalanya ia hanya melibat satu peringkat sahaja iaitu dai pengeluar terus kepada pengguna sekiranya pengguna itu menjadi ahli MLM dan selalu menggunakan produk itu untuk kegunaaan sendiri. Apakah keuntungan yang kita akan perolehi sekiranya kita membeli dan berniaga dalam MLM ini? Sebenarnya banyak. Dan ianya berbeza-beza antara syarikat MLM. Di sini saya senaraikan 5 keuntungan / faedah yang biasa diberikan oleh kebanyakan syarikat MLM iaitu : Diskaun Anda mendapat diskaun antara 20 hingga 25 peratus apabila anda menjadi ahli berdaftar dengan syarikat MLM. Jika anda hendak menjual, anda boleh mendapat untuk runcit 20 hingga 25 peratus. Anda mendapat kelebihan barangan yang murah dan keuntungan menjual barangan tersebut. Ini kerana, harga ahli dan harga jual berbeza. Harga ahli dan harga jual ditetapkan oleh syarikat. Anda tidak boleh dan tidak dibenarkan bermain dengan harga. Misalnya, anda menjual dengan cara menurunkan lagi harganya. Ini melanggar undang-undang MLM.
Bonus yang tiada had Anda juga berpeluang meraih bonus yang tiada sempadan . Ianya bergantung pada usaha anda yang gigih dan teratur serta bersistem. MLM ada bonus mengikut pelbagai peringkat. Jadi, saya tidak dapat menerangkan bonus tersebut kerana lain syarikat, lain bonusnya. Namun begitu, yang pastinya, ramai usahawan meraih pendapatan dalam MLM melebihi puluhan ribu ringgit. Pendapatan mereka juga melebihi pendapatan menteri.
Tabung kereta Selain bonus, ada juga syarikat yang menawarkan tabung kereta kepada pengedarnya. Tabung kereta bermaksud syarikat menghadiahkan kepada pengedar yang berjaya mencapai target dan pangkat yang sememangnya layak mendapat tabung kereta. Conthnya, Haji Ramli Jack, pengedar dan Intan Jutawan CNI berjaya memiliki kereta Honda Accord berharga RM120 ribu, Mercedes Benz E240 berharga RM400 ribu dan Mercedes Benz S280 berharga RM700 ribu. Tidak mustahil anda juga berupaya mendapatkan kereta idaman anda sekiranya anda serius menjalankan perniagaan MLM.
Tabung Rumah Tabung rumah juga merupakan suatu insentif kepada para pengedar yang dapat mencapai target pangkat yang ditawarkan. Ada yang berjaya mendapat tabung rumah melebihi RM500 ribu. Inilah kehebatan MLM atau dkenali juga sebagai ‘jaringan manusia dalam perniagaan. Namun begitu, ada juga syarikat yang tidak menawarkan tabung rumah atau tabung kereta ini. Syarikat itu hanya menawarkan bonus yang berganda sahaja. Meskipun begitu, kereta dan rumah idaman dapat dibeli melalui hasil perniagaan berasaskan MLM ini.
Melancong Ada sesetengah syarikat juga menawarkan peluang melancong contohnya seperti ke Asia, Eropah atau pakej umrah. Ada juga individu yang menceburi MLM semata-mata kerana berminat mendapatkan insentif pelancongan yang tersedia di dalam pelan pemasaran sesebuah syarikat yang tertentu. Bagi mencapai tahap yang membolehkan anda pergi melancong ini, anda mestilah berusaha sehingga ke tahap yang tertinggi dalam MLM. Bagi yang beragama Islam, disediakan pakej umrah percuma. Syaratnya, samalah seperti syarat melancong tadi iaitu anda perlulah berusaha mencapai tahap tertinggi yang sepatutnya dalam MLM untuk membolehkan anda layak. Biasanya, bagi mencapai tahap yang tertinggi dalam MLM ini hanya memakan masa maksimum 5 tahun sahaja sekiranya anda berusaha gigih. Tetapi ada individu yang berjaya mencapainya kurang dari 2 tahun sahaja. |
posted by editor @ 7:57 AM |
|
Tuesday, July 11, 2006 |
TIME (Masa) |
Hari ni, saya akan memaparkan puisi english (poem)yang tertajuk 'TIME' yang bermaksud masa. Puisi ini saya perolehi dari sebuah buku (saya terlupa tajuknya) di perpustakaan UTM, jalan Semarak 12 tahun lalu semasa saya belajardi sana. Pengurusan masa yang baik amat diperlukan dalam apa-apa kerjaya yang kita lakukan. Poem itu berbunyi : Take the time… Time to listen and to learn Time to see the beauty The wonder and the warmth In those you love
Take the time... To show you care To create memories And appreciate special moments
Time is precious – use it well Take time to heal old wounds Time to allow yourself to grow And above all
Take the time to be you
And believe in yourself |
posted by editor @ 7:16 AM |
|
Monday, July 10, 2006 |
Komitmen anda dalam MLM |
Sukses dan kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Ianya memerlukan anda berusaha melakukan kerja yang berterusan dalam menempa kejayaan dalam perniagaan MLM. Saya cadangkan kepada anda, peruntukan sekurang-kurangnya setahun bagi memberi peluang kepada diri anda sendiri melakukan perniagaan ini.
Dalam perniagaan MLM, ada latihan yang disediakan oleh syarikat ataupun upline. Latihan atau kursus yang diadakan tidak menelan kos sehingga ribuan ringgit. Biasanya bayaran kursus yang dikenakan sangat murah dan berpatutan. Perkara yang paling penting adalah isi kandungan kursus yang bakal anda pelajari sebagai bekalan dalam menjalankan perniagaan ini.
Anda perlu belajar dan mengetahui perkara-perkara baru dan rahsia perniagaan MLM. Beri peluang kepada diri anda misalnya dalam tempoh setahun bagi bergerak dan mempelajari selok-belok dalam perniagaan MLM. Komitmen yang penting amat perlu ada pada anda dan saya pasti jika anda melakukan dengan bersungguh-sungguh, tidak sampai setahun, anda sudah pun mendapat hasilnya. Apabila adanya hasil, jadikan MLM sebagai satu cara hidup atau way of life. Setiap perniagaan MLM sememangnya perlu melalui prosesnya yang tertentu.
Sewaktu anda menandatangani borang kemasukan ahli, dengan rasminya anda sudah masuk ke ‘zon komitmen’. Perniagaan MLM ini tidak boleh di jalankan secara main-main. Apabila anda main-main, pendapatan (hasilnya) anda juga akan jadi ‘main-main’. Sekejap banyak, sekejap sikit. Dalam bisnes sememangnya memerlukan anda sentiasa fokus dan komitmen pada kerja, bertanggungjawab dan sentiasa berusaha gigih tanpa mengenal erti penat dan lelah.
Sekarang tanya diri anda (khusus kepada sesiapa yang sudah menyertai MLM tetapi gagal mencapai hasil yang lumayan); Apakah komitmen anda kepada syarikat MLM anda? Apakah komitmen anda kepada diri anda sendiri? Apakah komitmen anda kepada pelanggan? Apakah komitmen anda kepada downline anda?
Selalulah bertanyakan soalan-soalan ini kepada diri anda dan kemudian anda sendiri menjawabnya. Dari situ anda akan dapat mengenal pasti punca kegagalan anda dan semoga anda berusaha memperbaiki kelemahan yang ada. Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita sekeluarga. InsyaAllah. |
posted by editor @ 9:16 AM |
|
Sunday, July 09, 2006 |
Apa yang tidak perlu dalam MLM? Siri ke 7 |
...sambungan
Hari ini saya akan memperkatakan perkara ke tujuh (yang terakhir) dalam senarai perkara-perkara yang tidak diperlukan dalam bisnes MLM iaitu kesusahan. Kesusahan MLM adalah perniagaan yang begitu unik dan hebat. Apabila anda bekerja makan gaji, seandainya anda lumpuh, sakit ataupun mati, adakah ahli keluarga anda akan dapat menggantikan tempat anda melakukan perkerjaan anda itu bagi menyara keluarga? Dalam banyak-banyak kes yang kita pernah dengar, apabila sesebuah keluarga kematian seseorang yang menjadi tempat bergantung hidup, maka pasangannya terpaksa menanggung kos sara hidup keluarga, membayar sewa rumah dan hutang piutang yang ditinggalkan oleh pasangannya yang sudah meninggal. Perniagaan MLM adalah perniagaan yang terjamin. Apabila sesuatu perkara yang berlaku pada anda sama ada anda meninggal dunia ataupun lumpuh sehingga tidak mampu mencari nafkah, perniagaan ini boleh diteruskan ataupun di wariskan kepada pasangan masing-masing atau anak-anak anda. Jadi, apabila anda berpandapatan lumayan, anda tidak perlu bimbang kerana pasangan anda dan anak-anak anda bakal menerima royalti daripada hasil titik peluh anda. Perniagaan dan pendapatan lumayan akan diwarisi oleh isteri (pasangan) dan anak-anak anda. Inilah kehebatan perniagaan MLM kerana ia boleh di warisi oleh orang yang anda sayangi. Dengan ini lengkaplah sudah 7 perkara yang tidak diperlukan jika anda ingin memulakan bisnes MLM. Jangan bertangguh-tangguh lagi. Mulakan bisnes sampingan anda untuk menampung kos sara hidup anda sekarang dan masa depan. Kejayaan anda di masa depan bergantung kepada keputusan anda hari ini. Buatlah keputusan dengan bijak dan tepat. Sehingga bertemu lagi, Jazakallah Kairon Kasiran... |
posted by editor @ 7:46 AM |
|
Saturday, July 08, 2006 |
Apa yang tidak perlu dalam MLM? Siri ke 6 |
...sambungan Hari saya akan memperkatakan mengenai perkara ke enam mengenai apa yang tidak perlu dalam bisnes MLM iaitu risiko. Risiko Risiko dalam perniagaan MLM adalah sangat rendah untuk rugi besar. Apabila anda sudah bergerak secara berjemaah iaitu melalui penajaan, sudah pasti risiko yang anda perlu tanggung adalah rendah. Ada yang boleh bekerja sambil berehat. MLM ini merupakan perniagaan yang bergerak semasa anda berehat. Ketika anda sedang melakukan sedang melakukan sesuatu untuk diri anda, downline anda pula bergerak menjalankan perniagaan dengan aktifnya. Pada masa yang sama, pendapatan anda bertambah mengikut rangkaian atau network anda.
Anda adalah BOS diri anda sendiri. Tiada siapa yang akan memaksa anda. MLM adalah perniagaan tunai dan bukannya kredit (hutang). Anda juga tidak perlu meminjam daripada bank bagi memulakan MLM. Ini demi mengelakkan risiko hutang dan pembayaran faedah. Dalam MLM, anda adalah pemilik, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO). Jadi anda tidak pelu ikut telunjuk sesiapa pun. Anda bebas bekerja mengikut acuan anda sendiri. OKlah, Jumpa lagi esok,InsyaAllah... Bersambung.. |
posted by editor @ 8:49 AM |
|
Friday, July 07, 2006 |
Apa yang tidak perku dalam bisnes MLM?Siri ke 5 |
...sambungan
Hari ini saya akan memperkatakan mengenai tip yang ke 5 tentang perkara yang tidak diperlukan dalam bisnes MLM iaitu pengalaman. Pengalaman Dalam perniagaan konvensional (offline), anda mungkin memerlukan pengalaman dan masa yang panjang untuk berjaya. Melalui MLM, anda tidak perlukan pengalaman. Anda dapat mempelajari pengalaman daripada upline sebagai pemangkin kejayaan anda. Ilmu pengetahuan dalam MLM bakal dicurahkan dari A hingga Z. Kejayaan anda juga adalah kejayaan upline. Sebab itulah upline anda tidak patut menyembunyikan rahsia kejayaannya daripada anda. Perniagaan konvensinal sudah pasti tidak akan mencurahkan ilmu perniagaan kepada orang lain. Mereka takut nanti rahsia terbongkar dan hilang pelanggan. Contohnya, katakan si A membuka kedai jual mee kuah dan di sebelahnya, kedai B juga jual mee kuah. Kedai A lebih ramai pelanggan kerana mee kuahnya lebih sedap berbanding kedai B. Adakah si A akan mengajar rahsia resepi mee kuahnya kepada si B? Sudah tentu tidak. Dalam perniagaan MLM, suasana berbeza. Jika si A taja si B, walaupun sama-sama menjalankan perniagaan yang sama, si A pasti mencurahkan ilmu dan pengalamannya kepada si B. Setakat ini dahulu tip pada hari ini. Sehingga bertemu lagi esok, Jazakallah Kairon Kasiran..
|
posted by editor @ 7:45 AM |
|
Thursday, July 06, 2006 |
Apa yang tidak perlu dalam MLM? Siri ke 4 |
...sambungan
Pada hari ini saya akan memperkatakan tentang perkara yang ke 4 yang tidak perlu dalam bisnes MLM ini iaitu jika anda nak mula bisnes MLM ini anda tidak perlu memiliki kelulusan atau kemahiran yang tinggi. Kemahiran Tinggi Untuk berjaya dalam MLM, anda tidak perlu ada ijazah, Master atau pun Ph.D. Cukuplah anda sekadar warganegara Malaysia yang bercita-cita tinggi dan waras. Kekayaan yang terbina dalam MLM bukannya bergantung kepada kelulusan yang terlalu tinggi. Asalkan tahu membaca, menulis dan (atau) bercakap, anda boleh menyertai syarikat MLM yang kukuh dan mempunyai produk yang baik untuk dipasarkan serta menarik minat anda.
Namun begitu, ada sebahagian daripada jutawan yang berjaya dalam kerjaya MLM adalah mereka-mereka yang tidak ada kelulusan tinggi seperti Wak Ramlan, salah seorang jutawan MLM. Beliau tidak mempunyai kelulusan yang tinggi dan tidak pandai membaca. Tetapi dengan keazaman yang jitu dan sanggup bekerja keras, akhirnya beliau sudah menjadi jutawan MLM. Ramai ahli tajaan beliau (downline) terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi. Tuan Anuar Nik Him, adalah downline Wak Ramlan dan beliau merupakan bekas Pegawai Tadbir Universiti Malaya. Namun begitu, untuk berjaya dalam MLM ini, anda perlu memiliki ilmu pengetahuan yang asas. Dari situ kita akan dapat mendapat pengetahuan dan mampu mengejak orang lain menyertai perniagaan MLM ini.
Ilmu ini boleh anda dapati melalui tunjuk ajar upline ataupun syarikat. Dalam dunia MLM, kita semuanya sama. Perlu bermula dari bawah, perlu menaja dan tiada layanan istimewa mengikut kelulusan. Itulah keadilan yang sedia ada dalam MLM. Anda tidak perlu tahu banyak perkara. Anda hanya perlu tahu perkara yang sepatutnya anda tahu, perkara yang sepatutnya anda fikir dan perkara yang sepatutnya anda buat sahaja. Inilah konsep dalam MLM ini. OK, setakat ini dahulu pada hari ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi esok. Jazakallah Kairon Kasiran... Bersambung... |
posted by editor @ 8:17 AM |
|
Wednesday, July 05, 2006 |
Apa yang Tidak Perlu dalam MLM? Siri ke 3 |
...sambungan
Hari ini saya akan memperkatakan tentang perkara yang ketiga yang tidak perlu dalam MLM ialah pekerja. Pekerja Anda juga tidak perlu membazirkan duit bagi membayar gaji pekerja. Cuba kita lihat dalam peniagaan konvensional biasa, peniaga terpaksa menggajikan pekerja bagi menolongnya menjual barangan perniagaan. Dalam perniagaan MLM, barangan terjual melalui hasil kerjasama antara upline dengan downline. Kita tidak perlu membayar gaji kepada downline. Syarikat yang akan memberikan ganjaran berupa bonus bulanan kepada downline. Bahkan, pergerakan barangan menjadi terlalu cepat apabila anda menaja prospek dan mendapat downline yang aktif.
Lihat sahaja individu yang pernah berjaya dalam MLM, betapa mereka mementingkan kepada servis downline dan pelanggan. Servis sangat perlu supaya pergerakan barangan menjadi laju dan berkesan. Downline anda tidak bekerja untuk anda tetapi, downline anda bekerja bersama-sama dengan anda. Apabila downline semakin bertambah, lama-lama, anda sudah tidak perlu lagi bekerja keras. Kerja jadi sedikt tetapi, untung berlipat-lipat kali ganda. Inilah kuasa rangkaian pelbagai peringkat. Setakat ini dahulu pada hari ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi esok. Jazakallah Kairon Kasiran... |
posted by editor @ 7:57 AM |
|
Tuesday, July 04, 2006 |
Apa yang tidak Perlu dalam MLM? - Siri ke 2 |
...sambungan
Jika semalam saya memperkatakan tentang perkara pertama yang tidak diperlukan jika anda ingin aktif dalam MLM, hari ni pula saya akan memperkatakan perkara keduanya pula, iaitu anda tidak perlukan tempat berniaga yang khusus. Tempat Perniagaan MLM tidak memerlukan banggunan yang tinggi atau pun kedai untuk menjalankan perniagaan. Dengan kata lain, anda boleh membuka ‘kedai’ di mana-mana sahaja di seluruh malaysia, malahan di peringkat dunia. Ia boleh dijalan melalui internet (online) dari meja makan, katil atau di dalam kereta atau di mana-mana sahaja yang sesuai. Ataupun melalui newsletter, brosur, seminar, emel, blog, telefon atau sebagainya yang mampu anda lakukan. Masa adalah milik anda. Ia adalah dengan cara menaja prospek baru. Sebab itulah MLM sangat disukai ramai. Ini kerana, anda bebas bergerak ke mana-mana sahaja sewaktu menjalankan perniagaan ini.
Anda tidak perlu menunggu pelanggan. Menunggu pelanggan di ibaratkan seperti memancing dan hanya menunggu nasib. Dalam MLM pula, kita mesti bergerak mencari pelanggan (prospek) yang di ibaratkan seperti pemburu memburu nasib. Modal bagi membayar sewa bangunan dapat dijimatkan. MLM banyak melibatkan perhubungan sesama manusia (human relationship) dan bukannya hanya secara melibatkan pergerakkan barangan (produk) semata-mata.
Inilah perniagaan yang dikatakan ‘perniagaan ajaib’. Kita mampu menjalankan perniagaan tanpa memerlukan banggunan atau kedai, tetapi masih boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda setiap bulan, sehingga boleh menjadi JUTAWAN MLM. Bahkan, perniagaan ini dapat dijalankan di mana-mana sahaja sehingga ke luar negara tanpa perlu anda menyewa banggunan atau kedai di luar negara. Hebat bukan? Itu sahaja yang dapat saya perkatakan hari ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi esok. Jazakallah Kairon Kasiran... Bersambung... |
posted by editor @ 8:44 AM |
|
Monday, July 03, 2006 |
Apa yang tidak perlu dalam MLM? |
Salam sejahtera, hari ni kita akan membincangkan pasal apa yang tidak diperlukan sekiranya anda ingin memulakan bisnes Multi Level Marketing (MLM). Pertamanya ialah MLM tidak memerlukan modal yang besar. Modal Besar Jika kita perhatikan dalam perniagaan konvensional (lapuk), modal yang diperlukan sekurang-kurangnya RM2,000. Contohnya jual pisang goreng ataupun burger. Itu pun, bekerja kadang-kadang sehingga 12 jam sehari. Namun, keuntungan yang diperolehi tidaklah setimpal dengan titik peluh yang anda keluarkan. Katakanlah anda jatuh sakit, sudah tentu pendapatan anda juga 'sakit'.
Berlainan dengan MLM, ianya berkonsepkan perniagaan pelbagai peringkat. Walaupun anda sakit ataupun sedang tidur, perniagaan anda tetap berjalan. Perniagaan anda bergerak melalui downline yang anda taja. Tidak mustahil, anda berupaya menjual sehingga melebihi puluhan ribu ringgit. Katakan anda menjual sabun RM3.00, apabila downline anda sudah mencecah 10 ribu orang, sudah pasti jualan anda pada bulan itu ialah RM30 ribu. Sebab itulah tidak mustahil,bonus anda boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Anda tidak perlu menjual sampai 10 ribu jualan. Ianya dilakukan bersama-sama dengan downline anda. Downline anda boleh mencecah ribuan orang jika anda bersabar dan bertahan sewaktu menjalankan perniagaan ini. Okey, setakat ini dahulu pada hari ni. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi besok. Akhirulkalam, Jazakallah Kairon Kasiran.... Bersambung... |
posted by editor @ 7:48 AM |
|
Sunday, July 02, 2006 |
PraSyarat dalam Memilih Syarikat - sambungan |
...sambungan
Hari ini saya akan membicarakan mengenai prasyarat ke-5 dalam memilih syarikat MLM iaitu Diri anda sendiri. Diri anda sendiri Jika syarikat yang hebat, produk yang berkauliti, pelan pemasaran yang adil dan upline yang berdedikasi namun jika diri anda sendiri yang tidak komited dengan tanggungjawab dan tidak sanggup memberi komitmen dalam kerja, maka sudah tentunya ia tidak dapat membantu ke arah kejayaan pada masa hadapan. Kelima-lima elemen ini perlu dititikberatkan. Diri anda penentu arah dan matlamat di dalam segala gerak kerja yang ingin anda lakukan. Apabila anda mempunyai kehendak yang tinggi dan berusaha dengan gigih, tidak mustahil, anda boleh menjadi seorang jutawan MLM. ANda boleh merebut peluang yang sedia ada. Syarikat, pelan pemasaran, produk dan upline merupakan jambatan untuk anda gunakan bagi mencapai kejayaan. Inilah peluang yang perlu anda rebut dengan segera. Anda berpeluang belajar dan sekali gus mempraktikkannya bagi meningkatkan pendapatan yang lumayan dalam bisnes MLM. Setiap tindakan yang bakal anda lakukan, perlulah mengikut 'jalan-jalan' yang pernah diterokai oleh upline anda. Upline anda akan memberikan tunjuk ajar berdasarkan pengalamannya. Anda hanya perlu gunakan pengalaman upline sebagai pemangkin kejayaan anda dalam bidang MLM. Gunakan konsep duplikasi atau tiru-meniru secara kreatif apa yang pernah upline anda lakukan. Jika tidak ada duplikasi, mustahil kejayaan akan dapat dinikmati. Okey, selesai saudah kelima-lima prasyarat yang perlu di dalam memilih syarikat MLM yang betul. Di harapkan pembaca sekalian akan mendapat manfaat darinya. Teruskan melawat BLOG ini kerana ada perkara baru yang akan saya sampaikan setiap hari. InsyaAllah. Terus membaca. Jumpa lagi. Jazakallah Kairon Kasiran.... |
posted by editor @ 9:19 AM |
|
Saturday, July 01, 2006 |
Prasyarat dalam Memilih Syarikat - sambungan |
...sambungan
Hari ni kita akan sambung prasyarat yang ke-4 dalam memilih syarikat MLM. Prasyarat yang ke 4 ialah Penaja (upline).
Penaja (upline)
Perhatikan siapa upline anda. Upline yang berwawasan dan berwibawa sahaja yang mampu membawa anda ke mercu kejayaan. Upline yang berkualiti adalah seorang yang sanggup membantu downlinenya untuk menjalankan perniagaan MLM. Memumpuk semangat dan motivasi serta mengajar downline tentang selok-belok perniagaan MLM. Bukannya upline yang 'Hai!Hai! dan Bye!Bye! (taja dan tinggal). Upline jenis ini sudah pasti daripada spesis yang hendakkan kejayaan tetapi tidak mahu bekerja keras. Anda tidak perlu mengukur kreabiliti seseorang upline melalui sebesar mana kereta atau rumahnya. Ada upline yang sedang dalam proses hendak berjaya dan belum lagi dapat membuktikan melalui pembelian keeta besar ataupun rumah besar. Cukuplah sekadar rajin , bertanggungjawab dan mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi. Merekalah yang akan berusaha dengan keras memastikan downlinenya sama ada berjaya atau tidak. Ini kerana dalam konsep MLM, kejayaan downline yang akan menentukan kejayaan uplinenya. Jadi, sikap kerjasama dan tolong menolong antara upline dan downline-doenlinenya amatlah perlu dalam kerjaya MLM. 'Sebatang lidi lebih senang dipatahkan berbanding seberkas lidi'. Jika kita bersatu dan bekerjasama dalam satu pasukan. Kerja yang susah akan menjadi senang. Jadi mulakan network group anda hari ini untuk kejayaan hari esok. Esok saya akan memperkatakan tentang prasyarat yang ke-5 pula (yang terakhir) dalam memilih syarikat MLM. InsyaAllah. Akhirulkalam, Jazakallah Kairon Kasiran... Bersambung... |
posted by editor @ 8:40 AM |
|
|
|
|
Arkib Lepas |
|
Rakan Cyber | |
Arkib |
|
|
|